omniture

Dewan Baharu Bekalan Prasekolah & Peralatan Taman Permainan dibuka di Ekspo Mainan China: Bukan Sekadar Mainan

China Toy & Juvenile Products Association
2013-08-23 00:29 173

BEIJING, 23 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Sebuah dewan baharu untuk bekalan prasekolah dan peralatan taman permainan sedang dibina di Ekspo Mainan China yang dibuka pada 15-17 Oktober 2013 di Dewan E6 Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.  Dewan baharu ini bukan sahaja memberikan peluang unik penyumberan barangan mainan dan hobi, tetapi juga peralatan taman permainan dan bekalan prasekolah.

Menggapai dua rantau pengeluaran utama dan kilang tempatan berbeza dalam satu lawatan sahaja, menjimatkan masa dan tenaga

Dewan ini dijangka akan menempatkan hampir 200 buah kilang pembekalan prasekolah dan peralatan taman permainan pada tahun 2013, dengan bilangan perwakilan kilang peralatan taman permainan China yang terbanyak berbanding pesta lain di seluruh dunia.  Pempamer termasuk kilang kecil, sederhana dan besar kebanyakannya dari daerah Yongjia dan Baoying di Timur China masing-masing dari wilayah Zhejiang dan Jiangsu, dua rantau pengeluaran utama bagi bekalan prasekolah dan peralatan taman permainan di China.  Ia merupakan satu-satunya pameran di dunia yang menampilkan dua rantau pengeluaran serentak, membolehkan pelawat seluruh dunia bertemu mereka semua dan memenuhi keperluan berbeza para pembeli.

Lebih 80% pempamer sedia eksport dengan pengalaman eksport yang kaya dan keandalan yang tinggi

Lebih 80% pempamer bersedia mengeksport, andal dan boleh menyediakan produk yang disahkan.  Mereka termasuk kilang peneraju seperti Huaxia Amusement, Yucai Holding Group, Qitele Group, Wenzhou East Amusement Equipment, dan banyak lagi, serta mereka mempunyai keupayaan rekabentuk yang cemerlang dan kaya pengalaman dalam kerjasama dengan pelanggan asing.  Pengeluar yang lebih kecil juga turut mempunyai pakar dagangan asing di tapak untuk menyediakan perkhidmatan OEM dan ODM menurut keperluan pembeli.

Pra-daftar untuk mendapatkan lencana kemasukan PERCUMA sekarang:
http://system.china-toy-expo.com/2013/visitor/playgroundequipment-2013CTE.asp

Dianjurkan oleh Persatuan Mainan & Produk Juvenil China (CTJPA), Ekspo Mainan China merupakan pesta mainan antarabangsa terbesar di tanah besar China dan ketiga terbesar di seluruh dunia. Diadakan serentak dengan Ekspo Kanak-kanak China dan Dewan Pelesenan Jenama, acara gabungan ini menarik 1,014 buah kilang dari kira-kira 20 rantau pengeluaran di China dan 65,780 pelawat dari lebih 110 buah negara dan rantau pada 2012.

Hubungi Kent Luo di luoliping@tjpa-china.org atau lawati http://www.tjpa-china.org/zhuanti/pavilion-of-preschooleducation-2013cte/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tentang Persatuan Mainan & Produk Juvenil China (CTJPA)

CTJPA merupakan satu-satunya persatuan kebangsaan dalam industri Mainan & Produk Juvenil di China dan satu-satunya perwakilan rasmi di ICTI yang dilantik oleh kerajaan China. www.tjpa-china.org

SUMBER  China Toy & Juvenile Products Association

Source: China Toy & Juvenile Products Association
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Toys Trade show news