KONIGSWINTER, Jerman, 27 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Maxion Wheels hari ini mengumumkan perwakilan kenderaan komersilnya dari Eropah dan Asia Pasifik akan menyertai Pesta Dagangan COMTRANS 2013 di Moscow 2013. Pesta itu berlangsung mulai 9 September sehingga 14 September dan merupakan acara paling penting yang dikhususkan untuk kenderaan komersil di Rusia dan CIS. Perwakilan Maxion akan menduduki Tapak No. B164 di Dewan 14. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.iaa.de/ .
Tentang Maxion Wheels
Maxion Wheels ialah peneraju pengeluar seluruh dunia untuk roda aluminium dan besi untuk kereta penumpang dan trak ringan serta roda besi untuk trak komersil dan treler. Syarikat itu mempunyai operasi global dengan 25 fasiliti, termasuk perniagaan, pejabat jualan, dan fasiliti pengilangan, yang terletak di 15 buah negara seluruh dunia. Syarikat ini menjual produk kepada setiap pengeluar utama kereta penumpang dan trak ringan di Amerika Utara dan Amerika Selatan, Asia serta Eropah dan untuk pengguna kenderaan komersil seluruh dunia. www.iochpe-maxion.com.br, www.hayes-lemmerz.com, www.fumagalliwheels.com