omniture

Run-Up Tahunan Empire State Building Dibawakan oleh Turkish Airlines yang Dikuasakan oleh Challenged Athletes Foundation Kembali pada 26 Oktober

Empire State Realty Trust, Inc.
2021-10-22 21:54 2260

Para Selebriti, Pelari Menara Elit dan Atlet Kurang Upaya akan Menyertai Perlumbaan Ikonik ini

NEW YORK, 22 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Empire State Building hari ini mengumumkan para pelari menara elit, atlet kurang upaya dan selebriti dari seluruh dunia yang akan menyertai pemenang loteri bertuah untuk mendaki 1,576 anak tangga ke puncak Bangunan Paling Terkenal di Dunia pada hari Selasa, 26 Oktober 2021 untuk Empire State Building Run-Up (ESBRU) yang Dibawakan oleh Turkish Airlines dan Dikuasakan oleh Challenged Athletes Foundation. 

ESBRU 2021
ESBRU 2021

Acara saringan elit lelaki untuk larian tahunan yang ke-43 ini akan menampilkan legenda pelari menara seperti Wai Ching Soh (Malaysia) yang memenangi tempat kedua pada tahun 2019; Sproule Love (St. Louis, MO) memenangi tempat ketiga pada tahun 2018 dan keenam pada tahun 2019; dan David Roeske (Loveland, CO), manusia keempat yang berjaya mendaki gunung Everest. Pesaing terkenal dalam acara saringan elit wanita termasuk Cindy Harris (Indianapolis, IN) – yang memenangi tempat kedua dalam perlumbaan tahun 2019 – serta Shari Klarfeld (Plainview, NY), Maria Elisa Lopez Pimentel (Mexico), Omar Bekkali (Belgium) dan Fabio Ruga (Itali), kesemuanya memperoleh enam kedudukan teratas pada tahun 2019.

"Dapat kembali ke New York dan bersaing menentang atlet terbaik di dunia dalam cabaran yang unik ini – di lokasi ikonik – merupakan suatu penghormatan yang besar," kata Wai Ching Soh, Pemegang Rekod Dunia Guinness untuk pendakian tangga menegak yang paling tinggi dalam masa satu jam. "Saya tiada keraguan lagi pertandingan ini akan menjadi sengit pada tahun ini dan saya tidak sabar untuk sekali lagi menjadi sebahagian daripada cabaran tonggak tersebut dan berharap untuk memecahkan rekod peribadi saya."

Terbaru untuk perlumbaan tahun ini ialah jenama pakaian sukan prestasi On Running serta saringan khusus untuk peminat sukan lari dan pempengaruh dari seluruh negara yang bersemangat untuk mendaki mercu tanda yang paling ikonik di New York.

Turkish Airlines, sebuah syarikat penerbangan global terkemuka yang terbang ke banyak negara dan destinasi antarabangsa berbanding syarikat yang lain, kembali sebagai penaja utama Run-Up 2021 untuk tahun ketiga dan akan menghadiahkan penerbangan percuma kepada pelari lelaki dan wanita elit terbaik. Selain beroperasi di lapangan terbang JFK di New York, Turkish Airlines telah melancarkan laluan kesepuluh di A.S. di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark pada awal tahun ini pada 21 Mei 2021.

"Turkish Airlines berbesar hati untuk sekali lagi menjadi sebahagian daripada acara menggembirakan yang menyatukan komuniti dari seluruh dunia dalam perlumbaan luar biasa di bangunan yang paling ikonik di dunia," kata Pengurus Besar Turkish Airlines, New York, Cenk Ocal. "Adalah sangat berbesar hati untuk meneruskan komitmen kami terhadap acara sukan dan menyokong organisasi yang memperjuangkan dinamisme dan semangat kompetitif sambil menyediakan peluang kepada para peserta untuk melihat dunia dengan peluang untuk memenangi tiket dari Turkish Airlines ke salah satu daripada lebih 300 destinasi kami di seluruh dunia."

Challenged Athletes Foundation (CAF) kembali sebagai badan amal rasmi Run-Up sebagai peneraju dunia dalam membantu individu kurang upaya agar terlibat dan kekal dalam bidang sukan dengan menyediakan peluang sukan yang tiada tandingan, harapan, pendidikan dan memberi inspirasi kepada individu kurang upaya untuk menjalani gaya hidup yang aktif.

"Kami teruja untuk sekali lagi menjadi sebahagian daripada acara ikonik yang menyatukan atlet kurang upaya dan penyokong kami untuk meneruskan misi kami. Kami mempunyai sekumpulan atlet dan pengumpul dana yang mengagumkan dan hebat, dengan bantuan Empire State Building akan menunjukkan kepada dunia apa yang boleh dicapai apabila seseorang yang kurang upaya fizikal mempunyai sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat mereka," kata Doug Olson, Pengarah Pembangunan Kanan Timur Laut, CAF.

Selain daripada ON Running, Turkish Airlines dan perlumbaan saringan CAF, para peserta juga akan merangkumi media, para selebriti seperti Bachelorette Tayshia Adams dan Jurulatih Selebriti, Don Saladino serta peserta loteri di acara saringan khusus yang lain. Pengarang dan Pemodal Teroka, Tim Draper akan menjadi hos khusus untuk saringan antara Pantai Barat menentang Pantai Timur, ketika Silicon Valley Ventures menentang New York City Ventures untuk memenangi sumbangan sebanyak $100,000 kepada badan amal masing-masing. Lampu menara Empire State Building yang terkenal di dunia akan bersinar dalam warna Turki Airlines – merah dan putih – pada malam perlumbaan bagi meraikan acara tersebut.

Maklumat lanjut tentang Empire State Building dan Run-Up boleh didapati dalam talian.

Tentang Empire State Realty Trust 

Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) memiliki, mengurus, mengendali, memperoleh dan menempatkan semula hartanah pejabat dan peruncitan di Manhattan dan kawasan metropolitan New York termasuk Empire State Building iaitu "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Setakat 30 Jun 2021, portfolio pejabat dan peruncitan syarikat ini meliputi 10.1 juta kaki persegi ruang sewaan yang terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi ruang sewaan di 14 hartanah pejabat termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi ruang sewaan dalam portfolio peruncitan. 

Empire State Realty Trust ialah peneraju kecekapan tenaga dalam ruang kelestarian dan alam sekitar yang dibina, dengan 76 peratus daripada portfolio berkelayakan yang diperakui ENERGY STAR dan 100 peratus dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui. Sebagai portfolio hartanah komersial pertama di Amerika yang memperoleh WELL Health-Safety Rating untuk kesihatan dan keselamatan, berdasarkan bukti dan disahkan pihak ketiga, ESRT juga memperoleh pengiktirafan 5 Star Rating dan Green Star GRESB tertinggi untuk prestasi kelestarian dalam hartanah dan dinamakan sebagai Fitwel Champion untuk bangunan-bangunan berprestasi tinggi dan bercirikan kesihatan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Empire State Realty Trust, sila layari esrtreit.com dan ikuti ESRT di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn

Tentang Empire State Building  

Empire State Building, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia," dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE), menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Pusat Bandar Manhattan daripada dasar hingga ke antenanya. Pengubahsuaian Pengalaman Balai Cerap Empire State Building bernilai $165 juta mencipta pengalaman serba baharu dengan pintu masuk tetamu yang khusus, sebuah muzium interaktif yang mempunyai sembilan buah galeri dan Balai Cerap di Tingkat 102 yang direka semula dengan tingkap daripada lantai ke siling. Perjalanan ke Balai Cerap di Tingkat 86 yang terkenal di dunia sebagai satu-satunya balai cerap 360 darjah yang terbuka dengan pemandangan New York serta kawasan sekitarnya ini memukau pengunjung dengan keseluruhan pengalaman Bandar Raya New York dan merangkumi segala-galanya daripada sejarah ikonik bangunan ini hinggalah kedudukannya dalam budaya pop masa kini.  Ketahui lebih lanjut di www.esbnyc.com.  Tahun 2021 merupakan tahun sambutan ulang tahun ke-90 Bangunan ini yang dibuka secara rasmi pada 1 Mei 1931. Diisytiharkan sebagai "Bangunan Kegemaran Amerika" oleh American Institute of Architects serta destinasi pelancongan yang paling popular di dunia oleh Uber dan tarikan #1 Bandar Raya New York oleh Lonely Planet, ia menerima kedatangan lebih 4 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun. 

Sejak tahun 2011, bangunan ini telah dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui dan premis yang berbilang tingkat ini menempatkan terutamanya dengan pelbagai penyewa pejabat seperti LinkedIn, Shutterstock dan Global Brands Group serta pilihan kedai seperti STATE Grill and Bar, Tacombi dan Starbucks. Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan tiket Pengalaman Balai Cerap, sila layari esbnyc.com atau ikuti FacebookTwitterInstagramWeiboYouTube atau TikTokbangunan ini. 

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan undang-undang sekuriti Persekutuan. Anda boleh mengenal pasti pernyataan ini dengan penggunaan perkataan oleh kami seperti "andaian," "percaya," "anggaran," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "mengunjur" atau versi negatif bagi perkataan ini atau perkataan dan ungkapan yang serupa yang tidak berkaitan dengan perkara-perkara sejarah. Anda hendaklah berhati-hati dalam mentafsir dan bergantung kepada pernyataan berpandangan ke hadapan kerana ia melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui, yang dalam sesetengah kes, adalah di luar kawalan ESRT dan boleh mempengaruhi hasil, prestasi atau pencapaian sebenar secara material. Faktor dan risiko sedemikian termasuk, tanpa had, krisis kesihatan awam dan gangguan ekonomi semasa akibat pandemik COVID-19, kegagalan keadaan atau prestasi berkenaan apa-apa peristiwa atau transaksi yang diterangkan di atas, perubahan kawal selia serta risiko dan ketidakpastian lain yang diterangkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan ESRT dan ESROP dengan SEC, termasuk yang dinyatakan dalam setiap Laporan Tahunan ESRT dan ESROP pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2020 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q untuk tempoh suku tahunan yang berakhir pada 31 Mac, 2021 di bawah tajuk "Faktor Risiko". Kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, ESRT dan ESROP tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1666235/ESBRU_2021.jpg?p=medium600  

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Sporting Events Sports Future Events