omniture

EDM Council melancarkan Rangka Kerja Keupayaan Pengurusan Data Awan untuk Memastikan Amalan Terbaik yang Dipercayai bagi Mempercepat Pengurusan Awan

EDM Council
2021-09-29 00:16 64

-- CDMC ialah rangka kerja penilaian dan pensijilan yang komprehensif, merangkumi perniagaan, operasi dan amalan terbaik teknologi bagi pengurusan data awan

-- Rangka kerja industri baharu ini dibangunkan secara kolaboratif bersama-sama dengan lebih 100 syarikat terkemuka dalam industri termasuk AWS, Google Cloud, IBM Cloud dan Microsoft Azure

-- CDMC menggabungkan 14 Kawalan Automatik Utama untuk melindungi data sensitif

NEW YORK, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- EDM Council, sebuah persatuan perdagangan dalam pelbagai industri dalam pengurusan dan analisis data telah menerbitkan rangka kerja Keupayaan Pengurusan Data Awan (CDMC) untuk menguruskan data dalam Awan. Rangka kerja CDMC yang tersedia untuk semua industri ini merupakan satu kumpulan keupayaan, standard dan amalan terbaik pengurusan data awan yang komprehensif untuk pelaksanaan awan, pelbagai awan dan awan hibrid, yang menggabungkan kawalan utama secara automatik untuk melindungi data sensitif.

Rangka kerja CDMC telah dibangunkan sejak 18 bulan yang lalu oleh Kumpulan Kerja CDMC EDM Council dengan penyertaan daripada firma industri kewangan, perundingan dan syarikat teknologi terkemuka termasuk Amazon Web Services (AWS), Google Cloud, IBM dan Microsoft. Ia dipengerusikan oleh Morgan Stanley dan LSEG, dengan pengurusan projek disediakan oleh Capco.

Rangka kerja CDMC terdiri daripada enam komponen, 14 keupayaan dan 37 sub-keupayaan yang membolehkan syarikat di seluruh industri menguruskan persekitaran awan mereka dengan berkesan. Enam komponen ini merangkumi tadbir urus dan akauntabiliti data, pengkatalogan dan klasifikasi, kebolehcapaian dan penggunaan data, perlindungan dan privasi data, kitaran hayat data dan seni bina teknikal.

"Oleh kerana Awan semakin menjadi komponen asas model perniagaan yang baru muncul, rangka kerja CDMC akan menjadi sumber yang berharga untuk mengakses amalan terbaik yang komprehensif dan terkini bagi pengurusan data, bukan sahaja dalam segmen perkhidmatan kewangan tetapi juga di seluruh industri. AWS amat berbangga kerana telah menyumbang kepada pembangunan rangka kerja tersebut dan berharap dapat terus menyokong usaha kolaboratif ini," kata Scott Mullins, Pengarah, Pembangunan Perniagaan Sedunia, Perkhidmatan Kewangan di Amazon Web Services.

"Pemacuan awan telah meningkat dengan ketara ketika syarikat daripada pelbagai saiz dan industri menjadi lebih bergantung kepada data untuk memacu transformasi," kata Evren Eryurek, Pengarah Pengurusan Produk untuk Analisis Data di Google Cloud. "Kepantasan yang membolehkan perniagaan bertindak balas terhadap perubahan merupakan perbezaan antara mereka yang berjaya menavigasi masa depan dan mereka yang ketinggalan. Rangka kerja CDMC akan menjadi sumber yang luar biasa bagi syarikat-syarikat apabila mereka terus memacu transformasi digital mereka dan merangka semula perniagaan mereka dengan berkesan dengan memanfaatkan kuasa data masa nyata."

"Halangan penting seterusnya bagi industri perkhidmatan kewangan global ini adalah pemakaian satu kumpulan amalan standard terbaik tentang pengurusan data dalam persekitaran pelbagai awan, khususnya kawalan untuk melindungi privasi data dan mematuhi peraturan. Peningkatan ketara dalam jenayah siber yang dramatik yang digabungkan dengan peningkatan penelitian daripada pengawal selia institusi kewangan, sebagai pelayan data paling sensitif bagi pelanggan mereka, menjadikan kes menarik untuk pelaburan dan penyelaras yang signifikan dalam bidang ini," kata Rajiv Chodhari, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Data & AI Perkhidmatan Kewangan di IBM. "EDM Council telah mengambil langkah pertama yang penting dalam menyelaraskan industri perkhidmatan kewangan dan rakan kongsinya berkaitan isu-isu ini."

"Kami teruja dapat menyertai EDM Council untuk meraikan pelancaran panduan CDMC bagi membantu industri menguruskan data dengan berkesan di seluruh persekitaran awan dan hibrid," kata Mike Flasko, Pengurus Besar Platform Tadbir Urus Data Azure di Microsoft. "Kami amat menghargai peluang untuk bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dan teruja untuk melihat semua cara yang akan digunakan bagi memperluas penggunaan pengurusan data di seluruh industri."

"EDM Council berbesar hati dapat memudahkan pembangunan kerangka kerja CDMC untuk menyediakan amalan terbaik pengurusan data awan yang telah diaudit dan diperakui yang tersedia sebagai lesen percuma untuk semua industri," kata John Bottega, Presiden EDM Council. "Kami sangat teruja untuk melancarkan rangka kerja CDMC dan menghargai usaha industri global yang melibatkan pelbagai pihak dalam inisiatif selama 18 bulan ini."

Rangka kerja CDMC tersedia sebagai lesen percuma untuk ahli dan bukan ahli EDM Council.  Untuk maklumat lanjut dan bagi mendapatkan lesen CDMC, sila layari edmcouncil.org.

Tentang EDM Council

EDM Council ialah persatuan global yang diwujudkan untuk meningkatkan amalan pengurusan dan analisis data sebagai keutamaan perniagaan dan operasi. EDM Council merupakan penyokong global terkemuka dalam pembangunan dan pelaksanaan standard, amalan terbaik data serta program latihan dan pensijilan yang komprehensif. Dengan lebih 250 ahli dari organisasi di seluruh dunia dari Amerika, EMEA dan Asia serta lebih 10,000 orang profesional pengurusan data sebagai ahli, EDM Council menyediakan tempat kepada profesional data untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bekerjasama menghadapi cabaran dan kemajuan dalam pengurusan serta analisis data sebagai fungsi organisasi yang penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari edmcouncil.org serta ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Source: EDM Council
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Data Analytics