omniture

Georgia-Pacific LLC Memeterai Pemerolehan Buckeye Technologies Inc.

Georgia-Pacific LLC; Buckeye Technologies Inc.
2013-08-27 00:02 127

ATLANTA dan MEMPHIS, Tennessee, 27 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Georgia-Pacific LLC dan Buckeye Technologies Inc. (NYSE:BKI) hari ini memeterai pemerolehan Buckeye oleh Georgia-Pacific seperti yang telah diumumkan sebelum ini. Di bawah perjanjian penggabungan itu, semua syer diterbitkan daripada saham biasa Buckeye Technologies ditukarkan menjadi hak penerimaan bernilai $37.50 per syer, dibayar bersih kepada pemegang dalam bentuk tunai, tanpa faedah, tertakluk kepada sebarang penangguhan cukai yang ditentukan oleh undang-undang yang berkenaan. Urus niaga ini dinilaikan sebanyak kira-kira $1.5 bilion, termasuk hutang.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20030425/PAPLOGO )

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130424/CL00712LOGO )

Sebagai hasil penggabungan ini, Georgia-Pacific memperolehi semua saham diterbitkan Buckeye Technologies, termasuk pemilikan lima fasiliti pengeluarannya, pejabat jualan global dan ibu pejabat. Kakitangan Buckeye Technologies (kira-kira 1,200 orang) kini merupakan kakitangan Georgia-Pacific apabila Buckeye menjadi anak syarikat milik penuh.

"Kami teruja dapat memuktamadkan pemerolehan ini," kata John Crowe, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Buckeye Technologies. "Kombinasi ini akan membawa manfaat kepada ramai orang. Ramai kakitangan Buckeye akan mempunyai lebih banyak peluang, pelanggan akan mempunyai lebih banyak pilihan, ahli masyarakat akan terus mempunyai syarikat dengan rekod sumbangan dalam komuniti tempat mereka beroperasi, dan sudah tentunya, para pemegang saham juga mendapat imbuhan lumayan."

Jim Hannan, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden Georgia-Pacific menambah lagi, "Kami sangat gembira dapat mengalu-alukan kakitangan Buckeye yang berbakat ke syarikat kami. Mereka, bersama aset, kemampuan inovasi, teknologi maju dan perniagaan serat dan tanpa tenun istimewa Buckeye Technologies, menyediakan platform yang signifikan untuk pertumbuhan serta kejayaan berterusan bagi perniagaan selulosa dan produk pengguna kami."

Sebagai hasil penggabungan itu, saham biasa Buckeye tidak akan lagi disenaraikan di Bursa Saham New York atau apa-apa bursa sekuriti lain. Buckeye bakal memfailkan Pensijilan pada Borang 15 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di bawah Akta Bursa Sekuriti 1934, mengikut pindaan ("Akta Bursa"), bagi menggantungkan tanggungjawab laporan Buckeye di bawah Seksyen 13(a) dan Seksyen 15(d) Akta Bursa itu.

Beribu pejabat di Atlanta, Georgia-Pacific adalah salah satu pengeluar dan pemasar yang meneraju di dunia untuk produk pembinaan, tisu, pembungkusan, kertas, selulosa dan bahan kimia berkaitan. Syarikat itu menggajikan kira-kira 35,000 orang seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.gp.com.

Source: Georgia-Pacific LLC; Buckeye Technologies Inc.
Related Stocks:
NYSE:BKI
Related Links:
Keywords: Paper/Forest Products/Containers Acquisitions, mergers, takeovers