omniture

Pagar Baharu Besar untuk Terusan Panama yang Diperluaskan Tiba di Panama

Panama Canal Authority
2013-08-22 02:52 152

- Pagar baharu seberat purata 3,100 tan setiap satu

- Program Perluasan 62 peratus siap

- VIDEO: http://youtu.be/5M0XeoE4XuA

BANDAR PANAMA, 21 Ogos 2013 /PRNewswire/ --  Dalam sebuah peristiwa penting untuk Program Perluasan Terusan Panama, empat pagar pertama untuk pintu air baharu tiba dari pelabuhan Trieste, Itali ke belah Atlantik terusan itu dengan menaiki kapal separa boleh tenggelam STX Sun Rise pagi tadi.

(Logo:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130820/MX67196LOGO )

"Ini merupakan saat mengujakan untuk Terusan Panama – ketibaan pagar baharu ini menandakan kemajuan besar untuk projek kejuruteraan ini," kata Pentadbir Terusan Panama Jorge L. Quijano. "Dengan Perluasan ini, kami akan mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai hab maritim dan logistik negara-negara Amerika."

Dibina oleh subkontraktor Cimolai SpA, empat pagar pertama itu sepanjang 57.6 m, seluas 10 m dan setinggi 30.19 m, dan seberat purata 3,100 tan. Ia akan dipasang di kebuk tengah pintu air baharu di belah Atlantik.

Pagar keluli itu akan dihantar ke kedudukan akhir menggunakan pengangkut beroda bermotor berjentera (SPMT) yang sama yang digunakan untuk memuatkan dan memunggah daripada kapal itu.

Pintu air baharu untuk Terusan Panama yang diperluaskan itu mempunyai sejumlah enam belas pintu gulung (lapan untuk setiap kompleks pintu air baharu). Pagar itu dihantar sebanyak empat buah sekali bawa dari Itali. Pagar itu akan dipunggah ke dok sementara sehingga sedia untuk dipasang. Tidak seperti Terusan yang sedia ada, yang menggunakan pintu ayun, Terusan yang diperluaskan itu akan mempunyai pintu gulung keluli.

Perluasan Terusan Panama sudah 62 peratus lengkap. Ia melibatkan pembinaan lorong lalu lintas ketiga yang membenarkan lintasan kapal Post-Panamax, yang akan menggandakan kapasiti Terusan itu dan memberi impak penting terhadap perdagangan maritim dunia.

Tentang Perbadanan Terusan Panama (ACP)
ACP ialah agensi berautonomi Pentadbiran Negara Panama yang bertanggungjawab menguruskan, mengendalikan dan menyelenggara Terusan Panama. Pengendalian ACP adalah berdasarkan undang-undang dan peraturan organiknya yang diluluskan oleh Lembaga Pengarahnya. Sila rujuk laman web ACP: http://www.pancanal.com/ atau ikuti kami melalui Twitter @thepanamacanal.

Hubungan  Media: 
Monica Martinez 
Komunikasi  Antarabangsa
Perbadanan Terusan Panama
+507-272-7602
monicamartinez@pancanal.com

Source: Panama Canal Authority
Related Links:
Keywords: Construction/Building Maritime/Shipbuilding Corporate Expansion