omniture

GWM Perkenal Stesen Pengecasan Super G-Charge Pertama Dunia

GWM
2021-11-12 22:43 370

BAODING, China12 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada 3 November, GWM memperkenalkan Stesen Pengecasan Super G-Charge pertama dunia di Bangkok, Thailand. Ini merupakan pencapaian terkini yang ditunjukkan olehnya kepada pengguna dalam pembangunan tenaga baharu.

GWM Perkenal Stesen Pengecasan Super G-Charge Pertamanya di Thailand
GWM Perkenal Stesen Pengecasan Super G-Charge Pertamanya di Thailand

Stesen Pengecasan Super G-Charge, stesen pengecasan pantas yang pertama daripada GWM dengan mod pengecasan DC, mempunyai enam penyambung. Penyambung ini dilengkapi dengan tiga unit pengecasan DC, setiap satu dengan dua penyambung CCS Jenis 2. Ini bererti ia dapat berfungsi sekiranya anda dan lima pengguna yang lain perlu mengecas secara serentak.

Di samping itu, Stesen Pengecasan Super G-Charge mempunyai ruang dan tenaga yang mencukupi. Ia mempunyai kuasa pengecasan maksimum 160 kW dan dapat menyediakan perkhidmatan pengecasan selama 24 jam kepada pengguna.

Wajar disebutkan bahawa stesen pengecasan ini mempunyai fungsi panduan pengecasan yang sangat mesra pengguna. Dengan GWM APP, pengguna boleh mencari lokasi stesen pengecasan dengan cepat dan menempah tempoh pengecasan, membayar perkhidmatan pengecasan, menggunakan perkhidmatan pengecasan dan sebagainya. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa pengguna, tetapi juga dapat memenuhi rancangan perjalanan pengguna yang boleh dikatakan sebagai pengalaman yang amat pintar.

Telah didedahkan bahawa pengguna ORA GOOD CAT boleh menikmati perkhidmatan pengecasan yang percuma di Stesen Pengecasan Super G-Charge. Ia dapat mengecas model-model 400 TECH dan 400 PRO ORA GOOD CAT daripada 30% kepada 80% dalam 32 minit dan model 500 ULTRA daripada 30% kepada 80% dalam 40 minit.

Menurut sumber rasmi, pada 3 November, GWM dan PEA ENCOM International Company Limited mencapai perjanjian kerjasama, Ia merupakan sebuah syarikat yang mengkhusus dalam pembangunan tenaga mesra alam di bawah syarikat kuasa PEA di Thailand dan telah membina berpuluh-puluh stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik. Kali ini, ia memasang sistem solar di Stesen Pengecasan Super G-Charge, lalu menjadikannya salah satu stesen pengecasan pantas awam yang terbesar untuk kenderaan elektrik di Thailand.

Selain daripada pembinaan prasarana pengecasan, GWM telah melakar kejayaan lain dalam pembangunan tenaga baharu. Ambil contoh teknologi batteri Dayu. Menerusi berpuluh-puluh paten, ia merupakan teknologi utama yang meliputi penindasan, pengasingan, penyejukan dan pelepasan sumber haba dan sebagainya serta dapat mengelakkan bateri kuasa daripada meletup dengan efektif ekoran larian terma.

Pada bulan Ogos, Meng Xiangjun, Presiden Bergilir GWM, berkata di Persidangan Dalam Talian Pengedar Luar Negara 2021 bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, GWM akan melabur sebanyak RMB 100 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) menerusi bidang tenaga baharu dan kecerdasan untuk mencipta produk yang lebih selamat, lebih mesra alam dan lebih pintar untuk pengguna global.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Internet Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities New products/services