omniture

EVERSANA dan Intouch Group bergabung tenaga, menambah rangkaian agensi digital pertama perdana kepada peneraju pasaran pengkomersialan generasi seterusnya

Eversana
2021-10-22 02:38 60

CHICAGO dan KANSAS CITY, Mo., 21 Oktober, 2021 /PRNewswire/ -- EVERSANA™, perintis perkhidmatan komersial generasi seterusnya untuk industri sains hayat global, dan Intouch Group®, sebuah rangkaian agensi perkhidmatan penuh global kepada industri farmaseutikal, hari ini mengumumkan bahawa mereka menandatangani perjanjian untuk menggabungkan perkhidmatan media dan kreatif, penyelesaian perusahaan dan analisis data Intouch yang terkemuka dalam industri ke dalam platform perkhidmatan pengkomersialan bersepadu sepenuhnya milik EVERSANA.

Gabungan syarikat-syarikat ini — dengan lebih 40 lokasi global; 5,500 orang pekerja di seluruh dunia; dan berjuta-juta dolar yang dilaburkan dalam transformasi digital, data dan analisis — telah bersedia untuk menyampaikan pengkomersialan berskala penuh kepada syarikat farmaseutikal di seluruh dunia.

"Magnitud kerjasama ini mengubah trajektori industri dan telah melangkaui tempohnya," kata Jim Lang, Ketua Pegawai Eksekutif EVERSANA. "Di EVERSANA, kami telah menghabiskan masa selama beberapa tahun kebelakangan ini untuk menangani isu-isu dalam industri sains hayat bagi memulakan semula pengkomersialan. Intouch berkongsi visi dan keinginan kami untuk meneroka pembaharuan. Kami akan melibatkan seluruh ekosistem sains hayat melalui cara baharu yang hebat, bersama-sama. Adakah sesiapa yang lebih baik daripada EVERSANA dan Intouch yang mampu mengubah dan meningkatkan penjagaan kesihatan sebenar di seluruh dunia?"

"Lebih dua puluh tahun yang lalu, saya mengasaskan Intouch dengan kepercayaan bahawa tiada cabaran yang terlalu besar yang tidak dapat ditangani," kata Faruk Capan, Ketua Pegawai Eksekutif Intouch Group. "Dengan EVERSANA, pasukan kami mengambil langkah yang penting ke hadapan. Kami bukan sahaja akan terus memastikan jenama pelanggan kami boleh diakses, malah kini, akan turut menggunakan kepemimpinan kami dalam promosi dan penglibatan digital untuk meningkatkan setiap aspek dalam pengkomersialan produk. Cabaran ini mungkin besar, namun kesungguhan dan komitmen kami terhadap inovasi jauh lebih hebat."

Di bawah terma perjanjian ini, kedua-dua syarikat dan pelanggan mereka akan mendapat manfaat segera dengan akses terhadap pelbagai perkhidmatan yang dipacu secara digital serta perkhidmatan berpusatkan pesakit yang dirancang untuk menyelesaikan sebarang cabaran penentuan harga, akses, pembayaran balik, promosi, pematuhan atau penghantaran produk secara global.

Rangkaian agensi Intouch termasuk sembilan ahli gabungannya (Intouch Solutions, Intouch Proto, Intouch Seven, Intouch International, Intouch Media, Intouch B2D, Intouch Analytics, Intouch Market Access dan Intouch Oxygen) yang diperkukuhkan lagi oleh, dan akan memajukan platform perkhidmatan komersial EVERSANA yang merangkumi kitaran lengkap hayat produk. Agensi ini akan segera bekerjasama rapat dengan agensi EVERSANA iaitu EVERSANA ENGAGE.

EVERSANA menjangkakan pengambilalihan Intouch ini akan diselesaikan pada akhir tahun ini.  Butiran kewangan tidak akan diumumkan. Houlihan Lokey bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk Intouch Group.

EVERSANA
Sarah Zwicky
Tel +1 (414) 434-4691

Intouch Group
Wendy Blackburn
Tel +1 (913) 530-5207

Tentang EVERSANA
EVERSANA™ ialah penyedia perkhidmatan global yang terkemuka bagi industri sains hayat. Penyelesaian bersepadu syarikat tersebut berakar umbi pada pengalaman pesakit dan merangkumi semua peringkat kitaran hayat produk untuk memberikan nilai jangka panjang yang lestari kepada pesakit, pemberi preskripsi, rakan saluran dan pembayar. Syarikat tersebut memberikan perkhidmatan kepada lebih 500 organisasi, termasuk syarikat permulaan yang inovatif dan syarikat-syarikat farmaseutikal yang sudah mapan, bagi memajukan penyelesaian sains hayat untuk dunia yang lebih sihat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang EVERSANA, layari eversana.com atau berhubung melalui LinkedIn dan Twitter.

Tentang Intouch Group 
Intouch Group ialah rangkaian agensi perkhidmatan penuh milik persendirian yang menyediakan perkhidmatan kreatif dan media, penyelesaian perusahaan dan analisis data di seluruh dunia melalui sembilan ahli gabungan di lapan buah pejabat termasuk Intouch Solutions, Intouch Proto, Intouch Seven, Intouch International, Intouch Media, Intouch B2D, Intouch Analytics, Intouch Market Access dan Intouch Oxygen. Intouch Group mempunyai lebih 1,400 orang pekerja secara kolektif. Dengan dedikasinya terhadap bidang sains hayat, Intouch Group beroperasi dengan kepercayaan bahawa tiada cabaran yang terlalu besar, yang tidak boleh ditangani. Hubungi Intouch Group di info@intouchg.com atau layari laman web mereka di intouchg.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/826977/Eversana_Logo.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1665632/Intouch_Group_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: Eversana
Related Links:
Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Joint ventures Data Analytics