omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan Suku Ketiga Tahun Fiskal 2021

Coway Co., Ltd.
2021-11-08 16:40 93
  • Coway melaporkan jumlah pendapatan sebanyak KRW 934.0 bilion (+16.7% berbanding tahun sebelumnya) dan keuntungan kendalian sebanyak KRW 163.8 bilion (-2.9% berbanding tahun sebelumnya) untuk suku ketiga Tahun Fiskal 2021
  • Jumlah keseluruhan akaun syarikat untuk suku ketiga tahun 2021 mencecah 8.87 juta hasil daripada peningkatan bersih yang stabil dalam akaun
  • Coway menyasarkan untuk meneruskan corak pertumbuhan ini dengan inovasi baharu seperti siri pembersih air Noble

SEOUL, Korea Selatan, 8 November 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," hari ini melaporkan keputusan kewangan bagi suku ketiga tahun 2021.

Coway Financial Results
Coway Financial Results

"Kami menyaksikan rangsangan dalam jualan produk serta peningkatan kualiti produk semasa suku ketiga dan ia diperlihatkan dalam perolehan mantap syarikat ini," kata Soon Tae Kim, ketua pegawai kewangan Coway. "Dalam suku keempat, kami akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan pertumbuhan yang mantap daripada pelancaran inovasi yang baharu seperti siri pembersih air Noble."

Coway melaporkan perolehan yang berikut:

- Pendapatan suku ketiga: KRW 934.0 bilion (+16.7% berbanding tahun sebelumnya)

- Keuntungan kendalian suku ketiga: KRW 163.8 bilion (-2.9% berbanding tahun sebelumnya) 

Angka-angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Syarikat ini melaporkan pendapatan suku ketiga sebanyak KRW 934.0 bilion (+16.7% berbanding tahun sebelumnya) dan keuntungan kendalian sebanyak KRW 163.8 bilion (-2.9% berbanding tahun sebelumnya). Jualan kumulatif dianggarkan mencecah KRW 2,718.4 bilion (+14.5% berbanding tahun sebelumnya), dengan keuntungan kendalian sebanyak KRW 501.0 bilion (+5.1% berbanding tahun sebelumnya).

Jualan perkakas rumah persekitaran domestik mencatatkan pendapatan sebanyak KRW 556.2 bilion (+9.6% berbanding tahun sebelumnya) hasil daripada keluaran produk baharu yang inovatif seperti pembersih air Icon dan penulen udara Noble. Di samping itu, jualan penyewaan Korea meningkat sebanyak 330,000 untuk mencecah sejumlah 6.47 juta.

Subsidiari-subsidiari luar negara melaporkan pendapatan sebanyak KRW 333.1 bilion untuk suku ketiga, meningkat 39.2% berbanding tahun sebelumnya. Malaysia dan AS, yang kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama, meningkatkan pendapatan mereka masing-masing sebanyak KRW 256.2 bilion (+43.3% berbanding tahun sebelumnya) dan KRW 58.0 bilion (+11.9% berbanding tahun sebelumnya). Secara keseluruhan, jumlah akaun luar negara meningkat sebanyak 32.7% dan kini mencecah 2.40 juta.

Dalam pasaran global mahupun domestik, jumlah akaun keseluruhan meningkat sebanyak 760,000 dalam suku ketiga dan kini mencecah 8.87 juta.

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings