omniture

ITE Hong Kong 2022 liputi Pasaran Sumber Selamat & Besar

TKS Exhibition Services Ltd
2021-09-29 20:31 143

HONG KONG, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- Dengan kira-kira 30000 pengunjung perdagangan dan pelawat awam serta lebih banyak peserta pameran luar negara berbanding peserta pameran tempatan, ITE2021 diadakan dengan jayanya pada bulan Julai walaupun sempadan ditutup. Satu-satunya pameran perjalanan Hong Kong yang seterusnya, ITE, akan diadakan mulai 9 hingga 12 Jun 2022.

Kualiti dijunjung di ITE2021 yang menggamit perhatian 103 (675*) peserta pameran dengan 64% (85%*) dari luar negara; 2544 (11613*) pengunjung perdagangan 27106 (73665*) pelawat awam; astaka rasmi dari China (tanah besar), Hong Kong, Macau, wilayah Jepun, Perkhemahan Glamor (Glamorous Camping) dan Taiwan, dsb.
(angka *ITE 2019)

Terdapat pameran kenderaan, dirian direka khas dengan tempat foto 3D, mesyuarat zum biasa yang mana penceramah dalam talian berinteraksi dengan pelawat di lapangan dan sekitar 50 seminar di tapak pameran dengan beberapa siaran langsung di Facebook dan sebagainya.

Pasaran Hong Kong adalah besar (perbelanjaan menuju keluar ke-12 terbesar di dunia iaitu US$26.9 bilion pada tahun 2019) dan selamat (kurang daripada 12100 kes COVID-19 yang disahkan secara keseluruhan). Ia juga merupakan sebahagian daripada Kawasan Teluk Lebih Besar China dengan KDNK mencecah US$1.67 trilion pada tahun 2020 yang setanding dengan Kanada, menduduki kedudukan ke-12 dalam senarai kedudukan KDNK dunia, dengan KDNK mencecah US$1.60 trllion.

Secara signifikan, tinjauan dalam talian ITE2021 yang mendapat 4514 balasan daripada pelawat awam mendapati permintaan perjalanan terpendam yang kukuh: 60% responden mengekalkan atau meningkatkan perbelanjaan perjalanan pada tahun akan datang; lebih 80% membayar lebih untuk percutian yang lebih selamat dan selepas sekatan perjalanan dihentikan 21% akan menjelajah ke luar negara dalam tempoh 1 bulan dan secara kumulatif 69% dalam tempoh 6 bulan.

Justeru itu, Hong Kong merupakan pasaran sumber keutamaan untuk negara-negara yang membuka semula sempadan kepada pelancong asing. ITE 2022, yang merangkumi ITE ke-36 (Riadah) dan ITE MICE ke-17, ialah platform yang tepat pada masanya dan terbukti.

Dijalankan dengan jayanya tahun ini, ITE2022 dapat menawarkan peserta pameran / pengiklan antarabangsa dengan perkhidmatan seperti seminar zum sebelum atau semasa berlangsungnya ITE untuk berinteraksi dengan pengunjung di tapak pameran; seminar di lapangan yang dapat disiarkan secara langsung; menyiarkan video di sesi seminar khusus; panel iklan atau sudut bergambar bantu kendiri dan sebagainya. Selain itu, TKS, penganjur akan memudahkan peserta pameran untuk bekerjasama dengan pejabat tempatan atau ejen mereka bagi mengawal bilangan kakitangan yang dihantar dari luar negara.

Sekali lagi, ITE2022 akan layak mendapat subsidi Konvensyen & Pameran oleh Kerajaan SAR Hong Kong. TKS akan mengongsikannya bersama peserta pameran yang mengesahkan kehadiran dan membayar sebelum 30 Disember 2021 dan dapat menikmati diskaun 20% untuk sewa ruang dan diskaun 10% selanjutnya.

Untuk butiran atau pertanyaan: www.itehk.com

 

Source: TKS Exhibition Services Ltd
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Travel Trade show news Future Events