omniture

Prestasi Dua Kali Lebih Hebat Pada Harga yang Sama: Handheld Mula Menghantar Versi Baharu Tablet Algiz 7 yang Ranggi

Handheld Group
2013-08-27 14:00 119

LIDKOPING, Sweden, 27 Ogos 2013 /PRNewswire/ --

Handheld Group, pengeluar yang semakin pesat berkembang untuk komputer mudah alih, PDA dan telefon pintar ranggi, hari ini mengumumkan pelancaran versi baharu komputer tablet ranggi Algiz7  yang sangat popular. Algiz 7 yang dikemas kini ini lebih pantas daripada modelnya yang terdahulu, dengan kapasiti penyimpanan yang lebih baik, keselamatan dipertingkat dan kemampuan komunikasi lebih cepat.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/62399-Handheld-new-version-Algiz-7-tablet 

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130822/634274 )

PC tablet Algiz 7 yang sangat ranggi adalah kecil, ringan dan pantas, dengan pilihan keterhubungan berbilang dan pelbagai fungsi, sesuai untuk pekerja lapangan yang memerlukan produk tahan lasak yang kuat dan berkuasa, namun ringan dan mudah dikendalikan. Algiz 7 memenuhi standard ketenteraan MIL-STD-810G yang ketat dalam menahan kelembapan, gegaran, hentakan apabila jatuh dan suhu melampau, dan dengan pemeringkatan IP65 ia kalis habuk dan air juga.

Algiz 7 baharu yang mula dihantar hari ini, mempunyai peningkatan berikut berbanding versinya yang terdahulu:

  • Pemproses ATOM Dua Teras Intel 1.6 GHz N2600 yang pantas dan berkuasa.
  • Lebih banyak memori, dengan RAM DDR3 4 GB.
  • Simpanan lebih baik, dengan SSD SATA II 128GB dengan pemetakan pemulihan.
  • Dua slot mPCIe penuh untuk keandalan dipertingkat.
  • Ethernet 10/100/1000 (Gigabit).
  • Tambahan keselamatan data dengan papan cipset TPM (cip 1.2).
  • Versi yang sudah dikemas kini untuk teknologi Gobi 3000 tanpa wayar bagi kelajuan komunikasi lebih tinggi.
  • Kamera 5-megapiksel.
  • Kepelbagaian antena (dua antena) untuk liputan lebih baik.

"Kami telah melakukan peningkatan signifikan kepada Algiz 7 baharu," kata Jerker Hellström, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. "Penyimpanan lebih baik, pemproses yang jauh lebih pantas, keselamatan dipertingkat, kamera lebih baik dan komunikasi lebih bagus adalah antara peningkatan yang dibuat – dan kami mengekalkan harganya pada nilai yang sama dengan versi Algiz 7 yang terdahulu. Produk ini patut kekal sebagai tablet pilihan sesiapa yang mencari prestasi lapangan profesional yang mudah alih."

Algiz 7 hanya seberat 1.1 kilogram dan mempunyai paparan sesentuh skrin lebar 7 inci dengan teknologi MaxView yang baharu dan unik, menyediakan kecerahan mengagumkan dalam persekitaran luar – walaupun dalam cahaya matahari terus. Ia menggunakan sistem pengendali Microsoft Windows 7 Ultimate yang canggih. Kefungsian pengemudian GPS sudah siap terbina dalam.

Seperti rangkaian PDA, telefon pintar dan komputer mudah alih ranggi Handheld yang selainnya, Algiz 7 dibangunkan khusus untuk kegunaan persekitaran lasak dalam industri seperti perlombongan, geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, pembinaan, utiliti, penyelenggaraan, ketenteraan dan keselamatan.

Algiz 7 yang baharu ini boleh didapati untuk dipesan dan dihantar dengan serta-merta. Harganya kekal tidak berubah.

Pautan berguna

Handheld Group
Algiz 7
Imej Algiz 7
Rangkaian produk Handheld
Tentang keranggian

Tentang Handheld

Kumpulan Handheld ialah pengeluar komputer mudah alih, PDA dan telefon pintar ranggi. Handheld serta rakan kongsinya seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti lengkap untuk perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Kumpulan Handheld Sweden mempunyai cawangan tempatan di Finland, UK, Kepulauan Netherlands, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.handheldgroup.com.

Sumber: Handheld Group

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services