omniture

China Hainan Satellite TV Syorkan Cenderahati Global dalam Program "The World's Specialty"

Duta-duta di China menunjukkan ciri-ciri kebangsaan mereka kepada penonton Cina.
China Hainan Satellite TV
2021-10-29 19:54 112

HAIKOU, China, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dengan pertumbuhan pesat ekonomi Cina, "Chinese Miracles" ("Keajaiban Cina") menjadi semakin tertanam dengan lebih dalam ke dalam minda orang ramai di kesemua pelosok dunia melalui laporan media. Baru-baru ini, program pertukaran ekonomi, perdagangan dan budaya utama China Hainan Satellite TV, "The World's Specialty" telah dilancarkan secara besar-besaran.


Dalam bentuk "siaran langsung utusan", program ini mewujudkan mod siaran langsung "penyampai + duta + selebriti" sebagai cara baharu bagi promosi jualan untuk menggamit perhatian yang luas daripada semua lapisan masyarakat di China. Dengan cara siaran multimedia, "The World's Specialty" ialah satu percubaan yang baik untuk China Hainan Satellite TV meluaskan pandangan antarabangsa dalam kalangan penonton Cina dengan cenderahati global melatari konsep dan amalan China untuk membina jenis hubungan antarabangsa yang baharu menerusi kerjasama yang saling menguntungkan sebagai terasnya serta "komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia." Hainan Satellite TV berhasrat untuk merakamkan pembukaan China sebagai satu penemuan hebat dan bagi mempromosikan kelebihan Hainan melalui perbualan agar dapat menerangkan secara terperinci peranan utama yang hebat nilai-nilai Cina di dunia.

Program ini mempersembahkan lagu dan tarian dengan ciri-ciri kebangsaan, promosi budaya kebangsaan dan penyampaian cenderahati berkualiti tinggi dari negara-negara berbeza, dengan duta-duta di China dijemput untuk berucap mengenai keistimewaan negara dan budaya negara mereka. Duta-duta dalam program ini bukan sahaja memperkenalkan barang-barang terpilih negara-negara mereka dan juga konotasi budaya di sebalik cenderahati ini, tetapi juga mengimbau nostalgia mengenai pertukaran dan persahabatan antara negara-negara mereka dan China serta mengharapkan pembangunan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara ini. Dalam pada itu, mereka menyelidiki keunikan setiap produk bersama hos dan tetamu untuk menjadikan program ini menyeronokkan dan praktikal.

Sejak pelancaran program ini pada 25 September 2021, Duta-duta dari Amerika Selatan dan negara-negara Afrika seperti Uruguay, Peru, Venezuela, Brazil, Colombia, Chile, Costa Rica, Bahamas, Guyana, Cuba, Cabo Verde, Sao Tome dan Principe, Mesir serta Malta, menunjukkan bakat-bakat mereka dalam program ini bagi mengesyorkan keistimewaan negara mereka yang terpilih. Duta-duta ini berinteraksi dengan tetamu dalam bahasa Cina di program ini dan memberi persembahan secara improvisasi terhadap karya agung mereka sendiri agar benar-benar dapat menarik hati khalayak Cina dan menggamit perhatian pelbagai peminat dalam kalangan penonton Cina. Selepas rancangan ini disiarkan, ia diterima baik oleh penonton daripada semua lapisan masyarakat di China dan negara-negara yang terlibat. Bilik siaran langsung Taobao untuk "The World's Specialty" yang disiarkan secara serentak telah menarik minat semakin ramai peminat untuk membeli-belah secara dalam talian.

Terdapat tema-tema yang berbeza untuk episod-episod yang berbeza dalam program ini, agar dapat menjadikannya lebih menarik. Ia juga akan melancarkan mod khas cirian untuk negara-negara dengan gaya yang pelbagai dan cenderahati yang hebat, detik-detik layar Duta-duta Tanzania, Kenya, Rwanda, Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Jepun, Pakistan dan Nepal ini wajar dinantikan.

"The World's Specialty" akan disiarkan di China Hainan Satellite TV jam 19:30 pada setiap malam Sabtu, bilamana cenderahati akan dijual secara dalam talian serentak di bilik siaran langsung Taobao.

Laman sesawang Youtube:
https://www.youtube.com/channel/UClBqPUi9Tm_d55kKy3yVwaQ/featured

Source: China Hainan Satellite TV
Keywords: Advertising Art Entertainment Publishing/Information Service Television New products/services