omniture

Pusat Servis Asia Tenggara Emerson Mengurangkan Jangkamasa Servis untuk Meter Aliran sebanyak 80% dengan Kemudahan Penentukur Baharu yang Lebih Besar

Kemudahan yang telah dinaik taraf ini menyediakan perkhidmatan penentukur yang memudahkan dilengkapi jaminan kualiti dan akreditasi untuk pelanggan-pelanggan di Asia Tenggara
Emerson
2021-11-12 07:00 108

SINGAPURA, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- Pusat Servis Asia Tenggara Emerson memperluaskan kemudahan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggannya dengan menaik taraf kemudahan penentukur meter aliran yang lebih besar, yang membolehkan pengurangan sebanyak 80% dalam jangkamasa servis dan henti tugas di rantau Asia Tenggara.

Emerson memperluaskan kemudahan penentukur meter aliran bersaiz besar di Singapura.
Emerson memperluaskan kemudahan penentukur meter aliran bersaiz besar di Singapura.

Naik taraf perkhidmatan penentukur aliran ini untuk membolehkan peningkatan saiz talian yang lebih besar, dari 0.10 - 4 inci kepada saiz 12 inci, justeru meningkatkan kadar aliran daripada 0.05 kepada 3,000 kilogram seminit dan peningkatan kapasiti aliran sehingga 12,000 Kg/min.

Sebelum penambahanbaikan kemudahan penentukur baharu yang lebih besar ini, pelanggan-pelanggan dalam industri minyak dan gas serta bahan kimia di rantau ini perlu menghantar meter aliran yang bersaiz besar kepada kemudahan ujian di luar negara untuk mendiagnosis, membaiki atau menentukur peranti mereka mengikut piawaian kilang. Proses ini bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malah mengambil masa yang lama sehinggakan boleh mengakibatkan henti tugas dan kelewatan.

Kini, Pusat Servis Asia Tenggara telah menyelesaikan masalah ini dengan menawarkan perkhidmatan penentukur setempat untuk pelbagai jenis peranti instrumentasi yang lebih luas. Ini dapat menjimatkan masa dan sumber pelanggan memandangkan pakar-pakar sokongan dapat melakukan proses jaminan kualiti, diagnostik, persediaan dan pembaikan di lapangan. Hasilnya, jangkamasa penentukur dan servis dapat dikurangkan daripada dua bulan kepada dua minggu.

Selain daripada kemudahan penentukur baharu, pakar-pakar sokongan dan teknikal Emerson kini dapat mendiagnosis dan menyelesaikan masalah meter aliran dan kebimbangan pelanggan lain dari jarak jauh di Asia. Ini dapat mengurangkan kos keseluruhan, mempercepatkan operasi dan menjamin keselamatan baik untuk pelanggan mahupun kakitangan Emerson berikutan pandemik COVID-19 ini.

Pusat Servis ini juga mematuhi piawaian antarabangsa, menerusi sistem pengurusan kualiti yang mematuhi ISO 17025, dengan memastikan makmal memenuhi keperluan teknikal yang diperlukan untuk konsisten dalam memberikan penentukur yang sah dari segi teknikal. Akreditasi daripada Singapore Accreditation Council (SAC), penandatangan ILAC-MRA, menandakan bahawa keputusan penentukur dapat diterima di negara-negara lain tanpa ujian atau pengesahan tambahan.

Pusat perkhidmatan sedia ada ini mematuhi keperluan penentukur semula dari Singapore Standards (SS) iaitu SS660, SS648 yang berkaitan dengan penghantaran kargo bunker. Emerson telah ditetapkan untuk keupayaan sedia ada oleh Enterprise Singapore, Weights and Measures sebagai Pengesah Berdaftar (AV). Dengan status AV ini, Emerson dibenarkan untuk mengesahkan meter aliran sebaik sahaja ia ditentukur di dalam makmal. Ini dapat memastikan pematuhan terhadap keperluan pengawalseliaan dan kontrak untuk meter aliran yang digunakan untuk aplikasi pemindahan jagaan. Emerson juga merancang untuk mendapatkan status Akreditasi ISO17025 dan Pengesah Berdaftar untuk kapasiti yang diperluaskan. Ia turut menjamin kebolehkesanan metrologi dan keandalan proses untuk makmal serta kemudahan daripada 14 Pusat Perkhidmatan Global yang dikendalikan oleh lebih 400 pakar perkhidmatan tempatan di 14 wilayah yang berbeza di seluruh dunia.

Latar Belakang Emerson
Emerson (NYSE: EMR), beribu pejabat di St. Louis, Missouri (AS), ialah sebuah syarikat teknologi dan kejuruteraan bertaraf global yang menyediakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan dalam pasaran industri, komersial dan kediaman. Perniagaan Penyelesaian Automasi kami membantu pengeluar proses, hibrid dan diskret memaksimumkan pengeluaran, melindungi kakitangan dan persekitaran di samping mengoptimumkan tenaga dan kos pengendaliannya. Perniagaan Penyelesaian Komersial & Kediaman kami membantu memastikan keselesaan dan kesihatan manusia, melindungi kualiti dan keselamatan makanan, memajukan kecekapan tenaga dan mencipta infrastruktur yang mampan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Emerson.com

Sumber tambahan:

HUBUNGI: Doris Lim, Telefon: +65-6567708144, Emel: doris.lim@emerson.com

Source: Emerson
Related Stocks:
NYSE:EMR
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals