omniture

Acara Kemuncak dalam Pertandingan S.Pellegrino Young Chef Academy 2019-21 Akan Menjadi Tuan Rumah Buat Pertama Kalinya Pada Forum "Brain Food" S.Pellegrino Young Chef Academy

Sanpellegrino Group
2021-10-22 08:00 31

Pertukaran pengetahuan dan idea yang memberi inspirasi antara para tukang masak muda dan beberapa orang tukang masak terhebat di dunia, yang dikendalikan oleh Fine Dining Lovers, akan memperkaya program menarik dalam acara tiga hari di Milan.

MILAN, 22 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- S.Pellegrino Young Chef Academy dengan bangganya mengumumkan edisi pertama Forum "Brain Food" S.Pellegrino Young Chef Academy yang akan diadakan pada 30 Oktober, pada Acara Kemuncak Pertandingan S.Pellegrino Young Chef Academy 2019-2021 di Milan dan dikendalikan oleh Fine Dining Lovers.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8971651-grand-finale-s-pellegrino-young-chef-academy-competition-host-brain-food-forum/

Edisi pelancaran Forum, dengan ketua editor Fine Dining Lovers, Ryan King sebagai tuan rumah, akan memberi tumpuan kepada Rasa & Kreativiti dan akan memberi inspirasi kepada semua tukang masak muda dan peminat makanan sebenar yang menghadiri acara tersebut, memberikan idea dan refleksi yang menarik yang berkaitan dengan dunia gastronomi.

Barisan panel forum akan merangkumi tokoh-tokoh seperti Massimo Bottura dan Virgilio Martinez yang akan membincangkan tema-tema penting, untuk menunjukkan bahawa kreativiti, dorongan citarasa dan penemuan, bukan hanya menghasilkan makanan yang lazat, tetapi juga mampu mengubah hidup menjadi lebih baik. Bottura akan membincangkan misinya untuk mengelakkan pembaziran makanan, temujanji dengan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) sebagai Duta Muhibah dan projek Refettorio – hab komuniti budaya dengan dapur sosial di bawah visi organisasi bukan berasaskan keuntungan Food for Soul yang kini bekerjasama dengan S.Pellegrino Young Chef Academy –  menggerak dan memperkasakan komuniti tempatan untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan dan menyokong penglibatan sosial. Martinez akan berbincang tentang projek 'Mater', yang dijalankan untuk mengkatalog dan meneroka semula bahan-bahan dan teknik dalam komuniti Andes dan Amazon tempatan untuk memelihara budaya gastronomi asli untuk masa hadapan.

Selain daripada Bottura dan Martinez, forum ini akan menampilkan tujuh tokoh terkemuka dalam gastronomi global yang juga akan menjadi ahli Juri Agung yang akan memutuskan pemenang anugerah S.Pellegrino Young Chef Academy 2019-2021: Enrico Bartolini (tukang masak Michelin bertaraf tiga bintang yang berasal dari Tuscany, merupakan salah seorang daripada bakat gastronomi yang paling menyerlah di Itali dan di dunia), Manu Buffara (tukang masak eksekutif dan pemilik Manu di Curitiba, yang membuka laluan kepada gastronomi di Brazil), Andreas Caminada (pada usia hanya 33 tahun, beliau memperoleh tiga bintang Michelin dan acara hari ini mempamerkan visi gastronomi dalam istana abad ke-13 yang bersejarah di Schauenstein, Switzerland), Mauro Colagreco (tukang masak berdarah Argentina-Itali di restoran bertaraf tiga bintang Michelin, Mirazur di Menton, Perancis), Gavin Kaysen (pemenang James Beard Award dan salah seorang mentor pengasas yayasan bukan berasaskan keuntungan, Mentor BKB Foundation (dahulunya dikenali sebagai Bocuse d'Or USA Foundation), Clare Smyth (tukang masak wanita pertama dan satu-satunya yang menjalankan restoran dengan tiga bintang Michelin di UK) dan Pim Techamuanvivit (pemilik Nari, Kamin dan Kin Khao bertaraf bintang Michelin di San Francisco dan tukang masak eksekutif Nahm bertaraf bintang Michelin di Bangkok). Tujuh Figura ini akan membentuk panel pakar yang akan memuktamadkan persoalan dan perbincangan tentang tema Rasa & Kreativiti. Bakat muda dan pemenang sebelum ini dalam pertandingan S.Pellegrino Young Chef, Mitch Lienhard (AS, 2016) dan Mark Moriarty (rantau UK & Ireland, 2015) juga akan turut hadir untuk membincangkan harapan para tukang masak muda hari ini dan pengalaman mereka dalam industri.

