omniture

Penaiktarafan GWM Coffee Intelligence 2.0 GWM Sediakan Pengalaman Pintar Lebih Mesra Pengguna

GWM
2021-10-16 06:34 440

BAODING, China, 16 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM Coffee Intelligence 2.0 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi yang mendapat tumpuan daripada banyak rakan media dan pengguna.

Coffee Intelligence 2.0 memperkenalkan seni bina elektronik dan elektrik serba baharu serta casis pacu-melalui-wayar pintar. Ia juga telah menaik taraf kokpit pintar, pemanduan pintar dan perkhidmatan pintar yang dapat membawa pengalaman pintar yang lebih berciri manusiawi kepada pengguna.

GWM Coffee Intelligence 2.0 dinaik taraf dilancarkan
GWM Coffee Intelligence 2.0 dinaik taraf dilancarkan

Seni bina elektronik dan elektrik serta casis pacu-melalui-wayar pintar merupakan teras bagi penaiktarafan ini. Seni bina yang dinaik taraf menyediakan fungsi-fungsi pintar yang lebih canggih. Casis pacu-melalui-wayar pintar telah dinaik taraf bagi memenuhi keperluan pemanduan automatik L4 dan tahap lebih tinggi.

Berdasarkan kepada penambahbaikan yang disebutkan di atas, kenderaan dapat merealisasikan bantuan luncur dalam domain kelajuan penuh, bantuan kesesakan lalu lintas, fungsi satu-butang mula meletakkan kenderaan automatik sepenuhnya dan fungsi-fungsi pemanduan pintar yang lain. Terutamanya untuk fungsi satu-butang mula meletakkan kenderaan automatik sepenuhnya, apabila menghadapi ruang letak kenderaan yang sempit, pengguna boleh memulakan fungsi meletakkan kenderaan automatik satu butang agar kenderaan dapat melakukan perancangan laluan, menyelesaikan operasi mengemudi, menukar gear, membrek, pemecutan/penyahpecutan dan operasi lain secara automatik. Fungsi ini dapat membantu pengguna terutamanya bagi menyelesaikan pelbagai masalah meletakkan kenderaan seperti berundur ke tempat letak kenderaan.

Platform Coffee Intelligence 2.0 turut melancarkan sistem kokpit Coffee Intelligence pertama - GC-OS. Dengan mengoptimumkan fungsi-fungsi seperti pembantu pengecaman pertuturan berasaskan AI, kawalan kenderaan jarak jauh dan penaiktarafan jarak jauh berasaskan awan, sistem ini dapat merealisasikan interaksi manusia-komputer sebelum, semasa dan selepas memandu. Melaraskan suhu penyaman udara, membuka/menutup bumbung matahari dan fungsi-fungsi lain dapat dicapai dengan arahan suara. Semasa navigasi, pengguna juga dapat mengendalikan peta dan menetapkan titik laluan menggunakan arahan suara, ia dapat mengurangkan operasi manual yang tidak perlu bagi mencapai keselamatan pemanduan yang lebih tinggi.

Apa yang mengejutkan, sistem GC-OS dapat menyediakan pengguna dengan lebih daripada 40 perkhidmatan pintar berasaskan senario seperti kontak sosial pintar, penyelenggaraan kereta pintar, kehidupan digital dan sambungan kereta-rumah.

Menerusi perkhidmatan sambungan kereta-rumah baharu, pengguna boleh merealisasikan kawalan pada waktu sebenar melalui peranti pintar di rumah mereka seperti penyaman udara, pembersih udara dan robot penyapu melalui pembantu suara atau skrin kawalan pusat. Dalam perjalanan pulang dari pejabat dengan memandu, pengguna boleh menetapkan suhu penyaman udara dan pembersih udara rumah mereka dengan arahan suara agar mereka dapat menikmati suasana yang hangat apabila mereka tiba di rumah. Perkhidmatan pintar ini membawakan kehidupan yang jauh lebih mudah kepada pengguna.

HAVAL H6S, yang dipamerkan di Pameran Motor Chengdu ke-24 pada 29 Ogos, dilengkapi dengan sistem GC-OS. Ia meninggikan harapan pengguna dengan kelebihan pintarnya.

Platform Coffee Intelligence 2.0 yang dinaik taraf menunjukkan kepada kita kekuatan teknikal GMW dalam era persaingan berasaskan kecerdasan. Apa yang boleh diharapkan juga ialah teknologi ini mungkin diaplikasikan kepada lebih banyak model kenderaan baharu yang akan membawakan lebih banyak pengalaman yang saintifik, berteknologi dan bercirikan manusiawi kepada semua pengguna global.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation