omniture

InComm Payments Melancarkan Kad App Store di Kedai Hi-Life Taiwan

InComm Payments
2021-10-18 08:19 15

Rantaian kedai serbaneka terkemuka ini akan menawarkan Kad App Store di 1,460 buah kedai miliknya 

TAIPEI, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/-- InComm Payments, sebuah syarikat teknologi pembayaran global terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperluas edaran Kad App Store di Taiwan melalui kerjasamanya dengan rantaian kedai serbaneka terkemuka, Hi-Life.


Kad App Store kini tersedia di lebih 1,460 buah kedai Hi-Life di seluruh Taiwan. Kad App Store akan dijual dalam empat denominasi (NT$500, NT$1,000, NT$2,000 dan NT$300-6,000 VAR) dan denominasi kod digital antara NT$50-6,000 VAR. Selain itu, kod digital Kad App Store akan tersedia untuk jualan melalui kios perkhidmatan layan diri dalam kedai.

"Memandangkan permintaan kandungan digital yang meningkat dengan pesat sejak beberapa tahun lalu, kami teruja untuk membawakan produk ini kepada peruncit yang mempunyai perniagaan yang kukuh di Taiwan," kata Malcolm Areington, Naib Presiden Serantau, Utara Asia Pasifik, InComm Payments. "Berdasarkan kejayaan berterusan kerjasama Kad App Store yang kami lancarkan pada tahun 2020, kami percaya ini akan memberi manfaat kepada pelanggan Hi-Life di seluruh Taiwan."

InComm Payments memasuki pasaran Taiwan pada tahun 2013 dan telah menjadi peneraju pasaran dalam teknologi pengaktifan pusat jualan (POSA) di Taiwan sejak itu. Kejayaannya yang berterusan ini disokong oleh kerjasama yang telah lama dijalinkan dengan para pedagang terkemuka di Taiwan.

Tentang InComm Payments
InComm Payments merupakan peneraju global dalam teknologi pembayaran inovatif. Dengan memanfaatkan teknologi dinamik dan kepakaran yang terbukti, InComm Payments menyediakan platform pembayaran serba lengkap yang dipertingkat serta penyelesaian teknologi kewangan baru muncul yang membantu perniagaan berkembang dalam pelbagai sektor industri termasuk peruncitan, penjagaan kesihatan, tol & transit, insentif, pembayaran mudah alih dan perkhidmatan kewangan. Dengan mendayakan hubungan antara saluran omni dengan pangkalan pengguna yang sentiasa berkembang dalam sebuah ekosistem digital yang semakin maju, InComm Payments mencipta pengalaman perdagangan yang lancar dan bernilai di seluruh dunia. Dengan lebih 29 tahun pengalaman, lebih 500,000 pusat edaran, 402 paten global dan operasi di lebih 30 buah negara, InComm Payments menerajui industri pembayaran dari ibu pejabatnya di Atlanta, Georgia. Ketahui lebih lanjut di www.InCommPayments.com.

Hubungan Media:

InComm Payments 

Anthony Popiel
Dalton Agency
404-876-1309
apopiel@daltonagency.com

Nilce Piccinini
Pengurus Kanan Komunikasi
InComm Payments
404-935-0377
npiccinini@incomm.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1655408/InComm_Payments_Hi_Life_App_Store_Cards_Taiwan.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/118079/incomm_logo.jpg?p=medium600

Source: InComm Payments
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Retail New products/services Financial Technology