omniture

Coway Diiktiraf dengan Empat Anugerah di Good Design Award

Coway Co., Ltd.
2021-11-01 08:59 101
  • Coway memenangi Good Design Award untuk 15 tahun berturut-turut bagi reka bentuk inovatif
  • Pembersih udara Noble Coway meraih Grand Slam bagi anugerah reka bentuk yang paling diingini di Good Design Award, IDEA Awards, iF Design Award 2021 dan Red Dot Award: Reka Bentuk Produk 2021

SEOUL, Korea Selatan, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," merangkul empat anugerah di Good Design Award 2021. Ia merupakan tahun ke-15 berturut-turut ia menerima penghormatan dengan memenangi Good Design Award.

Coway Diiktiraf dengan Empat Anugerah di Good Design Award
Coway Diiktiraf dengan Empat Anugerah di Good Design Award

Good Design Award ialah pertandingan reka bentuk antarabangsa paling berprestij yang dianjurkan oleh Japan Institute of Design Promotion. Setiap penyertaan dinilai mengikut set kriteria yang ketat termasuk reka bentuk, kemanusiaan, kejujuran, inovasi, estetika dan etika produk. 'G-mark' diberikan kepada pemenang.

Siri pembersih udara Noble Coway (AP-1521B / AP-2021A / AP-3021D), penerima anugerah ini, merupakan barisan pembersih udara menara yang dihasilkan dengan visi untuk menukarkan pembersih udara daripada perkakas fungsian kepada karya seni. Diinspirasikan oleh seni bina, reka bentuk jenis menara dengan paparan bercahaya yang indah menambahkan nilai estetika dan keanggunan premium kepada sebarang ruang. Rupanya yang unik berharmoni secara semula jadi dengan persekitarannya.

Selain daripada reka bentuk luar, produk ini turut mendapat pujian atas fungsiannya yang mudah. Beberapa sorotan termasuk penapis yang boleh dilipat dan mudah diganti untuk pengambilan udara yang lebih cekap dan kemudahalihan serta sistem liang plat-udara yang membenarkan aliran udara langsung dan tidak langsung untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna.

Siri Noble turut mendapat pengiktirafan daripada Red Dot Award, iF Design Award dan IDEA Awards awal tahun ini.

Di samping itu, penyahlembap (AD-1221E), pembersih udara (AP-1720H) dan penulen air (P-6320L/R) turut memenangi anugerah di Good Design Award.

"Fokus kami ke atas ciri asas produk serta reka bentuk yang harmoni dengan ruang mendapat pengiktirafan menerusi beberapa kemenangan dalam anugerah reka bentuk antarabangsa yang paling terkenal," kata Hyun Joo Song, ketua Pusat Produk di Coway. "Kami akan terus memperkenalkan reka bentuk yang inovatif untuk memberi pengalaman yang luar biasa kepada pengguna kami."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia dan Vietnam berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards