omniture

Petal Search Memperkasa Perniagaan untuk Berkembang

Huawei
2021-11-03 03:18 128

SHENZHEN, China, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Setahun selepas pelancarannya, enjin gelintar mudah alih pintar Huawei, Petal Search telah menyaksikan pengembangan bahagian pasaran yang luar biasa dan komited untuk membantu perniagaan berkembang seiring dengan kemajuannya. Di Persidangan Pembangun Huawei 2021 (HDC 2021) tahunan, Huawei mengumumkan pelbagai keupayaan Petal Search baharu yang dapat dimanfaatkan oleh perusahaan dan pembangun. Bermula daripada peserta baharu dalam bidang ini hinggalah pengusaha yang bertapak kukuh, Petal Search menawarkan alatan inovatif bagi memenuhi keperluan perniagaan yang bercita-cita untuk berkembang.

Petal Search menjalin kerjasama strategik untuk memberi dorongan kepada perniagaan

Melalui jalinan kerjasama dengan Petal Search, perniagaan akan dapat memanfaatkan ekosistem enjin gelintar mudah alih dan keterbukaan teknologi bagi mencapai strategi dan matlamat perniagaan yang mereka inginkan.

Trajektori pertumbuhan Petal Search sangat mengagumkan dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan menyusut. Setakat September tahun ini, enjin gelintar mudah alih ini telah mencatatkan peningkatan 32 juta pengguna aktif bulanan. Di samping itu, Petal Search merupakan salah satu enjin gelintar mudah alih utama di kebanyakan wilayah – dan kumpulan penggunanya yang besar dapat diterjemahkan kepada audiens yang luas bagi setiap rakan kongsi Petal Search.

Petal Search 2.0 menyampaikan pelbagai jenis alatan untuk membantu rakan kongsi globalnya mengedarkan kandungan dengan cekap termasuk Petal Merchant Center, Petal Travel Center dan Business Connect yang menyediakan perkhidmatan buatan khas yang disesuaikan untuk keperluan dan cabaran unik setiap perniagaan. Petal Merchant Center menyediakan alatan kepada peniaga untuk menyenaraikan produk mereka dan menyediakan promosi komersial bagi memperoleh kebolehlihatan, Petal Travel Center pula memenuhi keperluan sektor pelancongan dan hospitaliti manakala Business Connect untuk peruncit e-dagang dan penjual entiti.

Memperkasa rakan kongsi dengan keupayaan generasi seterusnya 

Petal Search turut membuka suit alatannya kepada perniagaan dan pembangun melalui Search Kit bagi membolehkan rakan kongsi menyediakan dengan segera pengalaman carian aplikasi mudah alih yang optimum. Search Kit didatangkan lengkap dengan pelbagai fungsi pintar seperti Carian Visual, Carian Suara, Terjemahan OCR, Teks kepada Ucapan, Carian Beli-Belah, Carian Hotel dan banyak lagi, memberi pengguna akses kepada Pengetahuan Akademik, Pemautan Entiti dan Graf Pengetahuan.

Kit ini turut didatangkan dengan suit penyelesaian lengkap seperti Cadangan Auto (Autosuggest), Berita, Video, Web, Beli-Belah, Carian hotel dan banyak lagi, memberi kefleksibelan kepada perniagaan untuk mendekati audiens yang relevan mengikut keperluan mereka yang boleh disesuaikan.

Sebagai salah satu daripada kit 69-kelas HMS Core 6 dengan lebih 21,738 pengagihan API, Search Kit memperkayakan aplikasi dengan keupayaan cariannya, membolehkan penawaran daripada perniagaan dan pembangun melonjak ke tahap yang baharu.


Meningkatkan prestasi jualan dengan Petal Merchant Center

Direka bentuk untuk menyokong inovasi e-dagang, Petal Merchant Center ialah platform pelancaran dan pengurusan produk dalam talian sehenti yang membolehkan peruncit mengkonfigurasi cara produk di laman sesawang mereka akan muncul di bahagian keputusan Petal Search, memberikan perniagaan satu autonomi yang lebih besar untuk menyelaraskan maklumat produk bagi merealisasikan potensi perniagaan mereka dan menyerlahkan peluang tanpa sempadan yang dikaitkan dengan aktiviti membeli-belah mudah alih bagi meningkatkan prestasi jualan mereka.


