omniture

Pertumbuhan luar biasa Asia Tenggara dalam teknologi kewangan dan membeli belah perkasa SHAREit merebut kedudukan penerbit media terunggul global bersama-sama Google, Facebook dan TikTok

SHAREit
2021-10-22 09:32 113
  • Memperkasa perniagaan kewangan dan e-dagang di Asia Tenggara: SHAREit menduduki #3 selepas syarikat-syarikat gergasi global seperti Google dan Facebook untuk Indeks Pengekalan dan pembelian dalam aplikasi (in app purchase, IAP) bagi senarai kedudukan volum kategori Kewangan dan E-Dagang, menurut edisi ke-13 Indeks Prestasi AppsFlyer bagi separuh pertama (H1) 2021.
  • Memainkan peranan penting bersama peneraju pasaran pada skala global: SHAREit menduduki tempat #4 di seluruh dunia selepas Google, Facebook dan TikTok dalam kesemua kategori menerusi senarai kedudukan volum indeks IAP.
  • Menembusi ke dalam pasaran baharu: SHAREit juga muncul sebagai penerbit yang berkembang paling pantas #1 di Amerika Utara dan #2 di Amerika Latin, selepas TikTok.

SINGAPURA, 22 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- SHAREit Group, sebuah syarikat teknologi global, hari ini mengumumkan bahawa aplikasi perkongsian fail, penstriman kandungan dan permainannya, SHAREit, telah menduduki tempat ketiga di Asia Tenggara kerana memacu pengekalan tinggi dan jumlah IAP dalam kalangan pengguna Android untuk syarikat-syarikat dalam industri kewangan dan e-dagang. Senarai kedudukan ini disediakan oleh AppsFlyer, platform pengukuran dan pengalaman pemasaran yang mengeluarkan edisi ke-13 Indeks Prestasi mereka minggu ini, menampilkan sumber-sumber media terunggul dalam pengiklanan mudah alih. Laporan ini merangkumi 623 sumber media untuk meneliti 33 bilion aplikasi yang dipasang, 17,000 aplikasi dan 55 bilion aplikasi dibuka.

Di peringkat global, platform pengiklanan berasaskan aplikasi ini menduduki tempat #4 di seluruh dunia selepas Google, Facebook dan TikTok dari segi senarai kedudukan Volum untuk indeks IAP dalam semua kategori. SHAREit turut memperluas pengaruhnya ke pasaran-pasaran lain memandangkan ia menduduki tempat sebagai penerbit yang berkembang paling pantas di Amerika Utara dan kedua terpantas di Amerika Latin selepas TikTok.

Senarai kedudukan ini menonjolkan peranan SHAREit yang semakin berkembang sebagai platform pemasaran pilihan untuk pemasar mudah alih yang ingin memacu pengguna dan penjenamaan yang berkualiti. Terdapat beratus-ratus pelanggan syarikat daripada bidang kewangan dan e-dagang yang merupakan bidang pertumbuhan strategik yang penting untuk syarikat ini.

"Pembelian dalam aplikasi sedang meningkat naik di Asia Tenggara pada tahun 2021 memandangkan pengguna meluangkan lebih banyak masa dalam talian. Kawasan ini telah mengalami peningkatan 240% dari segi perbelanjaan menurut satu lagi laporan AppsFlyer mengenai Keadaan Pemasaran Aplikasi eDagang pada tahun 2021. Perbankan mudah alih dan pembayaran tanpa sentuh telahpun muncul sebagai trend penting di Asia Tenggara dan kami teruja kerana dapat memangkinkan pertumbuhan ini. Kesemua ini telah menjadi tumpuan dalam strategi perniagaan kami ketika kami berusaha untuk menjadi pusat kuasa pengiklanan untuk jenama-jenama," kata Karam Malhotra, Rakan Kongsi dan Naib-Presiden Global di SHAREit Group. "Kami teruja dinamakan sebagai penerbit media yang terkemuka untuk jenama-jenama dalam kategori kewangan dan e-dagang dalam memacu pembelian dalam-aplikasi mereka di wilayah ini dan berharap dapat membantu lebih banyak perniagaan menikmati tempoh kejayaan dan berkembang."

Ciri utama SHAREit ialah pemindahan fail rakan ke rakan, bagi membolehkan pengguna berkongsi video, aplikasi, gambar dan banyak lagi dengan peranti lain tanpa menggunakan sambungan internet atau Bluetooth. Sebagai salah satu rakan kongsi saluran aplikasi yang pertama daripada Google Play, ia juga menjamin pemindahan aplikasi yang selamat dengan Perkongsian Aplikasi Luar Talian Rakan-ke-Rakan yang membolehkan pengguna berkongsi aplikasi melalui SHAREit, menambahnya dalam Pustaka Main pengguna dan mengurus kemas kini aplikasi apabila peranti ini beroperasi semula secara dalam talian.

SHAREit turut mengukuhkan kedudukannya sebagai platform kandungan digital sehenti bagi menyediakan pengguna dengan perkhidmatan permainan, penemuan kandungan dan penggunaan. SHAREit mempunyai pusat permainan khusus pada aplikasi ini yang menawarkan permainan HTML5, video permainan dan pilihan untuk memuat turut permainan terkenal. Dengan permainan merentas semua genre, ia mempunyai salah satu katalog permainan mudah alih terbesar daripada pembangun seluruh dunia. SHAREit meneruskan momentum menaiknya yang mengagumkan dalam kategori permainan yang menduduki tempat ke-8 di seluruh dunia dan turut memperluas kehadiran mantapnya daripada teras pertengahan dan kasual kepada berada di kedudukan dalam senarai 10 teratas dalam semua kategori termasuk arked, teka-teki, simulasi dan permainan hiper-kasual di seluruh dunia, menurut Indeks Prestasi XIII AppsFlyer baru-baru ini.

Latar Belakang SHAREit Group 

SHAREit Group ialah sebuah syarikat teknologi global yang telah membangunkan rangkaian aplikasi terpelbagai yang dipasang oleh hampir 2.4 bilion pengguna di seluruh dunia termasuk aplikasi teras SHAREit. Ini bermula daripada alat-alat popular dalam bidang utiliti hinggalah aplikasi kandungan hiburan digital. Rangkaian perniagaan SHAREit Group mencecah lebih 150 negara dalam 45 bahasa yang berbeza. SHAREit bertujuan untuk membantu jenama-jenama mencapai matlamat perniagaan dan pengguna mereka untuk mengakses kandungan digital yang lancar dengan kualiti setinggi mungkin.

Source: SHAREit
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media