omniture

Pengantarabangsaan RMB: Lu International dan Ping An Trust lancar Produk RMB Luar Pesisir Pertama mereka

Produk RMB luar pesisir baharu dengan bon pelaburan bandar dalam denominasi RMB sebagai aset yang mendasari akan disediakan di LU Global App
Lu International (Singapore) Financial Asset Exchange Pte. Ltd.
2021-10-05 15:02 124

SINGAPURA, 5 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Lu International (Singapore) Financial Asset Exchange Pte. Ltd. ("Lu International"), subsidiari bagi platform perkhidmatan kewangan peribadi yang diperkasakan oleh teknologi terkemuka China Lufax Holding (NYSE: LU), bersiap sedia untuk melancarkan secara rasmi produk jangka tetap RMB luar pesisir pertamanya dengan kerjasama Ping An Trust. Produk RMB luar pesisir baharu ini akan disediakan di Lu Global App.

Tawaran produk RMB luar pesisir ini akan diterbitkan oleh Ping An Trust dengan bon pelaburan bandar dalam denominasi RMB sebagai aset yang mendasari. Dalam masa yang sama, Lu International akan bertindak sebagai platform pengedaran dalam talian rasmi untuk pengguna di seluruh dunia.

Mengulas mengenai pelancaran produk baharu ini, Ketua Pegawai Operasi Lu International Ye Tingting berkata, "Pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap RMB di peringkat antarabangsa dan penambahbaikan operasi yang berterusan terhadap pasaran RMB luar pesisir telah membolehkan bahagian pasaran renminbi untuk berkembang dengan pesat. Sebagai tindak balas kepada hal ini, kami telah mengambil pendekatan yang proaktif untuk menyediakan pilihan peruntukan aset yang komprehensif kepada pengguna global Lu International dengan memanfaatkan aset-aset Ping An Trust yang berkualiti tinggi."

RMB global telah tiba 

Pelaksanaan strategi dwi-peredaran baharu di China telah membawa kepada pertumbuhan penting dalam pasaran RMB luar pesisir dan juga pengantarabangsaan mata wang ini.

Dengan mengambil pasaran London sebagai gambaran, menurut rekod awam, setakat penghujung Mei 2021, jumlah penerimaan dan pembayaran sebenar perkhidmatan RMB rentas sempadan yang dikendalikan oleh China dan UK mencecah kira-kira 763.9 bilion yuan, satu peningkatan ketara sebanyak 61% sepanjang tempoh tahun sebelumnya.

Jumlah dagangan dalam pasaran pertukaran asing RMB London turut mengekalkan pertumbuhan yang kukuh. Data daripada Bank of England menunjukkan bahawa semasa suku pertama tahun 2021, purata jumlah dagangan harian bagi pertukaran asing RMB luar pesisir di London telah mencecah 96.8 bilion pound, meningkat 9.01% secara berurutan.

Sementara itu, nilai deposit dan pinjaman dalam denominasi RMB menerusi pasaran luar pesisir London sedikit rendah berbanding yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. Setakat penghujung suku pertama tahun 2021, baki deposit RMB dalam pasaran luar pesisir London mencecah kira-kira 72 bilion yuan, satu peningkatan sebanyak 11.21% berbanding suku tahun sebelumnya dan dengan sedikit penurunan iaitu 5.12% berbanding tahun sebelumnya.

Dengan pelaksanaan dasar dwi-peredaran China, peredaran RMB domestik dan antarabangsa yang berfungsi lancar akan meningkatkan penggunaan mata wang dalam pasaran global. Dalam konteks ini, mengembangkan perniagaan aset RMB luar pesisir dan meningkatkan kecairan RMB luar pesisir adalah sangat penting untuk pengantarabangsaan RMB.

Latar Belakang Lufax Holding Ltd 

Lufax Holding Ltd ialah platform perkhidmatan kewangan peribadi yang diperkasakan oleh teknologi yang terkemuka di China. Lufax Holding Ltd sebahagian besarnya menggunakan tawaran produk bertumpukan pelanggannya dan saluran luar-talian-ke-dalam-talian untuk menyediakan perkhidmatan pemudahan kredit runcit kepada pemilik perniagaan kecil-kecilan dan pekerja bergaji di China serta penyelesaian pengurusan kekayaan yang disesuaikan untuk kelas pertengahan yang semakin berkembang pesat di China. Syarikat ini melaksanakan model perniagaan yang unik, modal-ringan, hub-and-spoke yang menggabungkan aplikasi teknologi dibina khas, data yang luas serta kepakaran perkhidmatan kewangan untuk memudahkan produk yang tepat kepada pelanggan yang tepat dengan berkesan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.lufaxholding.com.

Latar Belakang Lu International 

Lu International (Singapore) Financial Asset Exchange Pte. Ltd.("LUI") (No. Pendaftaran Syarikat 201702479G) memegang lesen perkhidmatan pasaran modal yang dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan (Cap. 289 Singapura) ("SFA") yang berkaitan dengan perniagaannya dalam aktiviti yang dikawal selia oleh SFA dalam mengurus sekuriti, pengurusan dana dan menyediakan perkhidmatan jagaan untuk sekuriti kepada pelanggan yang layak.

Lu Global ialah platform pengurusan kekayaan dan pelaburan mudah alih dalam talian yang dikendalikan oleh LUI serta beribu pejabat di Singapura. Ia menawarkan akses dalam talian 24/7 kepada pelbagai jenis pelaburan yang berkualiti tinggi dan peluang untuk melabur dalam jumlah yang sedikit dengan mudah dan dengan tempoh komitmen yang singkat bagi memberi kefleksibelan maksimum di samping mendapat manfaat daripada pulangan yang menarik.

 

 

 

Source: Lu International (Singapore) Financial Asset Exchange Pte. Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Insurance New products/services