Bagi rakan kongsi e-dagangnya, Petal Search mempunyai banyak penyelesaian komersial yang boleh dimanfaatkan oleh mereka, dengan fungsi-fungsi seperti cadangan di-tapak pintar bagi menambah baik cadangan produk di laman peniaga melalui perkhidmatan cadangan AI Petal Search dan Smart Assistant, panduan AI pintar untuk meningkatkan interaksi pengguna di laman sesawang runcit.

Terbang tinggi dengan Petal Travel Center  

Petal Travel Center enjin gelintar mudah alih ini, iaitu portal khusus untuk pelancongan, memberi sokongan hujung-ke-hujung kepada pengguna dalam seluruh perjalanan mereka, bermula daripada merancang penerbangan mereka hingga memilih hotel.

Bertujuan untuk membawakan lebih banyak ciri kepada rakan kongsi komersialnya, Petal Travel Center dirumus khas untuk ejen pelancongan dalam talian (OTA) dan pengurus saluran (CM). Portal yang dipermudah ini membolehkan rakan kongsi mengurus platform perdagangan pelancongan, produk dan status produk mereka. Bagi perniagaan yang ingin mengkaji produktiviti mereka dalam operasi harian, prestasi tambahan dan pengesanan kadar klikan juga boleh didapati di Petal Travel Center.

Hasil daripada pengoptimuman cariannya, Petal Travel Center menjadikan maklumat mengenai penerbangan, hotel dan tempat tarikan pelancong dalam sesebuah bandar tersedia di hujung jari pengguna. Hotel terutamanya, dapat mengurus maklumat, senarai, penentuan harga dan laman penambat untuk mengoptimumkan titik sentuhan dan meningkatkan trafik serta penglibatan. Fungsi Carian Hotel mengesyorkan jenama-jenamaa hotel kepada pengguna dan membawa mereka ke laman sesawang rasmi jenama-jenama tersebut, memberikan bakal pelanggan dengan akses mudah kepada jenama-jenama ini. Pengusaha hotel boleh memanfaatkan PTC untuk memuat naik data suapan hotel dan memperoleh trafik carian organik dalam ekosistem HMS yang luas. Tambahan pula, pelaporan prestasi tambahan disediakan demi ketepatan yang ditingkatkan bagi penjejakan keputusan perniagaan.

Dengan lebih 2 juta penyenaraian hotel yang ketika ini dihoskan di seluruh dunia, Petal Travel Center telah dapat menyaksikan kejayaan dalam kalangan rakan kongsinya.

Melangkah mendahului permainan dengan Business Connect

Dikhususkan untuk perusahaan tempatan, Business Connect membolehkan pemilik perniagaan menghasilkan atau menuntut perniagaan mereka di Petal Search, mengesahkan perniagaan mereka melalui emel atau telefon untuk melindungi daripada pertukaran yang tidak dibenarkan, menyiarkan maklumat promosi yang menarik termasuk foto dan video bagi menarik kumpulan pelanggan yang luas selain menambah waktu bekerja, maklumat hubungan, foto dan perkhidmatan yang disediakan untuk faedah pelanggan. Ketika ini, lebih 6,000 perniagaan menggunakan portal ini untuk mendekati berjuta-juta pengguna.

Dengan pelbagai pilihan paparan untuk pelbagai kategori perniagaan tempatan, bermula daripada restoran kepada tempat tarikan serta slot premium untuk iklan tempatan, serta ciri-ciri pengurusan kandungan, pengurusan akaun dan analisis perniagaan, Business Connect Petal Search membantu usahawan menonjol dalam khalayak ramai.

Petal Search menawarkan kemungkinan yang berkembang pesat

Pelbagai ciri Petal Search yang versatil dan pintar menawarkan peluang menarik kepada perniagaan yang ingin meningkatkan produktiviti mereka, bermula daripada pemula kendiri yang bercita-cita tinggi kepada jenama yang bertapak kukuh yang menyasarkan untuk berkembang ke peringkat global. Membawakan kemajuan teknologi yang terkini, enjin gelintar Huawei bekerja keras dan pintar untuk audiensnya seramai 730 juta pengguna peranti global merentas lebih 170 negara, mencipta nilai untuk rakan kongsi mahupun penggunanya.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Survey, Polls & Research