omniture

J. Mendel Mengumumkan Pelantikan Marc Durie sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

J. Mendel
2013-08-22 08:17 143

NEW YORK, 22 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Syarikat fesyen mewah J. Mendel hari ini mengumumkan pelantikan Marc Durie dalam peranan baharu dan diperluaskan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.

"Saya gembira Marc Durie bakal menyertai pasukan J. Mendel dalam peranan penting ini," kata Gilles Mendel, Ketua Pegawai Kreatif dan ahli keluarga generasi kelima J. Mendel. "Selepas melakukan pencarian menyeluruh dengan rakan kongsi kami, The Gores Group, kami yakin Marc ialah pemimpin sesuai untuk masa hadapan J.  Mendel. Pengetahuan mendalam beliau tentang bidang barangan mewah, bersama pengalaman luas beliau dalam pasaran antarabangsa penting, membuatkan beliau sempurna bagi mencapai pertumbuhan berjaya jenama J. Mendel seluruh dunia. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan beliau."

Graduan Ecole de Management de Lyon, Marc Durie memulakan kerjaya beliau dalam pengurusan produk di Louis Vuitton, sebelum berpindah ke Yves Saint Laurent pada tahun 2003. Dengan latar belakang menyeluruh dalam pembarangan dan pemasaran strategik, Durie adalah sebahagian daripada pasukan kepimpinan yang melaksanakan pusing balik berjaya syarikat Yves Saint Laurent. Antara tahun 2008 dengan 2011, beliau berkhidmat sebagai presiden Yves Saint Laurent Asia Pasifik, menggandakan jejak rantau itu dan mempelopori perluasan berjaya ke dalam China. Beliau kembali ke Louis Vuitton pada tahun 2011 sebagai Naib Presiden, Pembarangan, Asia Pasifik, di mana beliau bertanggungjawab untuk produk dan pembarangan visual di 13 negara.

"Kemungkinan untuk membangunkan potensi global untuk jenama ultra mewah yang sinonim dengan ciri eksklusif, kewanitaan dan kerja tangan halus, dengan dua atelier di tengah-tengah Manhattan, bukan mudah didapati. Saya sangat teruja dengan peluang ini," kata Durie.

Durie akan berpindah ke New York dari Hong Kong bagi menjawat jawatan beliau di J. Mendel.

* * * * * * * * * * * *

J. Mendel, atelier Perancis selama lima generasi, telah berevolusi menjadi syarikat fesyen mewah global. Meneruskan tradisi busana dan keterampilan bulu haiwan nenek moyang beliau, pereka Gilles Mendel dikenali kerana menggabungkan bahan berkualiti tinggi dan kerja tangan rapi dengan kepekaan rekaan moden yang memenangi anugerah. Berpusat di New York sejak tahun 1980an, sifat kewanitaan mewah dan keanggunan santai yang dikenali pada rekaan J. Mendel telah menjadi pilihan ramai ahli diraja antarabangsa dan bintang Hollywood di hamparan merah.

The Gores Group, LLC ialah firma pelaburan global yang bertumpu terhadap mendapatkan kepentingan mengawal dalam perniagaan matang dan yang sedang bertumbuh yang boleh mendapat faedah daripada pengalaman operasi dan tapak modal fleksibel firma itu. Firma itu menggabungkan kepakaran pengendalian dan kemampuan usaha wajar terperinci seorang pembeli strategik dengan pasukan Penggabungan & Pemerolehan berpengalaman pembeli kewangan tradisional.  The Gores Group, yang ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Alec E. Gores, telah menjadi peneraju pelabur yang telah menunjukkan rekod prestasi yang andal setelah sekian lama bagi mencipta nilai dalam syarikat portfolio disamping pengurusan. Beribu pejabat di Los Angeles, The Gores Group mempunyai pejabat di Boulder, Colorado, dan London. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.gores.com.

Source: J. Mendel
Keywords: Fashion Retail Personnel announcements