omniture

CGTN: Semangat China untuk sukan diteruskan dengan pembukaan 'Olimpik mini'

CGTN
2021-09-17 20:50 167

BEIJING, 17 September 2021 /PRNewswire/ -- Keghairahan untuk sukan di China mencapai aras baharu pada Rabu petang apabila acara pelbagai sukan terpenting negara bermula di Xi'an, ibu kota Wilayah Shaanxi timur laut China.

"Saya mengisytiharkan pembukaan Sukan Nasional Republik Rakyat China ke-14," Presiden Cina Xi Jinping mengumumkan pada upacara pembukaan Sukan empat tahun sekali, yang digelar sebagai "Olimpik mini" China.

Acara ini diadakan di tengah-tengah kesibukan kalendar sukan negara. Pada Tokyo Olympics dari Julai hingga Ogos, China memenangi 38 emas, 32 perak dan 18 gangsa, menyamai kutipan pingat emasnya di London 2012 untuk prestasi terbaik pada Olympics luar negara. Negara tersebut mengungguli pungutan pingat pada Sukan Paralimpik Tokyo yang berakhir awal bulan ini dengan 207 pingat (96 emas, 60 perak dan 51 gangsa).

Lebih lagi, Beijing akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada bulan Februari dan menjadi bandaraya pertama untuk menjadi hos Olimpik musim panas dan musim sejuk.

'Juara sejati'

Dirasmikan dalam tahun 1959, Sukan Nasional ialah gala sukan domestik yang paling berprestij di China. Di bawah tema "Sukan Untuk Semua, Bersama dalam Minda dan Tindakan," Sukan Nasional ke-14 ini menampilkan sejumlah 54 sukan dan 595 acara, yang mana 35 sukan dan 410 acara adalah untuk atlit elit, dengan selebihnya program sukan massa.

Lebih daripada 12,000 atlit mewakili wilayah, perbandaran dan wilayah berautonomi China, Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong dan Macau, Xinjian Production and Construction Corps dan persatuan sukan tertentu akan bertanding di Sukan, yang akan berlangsung sehingga September 27.

Ia merupakan kali ketiga Presiden Xi menghadiri majlis pembukaan Sukan sejak menjadi presiden Cina dalam tahun 2013.

Sebagai seorang yang amat meminati sukan, beliau berminat dalam pelbagai sukan, termasuk bola sepak, bola tampar dan renang. Beliau telah meletakkan sukan sebagai agenda utama beliau semasa aktiviti beliau di dalam dan luar negara. Beliau telah mengunjungi lokasi-lokasi untuk Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, bertemu dengan wakil pasukan bola tampar Wanita Cina, menghadiri upacara pembukaan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014, dan menonton perlawanan bola sepak remaja di Jerman.

Beliau juga telah berbincang dengan pegawai-pegawai sukan utama dunia seperti Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach, presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Giai Infantino dan presiden Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) Horacio Muratore.

"Presiden Xi ialah juara sejati dan saya ingin memberikan beliau satu set pingat kerana beliau memiliki visi yang jelas tentang peranan penting sukan dalam masyarakat, dan kepentingan sukan dalam Pendidikan untuk orang-orang muda. Jadi dalam hal ini, beliau ialah juara Olimpik untuk belia," Bach memberitahu wartawan apabila Xi berkunjung ke ibu pejabat ICO di Lausanne, Switzerland pada tahun 2017.

Kuasa besar sukan  

Sejak memenangi pingat emas Olimpik pertamanya dalam tahun 1984, China telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam sukan, bukan hanya dalam pertandingan, malah dalam kalangan beratus juta rakyat Cina biasa.

Menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa, termasuk Sukan Asia Beijing 1990, Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Kejuaraan Dunia 2015 dalam Atletik, telah benar-benar meransang semangat untuk sukan dalam kalangan orang awam, begitu juga dengan pembangunan liga sukan professional di China.

Presiden Xi telah berkali-kali menerangkan kefahaman beliau tentang sukan dan telah memimpin dalam usaha untuk menukarkan negara tersebut menjadi sebuah kuasa besar sukan, matlamat yang beliau gambarkan sebagai sebahagian daripada Impian rejuvenasi kebangsaan Cina.

"Sukan ialah penunjuk penting pembangunan sosial dan kemajuan manusia, dan satu manifestasi penting keseluruhan kekuatan kebangsaan dan ketertiban sosial," beliau berkata ketika bertemu dengan Presiden IOC Bach di Nanjing dalam tahun 2014.

Semasa bertemu dengan Presiden FIBA Muratore dalam tahun 2019, Xi berkata sukan ialah bahagian penting bagi kemakmuran China dan kehidupan sihat dan bahagia rakyat, menegaskan bahawa China sedang membina negaranya menjadi negara sukan terkemuka.

Setelah Beijing memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk 2022, Xi menggesa usaha untuk melibatkan lebih daripada 300 juta orang dalam sukan musim sejuk di seluruh negara.

Sukan Nasional dan Olimpik Musim Sejuk tidak lama lagi bakal menjadi pencapaian baharu pada perjalanan China ke arah menjadi kuasa besar sukan global sepenuhnya.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-16/China-s-fervor-for-sports-continues-with-opening-of-mini-Olympics--13AThvbuswM/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports