omniture

EVENTI 2021: Evorich meraikan ulang tahun ke-7 pelancaran MLCI Business

Evorich
2021-10-16 23:39 214

LEWES, Delaware, 16 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dua tahun yang lalu telah menjadi masa perubahan yang hebat, baik dalam kehidupan ramai orang dan juga dalam bidang perniagaan. Akibat daripada sekatan-sekatan berkaitan pandemik, sesetengah syarikat mengalami kerugian, manakala yang lain, menemui peluang baharu untuk pertumbuhan dan pembangunan di tengah-tengah krisis kewangan. Seseorang mungkin mengatakan bahawa tahun 2020 dan 2021 adalah tahun yang penuh dengan pelbagai cabaran. Syarikat pemasaran antarabangsa Evorich merupakan antara syarikat yang telah mengalami peningkatan prestasi secara signifikan di sepanjang tahun lalu. Pada masa ini, ia mempunyai hampir dua juta pengguna di seluruh dunia dan lebih 750 ribu daripada mereka merupakan rakan kongsi aktif.

Evorich Summit 2021
Evorich Summit 2021

Misi syarikat ini adalah untuk menyebarkan falsafah Evolusi Ekonomi Baharu Dunia (NEEW) yang akan dilaksanakan dengan mewujudkan ekosistem yang holistik. Ekosistem ini merangkumi projek seperti portal web pendidikan kewangan dan pelaburan Academy of a Private Investor, syarikat Switzerland UGPay Group AG, sistem pembayaran antarabangsa Global Unit Pay, bursa mata wang kripto UnitEx, platform perniagaan digital uGain, syarikat pemasaran Evorichdan lain-lain.

Andrey Khovratov, Ketua Pegawai Eksekutif Academy of a Private Investor, berkongsi pendapat dengan kami tentang sistem ini, "Apa yang boleh kita capai dengan melaksanakan NEEW? Pertama sekali, ia boleh membantu kita merangsang ekonomi kita sendiri. Apabila orang ramai merupakan pemilik bersama jenama atau pengeluar tertentu, kemudian dengan menggunakan barangan dan perkhidmatan pengeluar tersebut, mereka akan merangsang pertumbuhannya. Orang ramai boleh memilih apa yang ingin dilaburkan. Tambahan pula, setiap individu boleh menyertai projek-projek yang dicipta di bawah naungan NEEW. Saya percaya bahawa Evolusi Ekonomi Baharu Dunia sebenarnya telah berjaya diguna pakai di wilayah yang berbeza dan dalam sistem ekonomi yang berbeza."

Pada 19 Oktober, Evorich akan meraikan ulang tahun ke-7 pelancaran MLCI Business (Pelaburan Awam Berbilang Peringkat) pada suatu acara besar-besaran – EVENTI 2021. Secara tradisinya, sambutan ulang tahun ini merupakan acara untuk menyemak saham dan mengumumkan keputusan prestasi sepanjang tahun lalu. Acara ini akan diadakan di Dubai dan akan menyatukan lebih 500 peserta dari seluruh dunia. Para tetamu hadir untuk mengikuti agenda yang intensif: sesi latihan, ucapan dan testimoni, penganugerahan Pemimpin dan rangkaian perniagaan.

Pada sambutan ini, para peserta akan mendengar nama-nama pemimpin yang telah menunjukkan perkembangan yang hebat dan kerja berpasukan yang mengagumkan sepanjang tahun lalu. Menurut Andrey Khovratov, "Keunikan EVENTI 2021 ialah MLCI Business yang telah berusia tujuh tahun – pada ketika inilah barisan para pemimpin baharu dibentuk. Pemimpin kami bukan sahaja pakar dalam pemasaran berbilang peringkat tetapi juga dalam pelaburan. Hasil daripada perniagaan ini, sekumpulan usahawan kelas baharu akan muncul dalam tempoh 10-20 tahun akan datang: munculnya lebih ramai jutawan."

EVENTI 2021 akan menjadi acara yang luar biasa bagi seluruh komuniti perniagaan dan lebih penting lagi untuk rakan kongsi Evorich dan pemimpin yang menerima anugerah akan menjadi contoh sebenar untuk semua ahli syarikat.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1661348/Evorich_Summit_2021.jpg?p=medium600

 

Source: Evorich
Related Links:
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Future Events