omniture

Novavax akan Menyertai Sembang Santai di Devex @ UNGA 76

Novavax, Inc.
2021-09-21 15:33 60

GAITHERSBURG, Maryland, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX), sebuah syarikat bioteknologi yang membangun dan mengkomersialkan vaksin generasi seterusnya untuk penyakit berjangkit serius, hari ini mengumumkan bahawa John J. Trizzino, merangkap Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Komersial dan Ketua Pegawai Perniagaan akan ditemu ramah di Devex @ UNGA 76 pada 21 September jam 8:50 pagi. Acara ini dihoskan oleh rangkaian media Devex dan berlangsung pada 21 hingga 23 September melalui penstriman langsung sebagai sebahagian daripada liputannya untuk mesyuarat ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGAN 76). Calon vaksin COVID-19 Novavax iaitu NVX-CoV2373 akan menjadi topik perbincangan bersama dengan cara memupuk akses vaksin global.

Butiran temu ramah itu adalah seperti berikut:

Tarikh:

Selasa, 21 September 2021

Masa:

8:50 - 9:05 pagi.

Lokasi:

Strim Langsung

Tajuk:

Sembang santai: Laporan status tentang pelancaran vaksin COVID-19

Senarai panel Novavax:

John J. Trizzino, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Komersial dan Ketua Pegawai Perniagaan

Moderator:

Jenny Lei Ravelo, Wartawan Kanan, Devex

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar bagi sembang santai itu, sila layari:
https://pages.devex.com/devex-at-unga-76.html  

Tentang Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) ialah sebuah syarikat bioteknologi yang mempromosikan kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia melalui penerokaan, pembangunan dan pengkomersialan vaksin yang inovatif untuk mencegah penyakit berjangkit yang serius. Platform teknologi rekombinan proprietari syarikat ini menggabungkan kuasa dan kepantasan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan nanopartikel tinggi imunogen yang cekap yang direka untuk menangani keperluan kesihatan global yang penting. Novavax sedang menjalankan ujian klinikal peringkat akhir untuk NVX-CoV2373, calon vaksin terhadap SARS-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan COVID-19. NanoFlu™, vaksin nanopartikel kuadrivalen influenza yang telah memenuhi kesemua objektif utama dalam percubaan klinikal Tahap 3 yang penting pada orang dewasa yang lebih tua, akan dimajukan untuk kelulusan agensi kawal selia. Kedua-dua calon vaksin menggabungkan adjuvan Matrix-M™ berasaskan saponin dengan proprietari Novavax untuk meningkatkan tindak balas imun dan merangsang antibodi peneutralan bertahap tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.novavax.com dan berhubung dengan kami di Twitter dan LinkedIn .

Hubungi: 
Pelabur
Novavax, Inc.
Erika Schultz | 240-268-2022
ir@novavax.com  

Solebury Trout
Alexandra Roy | 617-221-9197
aroy@soleburytrout.com  

Media
Alison Chartan | 240-720-7804
Laura Keenan | 202-709-7521
media@novavax.com  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1506866/Novavax_High_Res_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Novavax, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:NVAX
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Future Events