Topik Rasa & Kreativiti dipilih untuk merealisasikan nilai-nilai teras S.Pellegrino Young Chef Academy: sebuah platform pendidikan dalam talian yang dicipta untuk menarik, menghubung dan memupuk pelbagai bakat dalam bidang gastronomi.

Berikutan pelancaran tersebut, Forum "Brain Food" S.Pellegrino Young Chef Academy akan terus berlangsung di pelbagai lokasi di seluruh dunia, menawarkan gambaran tentang tema yang berbeza-beza dengan matlamat untuk memberikan akses terus kepada pengetahuan daripada tokoh-tokoh global dalam industri hospitaliti.

Forum Brain Food akan tersedia untuk ditonton melalui penstriman langsung di Fine Dining Lovers, selepas pendaftaran ke FDL+, pada hari Sabtu 30 Oktober dari jam 09:30 pagi-12.30 malam CET

Forum "Brain Food" S.Pellegrino Young Chef Academy bukan satu-satunya yang terkenal dalam pertandingan tahun ini: pada 29 Oktober, tukang masak bintang Michelin Cristina Bowerman akan bertemu para tukang masak muda wanita yang menghadiri acara ini untuk program bual bicara tidak formal berkaitan Kepimpinan Wanita,  berkongsi dengan mereka berkaitan pengalaman antarabangsa sebagai seorang tukang masak, usahawan dan jurulatih yang berjaya. Perjumpaan ini akan menjadi aktiviti pertama dalam program pemerkasaan jangka panjang daripada S.Pellegrino Young Chef Academy yang bertujuan untuk memupuk generasi profesional muda wanita yang seterusnya.

Tentang S.Pellegrino dan Acqua Panna 

S.Pellegrino, Acqua Panna dan Sanpellegrino Italian Sparkling Drinks ialah tanda dagangan antarabangsa Sanpellegrino S.p.A. yang berpangkalan di Milan, Itali. Diedarkan di lebih 150 buah negara melalui cawangan dan pengedar di kesemua lima benua, produk ini mewakili kecemerlangan yang berkualiti berdasarkan asal-usul mereka dan mentafsir gaya Itali dengan sempurna di seluruh dunia sebagai sintesis keseronokan, kesihatan dan kesejahteraan. Ditubuhkan pada tahun 1899, Sanpellegrino S.p.A. merupakan syarikat terkemuka dalam sektor minuman di Itali dengan pelbagai rangkaian air mineral, aperitif tanpa alkohol, minuman dan teh ais. Sebagai pengeluar utama air mineral di Itali, ia sentiasa komited untuk meningkatkan kebaikan utamanya kepada planet dan bekerja secara bertanggungjawab serta bersemangat untuk memastikan masa depan sumber ini selamat.

Tentang Fine Dining Lovers 

Fine Dining Lovers ialah sebuah platform digital antarabangsa yang menerbitkan maklumat dalaman berkaitan dunia restoran, memaparkan akses unik kepada perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh industri. Majalah dalam talian ini disokong oleh S.Pellegrino dan Acqua Panna, tetapi bebas secara editorial.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1665465/Sanpellegrino_The_Grand_Jury.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1341607/SPYCA_logo.jpg?p=medium600

 

The Grand Jury. From left to right: Gavin Kaysen, Manu Buffara, Enrico Bartolini, Clare Smyth, Andreas Caminada, Pim Techamuanvivit, Mauro Colagreco.
The Grand Jury. From left to right: Gavin Kaysen, Manu Buffara, Enrico Bartolini, Clare Smyth, Andreas Caminada, Pim Techamuanvivit, Mauro Colagreco.

 

 

 

Source: Sanpellegrino Group
Keywords: Computer/Electronics Education Food/Beverages Multimedia/Online/Internet Restaurants Retail Broadcast feed announcements Women-related news Future Events