omniture

Ingersoll Rand Lancar Perengkuh Hentaman Tanpa Wayar Paling Berkuasa di Dunia -Siri IQV

Ingersoll Rand
2021-11-03 14:06 129

MELBOURNE, Australia, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), penyedia bertaraf global bagi penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri, dengan bangganya memperkenalkan perengkuh hentaman 1" tanpa wayar yang paling berkuasa di dunia: W9691 & W9491. Kedua-dua perkakas baharu ini menampilkan kuasa dan ketahanan yang anda percayai daripada perkakas pneumatik Ingersoll Rand, namun dengan ciri kemudahan dan mobiliti yang disediakan oleh perkakas kuasa tanpa wayar ini.

Siri W9000 perengkuh hentaman 1" tanpa wayar Ingersoll Rand
Siri W9000 perengkuh hentaman 1" tanpa wayar Ingersoll Rand

Di samping dua perkakas hentaman tanpa wayar yang utama dalam kelas ini, pengecas dwi-ruang baharu kami menyediakan pengecasan pantas yang serentak untuk (2) bateri Ion-Litium 20V IQV20.

Kedua-dua perkakas ini ditawarkan secara mandiri atau pilihan kit:

  • Perengkuh Hentaman Tanpa Wayar Pemacu Persegi 1" Andas Lanjutan 6" W9691
  • Kit W9691-K4E: Alat Andas Lanjutan 6", Empat bateri 20V dan Pengecas Dwi-Ruang
  • Perengkuh Hentaman Tanpa Wayar Pemacu Persegi 1" Andas Standard W9491
  • Kit W9491-K4E: Perkakas Andas Standard, Empat bateri 20V dan Pengecas Dwi-Ruang

Ciri-ciri dan faedah-faedah utama: 

Kebebasan untuk Bergerak: Sangat sesuai untuk pekerjaan dan aplikasi misi kritikal yang memerlukan kuasa perkakas pneumatik dengan kebebasan dan mobiliti sepenuhnya; menggunakan platform bateri IQV20 yang sama seperti perkakas 20V kami yang lain.

Kuasa Tulen: Mengeluarkan bolt yang berkarat dan dicat tidak dapat ditandingi untuk tork pecah nat 4000 Nm yang dijanjikan oleh perkakas hentaman tanpa wayar 1" andas lanjutan 6" kami! Setiap unit juga berupaya memberikan 3000 Nm tork pengetat ke depan yang terbaik dalam kelas.

Kefleksibelan Unggul: 3 tetapan kelajuan dan tork memberi kefleksibelan kepada pengguna untuk mengawal dengan lebih baik keperluan pengetatan mereka tanpa perlu bimbang mengenai pelucutan atau pengetatan yang berlebihan.

Ketahanan Maksimum: Setiap komponen, mekanisme dan fungsi platform perkakas 1" telah melalui ujian yang paling ketat bagi memastikan ia sentiasa berfungsi dalam menghadapi aplikasi yang paling sukar. Disokong oleh penarafan IP56, perkakas tanpa wayar ini direka bentuk dan dibina agar tahan lama!

Servis Diperkemas: Beberapa ciri reka bentuk penting seperti 4 reka bentuk perumah depan bolt kami yang ringkas membenarkan servis yang ringkas dan cekap.

Siri W9000 perengkuh hentaman 1" tanpa wayar Ingersoll Rand
Siri W9000 perengkuh hentaman 1" tanpa wayar Ingersoll Rand

Perkakas kuasa Ingersoll Rand diperbuat dengan komponen unggul dan disokong oleh organisasi alat ganti dan perkhidmatan seluruh dunia kami, memberi sokongan yang anda perlukan untuk memastikan perniagaan anda berjalan. Sangat sesuai untuk pelbagai aplikasi, bermula daripada servis kenderaan hingga tapak kerja MRO industri, perkakas tanpa wayar 1" baharu ini memberi kuasa dan keandalan untuk membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah. Dengan 100% mobiliti untuk membolehkan anda pergi ke mana-mana yang anda perlukan tanpa bekalan udara atau had hos udara, siri perengkuh hentaman 1" tanpa wayar ini dapat mengurangkan pendedahan kepada bahaya, selain masa yang dihabiskan untuk penyediaan dan penyelenggaraan, bagi membantu anda untuk meningkatkan produktiviti anda walaupun semasa penutupan kilang.

Latar Belakang Ingersoll Rand Inc.

Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), didorong oleh semangat keusahawanan dan penetapan minda pemilikan, berdedikasi untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik buat kakitangan, pelanggan dan komuniti kami. Pelanggan bergantung pada kami untuk kecemerlangan kami yang dipacu teknologi dalam penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri dalam lebih 40 jenama yang disegani yang mana produk dan perkhidmatan kami cemerlang dalam keadaan yang paling rumit dan sukar. Portfolio produk kami terdiri daripada pemampat udara, pam, peniup dan sistem untuk pengurusan cecair, pemuatan dan pengendalian bahan serta alat kuasa. Menerusi lebih 16,000 pekerja di seluruh dunia, pasukan kami membangunkan pelanggan sepanjang hayat melalui komitmen harian mereka terhadap kepakaran, produktiviti dan kecekapan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.IRCO.com.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Hubungi:
 April Wu
Emel: mktg.au@gardnerdenver.com

Source: Ingersoll Rand
Related Stocks:
NYSE:IR
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals New products/services