omniture

Airtel memilih Tejas Networks untuk pengembangan rangkaian optik

Tejas Networks Limited
2021-09-24 18:47 32

BENGALURU, India, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- Tejas Networks (BSE: 540595) (NSE: TEJASNET) hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Bharti Airtel ("Airtel"), penyedia penyelesaian komunikasi utama di India, untuk meningkatkan kapasiti rangkaian optik Airtel dalam pasaran metropolitan yang penting.

Tejas akan membekalkan, memasang dan menyokong produk TJ1600 DWDM/OTN yang canggih miliknya untuk memperluas kemajuan rangkaian optik Airtel, menyokong penggunaan jalur lebar serta perkhidmatan B2B dan angkut balik 5G. Kapasiti yang dipertingkatkan ini akan membolehkan Airtel menyampaikan pengalaman yang unggul kepada para pelanggannya ketika penggunaan data di India berkembang pesat.

Encik Randeep Sekhon, Ketua Pegawai Teknologi Bharti Airtel berkata, "Airtel telah membuat pelaburan yang besar dalam memperluas kapasiti rangkaian metronya sebagai sebahagian daripada kesediaan 5G dan bagi memenuhi peningkatan penggunaan lebar jalur oleh para pelanggan talian tetap dan perusahaan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Tejas dalam intervensi rangkaian utama ini yang akan membolehkan kami menyampaikan pengalaman bertaraf dunia kepada para pelanggan kami." 

Encik Sanjay Nayak, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tejas Networks berkata, "Kami gembira dapat memperluas kerjasama kami yang telah terjalin selama sedekad dengan Airtel yang telah memantapkan kedudukannya sebagai salah sebuah penyedia perkhidmatan telekom utama di dunia. Di bawah kontrak baharu ini, kami akan menyediakan produk TJ1600 DWDM/OTN berbilang terabait kami untuk meningkatkan kapasiti rangkaian metro Airtel hingga ke pinggir rangkaian. Kami gembira melihat platform TJ1600 kami dengan reka bentuk modular "pay-as-you-grow" (bayar mengikut jumlah kapasiti) yang menyokong jarak gelombang 100 Gbps hingga 600 Gbps dan seni bina OTN/DWDM universal yang menawarkan pengembangan serta pengoptimuman lebar jalur canggih yang semakin menarik minat para penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di seluruh dunia dengan signifikan."

Tentang Tejas Networks Limited 

Tejas Networks mereka bentuk, membangun dan menjual produk rangkaian berprestasi tinggi kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi, penyedia perkhidmatan internet, utiliti, pertahanan dan entiti kerajaan di lebih 75 buah negara. Produk Tejas menggunakan seni bina perkakasan yang boleh diprogramkan serta ditentukan perisian dengan asas kod perisian biasa yang memberikan peningkatan piawaian teknologi dan ciri-ciri baharu yang lancar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Tejas Networks di http://www.tejasnetworks.com atau hubungi

Perhubungan Pelabur: ir@india.tejasnetworks.com

Encik Santosh Kesavan

skeshavan@india.tejasnetworks.com 

Telefon: +91 80 41794600

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/826177/Tejas_Networks_Logo.jpg?p=medium600

Source: Tejas Networks Limited
Related Stocks:
Bombay:540595 Bombay:TEJASNET.BO India:EQTEJASNET India:TEJASNET India:TEJASNET-BL.NS India:TEJASNET.NS
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Feature News Releases New products/services