omniture

CGTN: China berjanji perlakukan entiti pasaran sama rata, bina sistem pasaran terbuka

CGTN
2021-11-12 17:05 102

BEIJING, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- China telah berikrar untuk melindungi pelaburan dan operasi perniagaan dengan lebih baik di negara ini bagi meneruskan pembukaannya yang menyeluruh dan memajukan pemulihan ekonomi global. Ikrar tersebut dibuat dua bulan selepas ia mengumumkan permohonan untuk Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan kira-kira sebulan setengah sebelum perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuat kuasa.

China akan memperlakukan semua jenis entiti pasaran secara sama rata dan membina "sistem pasaran yang disatukan dan terbuka dengan persaingan yang teratur," kata Presiden Cina Xi Jinping dalam ucapan beliau di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) melalui pautan video pada hari Khamis. Dalam ucapan dasar beliau, Xi menyeru komitmen untuk pembangunan mampan dan usaha untuk membina sebuah komuniti Asia-Pasifik dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Menjelaskan mengenai langkah-langkah terkini yang diambil oleh pihak berkuasa Cina untuk meningkatkan pelaksanaan undang-undang anti-monopoli dan mengukuhkan peraturan sesetengah industri domestik, beliau berkata langkah-langkah tersebut diperlukan untuk pembangunan ekonomi pasaran China yang baik, menambah bahawa ia juga merupakan amalan biasa di seluruh dunia.

"Kami akan berusaha tanpa jemu untuk memantapkan dan membangunkan sektor awam serta menggalakkan, menyokong dan membimbing pembangunan sektor bukan awam," kata beliau.

China akan melakukan usaha yang berterusan untuk mengukuhkan asas pembangunan jangka panjang ekonominya dan menyediakan perlindungan yang lebih baik untuk perniagaan Asia-Pasifik dan global melabur dan memulakan operasi di negara ini, kata beliau.

Ditubuhkan pada tahun 1989, APEC telah menjadi platform yang penting untuk memudahkan kerjasama ekonomi antara 21 ekonomi di rantau Asia-Pasifik. SIdang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif merupakan sebahagian daripada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2021 yang dianjurkan oleh New Zealand dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Jacinda Ardern.

Dalam ucapan beliau, Xi menyeru ekonomi-ekonomi di rantau ini untuk "melihat dan mara ke hadapan" dan "menentang tindakan diskriminatif dan eksklusif."

"Tidak akan ada masa depan dalam menetapkan batasan mengikut ideologi dan membentuk lingkaran geopolitik yang kecil," kata beliau. "Rantau Asia-Pasifik tidak akan dan tidak harus kembali kepada keadaan konfrontasi dan perpecahan semasa era Perang Dingin."

Pembangunan dan transformasi mesra alam 

Xi turut menghuraikan mengenai hubungan antara pembangunan ekonomi dan transformasi mesra alam, menyeru pendekatan yang terselaras dan holisitik bagi menggalakkan transformasi mesra alam dan rendah karbon.

"Tanpa pembangunan, kita tidak dapat memupuk kuasa ekonomi yang mencukupi bagi mengekalkan transformasi mesra alam; sekiranya mata pencarian rakyat diabaikan, tiadalah sokongan sosial untuk transformasi mesra alam," kata beliau.

China berjanji untuk memperkenalkan beberapa langkah bagi memudahkan transformasi mesra alam pembangunan ekonomi dan sosial keseluruhan sepanjang tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) dan selanjutnya. Negara ini berikrar untuk memuncak emisi karbonnya menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060.

Sementara itu, pihak berkuasa Cina berjanji untuk mengikuti falsafah bertumpukan rakyat demi pembangunan. Selepas membasmi kemiskinan mutlak dan menjamin kemenangan yang penting dalam membina sebuah masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek, negara ini menggiatkan usaha untuk menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi yang bertujuan untuk membawa kesejahteraan bersama buat semua.

"Kita perlu mempunyai pemahaman yang tepat mengenai konsep pembangunan mampan, mematuhi pendekatan bertumpukan rakyat dan menyelaraskan pertumbuhan ekonomi dengan menjamin mata pencarian rakyat, selain penjimatan tenaga dan pengurangan emisi," kata Xi.

Beliau menyeru usaha untuk "menggalakkan transformasi mesra alam dalam pembangunan ekonomi dan mencapai pembangunan yang lebih besar dalam transformasi mesra alam."

Menyifatkan kempen China untuk mengurangkan emisi karbon sebagai "transformasi sosio-economi mendalam," beliau berkata negara ini akan berusaha untuk memberi sumbangan kepada transformasi mesra alam global.

Xi akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-28 melalui pautan video pada hari Jumaat dan menyampaikan satu lagi ucapan.

https://news.cgtn.com/news/2021-11-11/Xi-China-to-treat-market-entities-equally-build-open-market-system-155j46p5vCE/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade policy