omniture

Dinosaur Menggesa Pemimpin Dunia Untuk Tidak 'Memilih Kepupusan' di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

United Nations Development Programme
2021-10-27 12:01 34

Filem pendek baharu yang menampilkan selebriti seluruh dunia ini menarik perhatian ramai ke arah krisis iklim 

NEW YORK, 27 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) membawa seekor dinosaur ganas yang boleh berkata-kata ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menggesa lebih banyak tindakan iklim daripada para pemimpin global, melalui suatu filem pendek yang dilancarkan hari ini sebagai teras kempen baharu agensi tersebut yang berjudul, 'Don't Choose Extinction'.

 

Dibawa ke dalam Dewan Perhimpunan Agung ikonik yang terkenal dengan ucapan-ucapan bersejarah para pemimpin dari seluruh dunia, dinosaur yang menarik ini menyampaikan ungkapan "sudah tiba masanya manusia berhenti mencipta alasan dan mula melakukan perubahan" untuk menangani krisis iklim, kepada penonton yang terdiri daripada para diplomat dan pemimpin ternama yang terkejut dan kebingungan.

"Sekurang-kurangnya kita ada asteroid," dinosaur memberi amaran yang merujuk kepada teori popular bahawa makhluk ini telah pupus sejak 70 juta tahun yang lalu. "Apakah alasan anda?"

Filem pertama yang akan dihasilkan di dalam dewan Perhimpunan Agung PBB ini menggunakan imej janaan komputer (CGI) yang menampilkan selebriti global untuk menghasilkan suara dinosaur dalam pelbagai bahasa termasuk pelakon Jack Black (bahasa Inggeris), Eiza González (bahasa Sepanyol), Nikolaj Coster-Waldau (bahasa Denmark) dan Aïssa Maïga (bahasa Perancis).

Dinosaur tersebut meneruskan dengan memberi penekanan tentang sokongan kewangan terhadap bahan api fosil melalui wang subsidi - pembayar cukai yang membantu mengekalkan kos arang batu, minyak dan gas pada tahap yang rendah untuk para pengguna - adalah tidak rasional dan tidak logik dalam menghadapi iklim yang semakin berubah.

"Fikirkan tentang perkara lain yang boleh anda lakukan dengan wang tersebut. Manusia hidup dalam kemiskinan di seluruh dunia. Tidakkah anda terfikir bahawa membantu mereka lebih bermanfaat daripada… menanggung kos kematian seluruh spesies anda?" kata dinosaur.

"Filem ini menyeronokkan dan menarik, namun isu-isu yang diperkatakan adalah sepatutnya lebih serius daripada itu," kata Ulrika Modéer, Ketua Biro Sokongan dan Perhubungan Luar UNDP. "Setiausaha Agung PBB menggelarkan perubahan iklim ini sebagai 'suatu amaran kecemasan untuk manusia sejagat.' Kami mahu filem ini bersifat menghiburkan, namun begitu, kami juga ingin meningkatkan kesedaran tentang betapa kritikalnya situasi ini. Seluruh dunia mesti meningkatkan tindakan iklim jika kita ingin berjaya dalam memastikan planet ini selamat untuk generasi akan datang."

Kempen dan filem 'Don't Choose Extinction' UNDP ini bertujuan untuk menarik tumpuan ramai terhadap subsidi bahan api fosil dan bagaimana situasi ini menghalang kemajuan penting ke arah usaha mengakhiri perubahan iklim dan telah mendorong ketidakadilan dengan hanya memanfaatkan golongan kaya.

Penyelidikan UNDP yang dikeluarkan sebagai sebahagian daripada kempen ini menunjukkan bahawa dunia membelanjakan bahan api fosil sebanyak USD423 bilion setiap tahun untuk memberi subsidi bahan api fosil kepada para pengguna – minyak dan elektrik yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil, gas dan arang batu.

Ini boleh digunakan bagi menampung kos vaksin COVID-19 setiap individu di dunia, atau membayar sebanyak tiga kali ganda jumlah tahunan yang diperlukan untuk membasmi kemiskinan melampau di seluruh dunia.

Kempen dan filem ini berhasrat untuk menjadikan isu-isu berkaitan subsidi bahan api fosil serta keadaan kecemasan iklim yang kadangkala kompleks dan teknikal, lebih mudah diakses. Melalui pelbagai tindakan awam yang dialu-alukan, matlamat ini adalah untuk mendidik dan memberikan orang ramai di seluruh dunia menyuarakan pendapat mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang kempen ini di www.dontchooseextinction.com

Aset boleh dimuat turun di: 

https://www.dropbox.com/sh/zbq5r4pwdu682t2/AACr4e3mMcZ--Ftnd4nGUa0Xa?dl=0

Tonton filem ini di Youtube: 

Bahasa Inggeris: https://youtu.be/VaTgTiUhEJg

Bahasa Perancis: https://youtu.be/bTQXiWwH6eY

Bahasa Sepanyol: https://youtu.be/7j3kuPLwhXM

UNDP bekerjasama dengan orang ramai di semua peringkat masyarakat untuk membantu membina negara-negara yang mampu bertahan daripada krisis dan memacu serta mengekalkan pertumbuhan yang meningkatkan kualiti kehidupan semua orang. Kami menawarkan perspektif global dan pemahaman tempatan untuk membantu memperkasakan kehidupan dan membina negara-negara yang berdaya tahan di lebih 170 buah negara dan wilayah. 

Ketahui lebih lanjut di undp.org atau ikuti di @UNDP

 

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1668491/Dont_Choose_Extinction.mp4 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/998273/UNDP_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: United Nations Development Programme
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Environmental Issues Environmental Policy Not for profit Public Interest