omniture

Sungrow Membekalkan Penyongsang 5MW ke India

SUNGROW Power Supply Co., Ltd
2013-08-22 09:15 107

HEFEI, China, 22 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Sungrow Power Supply Co., Ltd., peneraju pembekal  dalam industri fotovoltan, baru-baru ini mengumumkan pembekalan lebih 150 buah penyongsang rentetan SG30KTL kepada sebuah projek fotovoltan di Rajastan, India.

Sebagai penghasil penyongsang fotovoltan ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia, Sungrow telah memulakan langkah pertama memasuki pasaran fotovoltan India dengan memberikan sebuah projek 5MW. Umum diketahui yang India bukan sahaja mempunyai sumber cahaya matahari yang ideal tetapi juga suhu tinggi yang mencabar untuk loji fotovoltan. Namun, SG30KTL Sungrow, penyongsang terpasang di dinding dengan kapasiti terbesar dalam pasaran fotovoltan, telah direka khas untuk keadaan persekitaran teruk dengan kelas perlindungan IP65 dan output kuasa penuh suhu persekitaran sehingga 50 darjah Celsius. Penyongsang 65kg ini boleh dikendalikan dengan mudah oleh dua pekerja semasa pemasangan tanpa sebarang mesin pengangkut. Oleh kerana faedahnya yang berlainan, ia banyak dipasang di Jerman, Sepanyol, Malaysia, Australia dan banyak negara lain. "Ia merupakan penyongsang terbaik di kalangan semua penyongsang yang telah diuji," kata Photon Lab, SG30KTL telah diberikan gred AA daripada makmal terkemuka ini pada tahun 2013.

"Selain daripada jaminan kilang Sungrow yang andal, perkhidmatan selepas jualan yang dirangkumi oleh rakan kongsi perkhidmatan tempatan kami dan tapak pertukaran penyongsang tempatan kami juga merupakan faktor utama untuk keputusan pelanggan India. Industri fotovoltan India mempunyai potensi pertumbuhan yang besar; ia merupakan langkah pertama untuk India, satu tanda aras kukuh untuk kerjasama antarabangsa kami dan peluasan berdasarkan prestasi terbukti produk ini dan saling kepercayaan daripada rakan kongsi selama bertahun lamanya," kata Raymond Wong, Naib Presiden Sungrow. "Selepas pembangunan selama 16 tahun, kini Sungrow berjaya mencipta reputasi baik seluruh dunia dan kami yakin sepenuhnya dengan peluasan peluang perniagaan kami di India pada masa hadapan, serta pasaran fotovoltan membangun lain juga."

Tentang Sungrow

Sungrow Power Supply Co., Ltd., ditubuhkan pada tahun 1997, ialah perusahaan teknologi tinggi yang terlibat dalam pembangunan peralatan bekalan kuasa untuk tenaga boleh diperbaharui, terutamanya penyongsang fotovoltan, peralatan dan teknologi lain yang digunakan dalam loji fotovoltan. Sebagai pengeluar penyongsang fotovoltan terbesar daripada Asia, penghantaran penyongsang Sungrow telah mencapai 4GW seluruh dunia setakat ini (700MW di Eropah, Australia dan Amerika), dan syarikat itu ialah pembekal penyongsang fotovoltan ketiga utama di dunia pada 2012 berdasarkan penghantaran MW menurut IHS. Maklumat lanjut di www.sungrowpower.com

Hubungan media:

Tobias Krauth
Tel: +49-89-3249-14-789
Emel: germany@sungrowpower.com

 

 

 

 

Source: SUNGROW Power Supply Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services