omniture

EcoFlow Lancar Stesen Janakuasa Mudah Alih RIVER mini

EcoFlow Inc.
2021-10-21 15:07 156

Bateri 210Wj dapat dicas semula sepenuhnya dalam 1.5 jam dan boleh didapati dalam pasaran global yang terpilih  

LOS ANGELES, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- EcoFlow, sebuah syarikat penyelesaian kuasa mudah alih dan tenaga boleh diperbaharui, hari ini melancarkan Stesen Janakuasa Mudah Alih EcoFlow RIVER mini di APAC, LATAM, Timur Tengah dan Afrika. Direka bentuk untuk menyediakan kuasa yang berguna bagi tujuan kerja dan rekreasi, RIVER mini merupakan stesen janakuasa yang paling berciri mudah alih dan kompak dalam barisan produk RIVER EcoFlow dengan kapasiti 210Wj.


Awal tahun ini, DELTA Pro dan DELTA Max EcoFlow, kedua-duanya direka bentuk untuk kuasa sandaran rumah selama beberapa hari, memecah rekod Kickstarter bagi projek teknologi yang paling banyak dibiayai. Terkenal kerana menginovasi bateri berkapasiti besar, EcoFlow turut menyedari terdapatnya keperluan pasaran terhadap sumber kuasa pada bila-bila masa dan di mana-mana. Mewarisi teknologi pengecasan pantas dan output tinggi jenama ini, EcoFlow RIVER mini mengisi kekosongan pasaran terhadap produk sedemikian tanpa menjejaskan keupayaan dan keserbagunaannya.

"Terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap kuasa mudah alih memandangkan semakin ramai orang, terutamanya generasi muda, yang cenderung untuk berada di luar rumah untuk bekerja dan berekreasi, namun kemudahalihan sering hadir dengan risikonya," kata Thomas Chan, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di EcoFlow. "EcoFlow RIVER mini mentakrifkan semula definisi kemudahalihan, memandangkan ia menggabungkan dengan sempurna antara kemudahalihan dan kuasa. Ia benar-benar merupakan stesen janakuasa sedia digunakan yang cukup berkuasa untuk membawa perubahan dalam kehidupan harian orang ramai."

Pengecasan pantas yang utama dalam industri 

Dengan teknologi X-Stream EcoFlow, EcoFlow RIVER mini menyokong input AC sehingga 300W dan boleh dicas semula daripada 0% hingga 100% dalam 1.5 jam (produk yang serupa biasanya mengambil masa empat hingga lapan jam). Ia juga menyokong input solar dan kereta, kedua-duanya dengan input sehingga 100W dan masing-masing mengambil masa tiga hingga enam jam dan 3.5 jam untuk dicas semula sepenuhnya.

Reka bentuk fungsian dan estetik 

Reka bentuk EcoFlow RIVER mini mengambil kira baik fungsian mahupun citarasa keindahan. EcoFlow RIVER mini boleh memberi kuasa serentak kepada lapan peranti dengan dua port AC, satu port DC/kereta, empat port USB dan pengecasan tanpa wayar 15W. Selain itu, bahagian luar berwarna hitam pekat dan bentuk melengkung halusnya menonjolkan citarasa estetik dan teknologi moden, menjadikannya hiasan yang sesuai untuk tempat kerja, rumah atau sebarang senario luar.

Memberi kuasa 90% barangan elektronik pengguna 

Dengan output terkadar 300W, EcoFlow RIVER mini mempunyai teknologi X-Boost yang membolehkannya memberi kuasa kepada beberapa peranti 600W. Ini bermakna EcoFlow RIVER mini, padat seperti sedia adanya, dapat memberi kuasa kepada 90% barangan elektronik pengguna termasuk komputer riba, televisyen, komputer meja, peti sejuk dan pembersih vakum.

Malah lebih senyap daripada perpustakaan 

Bunyi operasi dan pengecasan semula EcoFlow RIVER mini adalah antara 38 hingga 44 desibel yang bersamaan dengan tahap bunyi sebuah perpustakaan. Tahap bunyi rendah EcoFlow RIVER mini membolehkannya untuk menukarkan sebarang tempat seperti perpustakaan atau kedai kopi menjadi sebuah pejabat.

Ketersediaan

Bagi ketersediaan EcoFlow RIVER mini, sila berkunjung ke peniaga tempatan di negara/wilayah anda.

 

Source: EcoFlow Inc.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Retail Utilities New products/services