omniture

Elitecore Membawa Alat Kawalan Pengisyaratan Diameter dengan Ciri Baharu Berkuasa

Elitecore Technologies
2013-08-28 04:10 100

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 28 Ogos 2013 /PRNewswire/ --

Pendekatan berasaskan perisian dan teknologi Kemayaan menguatkan kemampuan pengisyaratan

Elitecore Technologies, penyedia global untuk OSS/BSS, mengumumkan Alat Kawalan Pengisyaratan Diameternya, EliteDSC, kini didatangkan dengan ciri-ciri baharu termasuk pendekatan berasaskan perisian yang unik bersama teknologi Kemayaan bagi menyokong keanjalan, kebolehskalaan, TCO rendah dan keperluan ketersediaan tinggi bagi pengendali rangkaian 4G, LTE dan IMS.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Dibandingkan dengan penyelesaian berasaskan perkakasan secara turun-temurun, pendekatan berasaskan perisian untuk pengisyaratan Diameter memastikan keanjalan dalam penyepaduan melalui konfigurasi berasaskan-GUI mudah, membolehkan pengendali memperkenalkan pertukaran peringkat perisian bagi mencipta ciri, aplikasi dan senarai keperluan sistem baharu.

Kemayaan dalam EliteDSC memaksimumkan prestasi perkakasan, memperbaiki kebolehurusan sumber lebih baharu dan menambah kebolehskalaan kepada rangkaian pengendali sementara mencipta perkhidmatan baharu berdasarkan keperluan pelanggan yang berubah-ubah. Enjin Diameter yang dimayakan akan menyingkirkan perebakan pelayan, mengurangkan kos perkakasan dan pengaturan kedudukan, memastikan pemulihan bencana dan pembekalan lebih pantas yang menjimatkan penggunaan tenaga secara drastik dan mengelakkan ketegangan dengan vendor perkakasan.

Kata Dhaval Vora, Naib Presiden,  Pengurusan Produk, "Pendekatan berasaskan perisian dan kemayaan ialah cara yang jauh lebih berkesan untuk menguruskan bilangan Perkhidmatan yang membolot isyarat yang semakin meningkat jika dibandingkan dengan melabur dalam perkakasan dan sumber baharu setiap kali ada perluasan rangkaian."

EliteDSC adalah sebahagian daripada platform Pengurusan Sesi Teras Elitecore dengan Diameter dan tindanan RADIUS sama yang membolehkan proses penyepaduan mudah untuk keterhubungan lancar dan fungsi penghalaan efisien termasuk ciri-ciri penggantian, perubahan hala, proksi dan penterjemahan dengan antara muka pentadbiran yang intuitif. Versi EliteDSC yang dipertingkat ini mempunyai modul penskripan boleh sambung bagi membantu kesalingkendalian melalui berbilang peranti rangkaian daripada vendor berbeza lalu membenarkan para pengendali memprogramkan dan mengautomasikan perubahan konfigurasi berasaskan polisi dalam pengisyaratan rangkaian. Ia juga membantu kemudahan penyepaduan berasaskan SNMP dan WebService yang boleh melanjutkan O&M dan EMS untuk konfigurasi, ACL keselamatan, laporan, perancangan, pengurusan kesalahan dan prestasi; lalu memperbaiki kecekapan pengurusan dan pengendalian secara keseluruhan. 

Tentang Elitecore

Elitecore Technologies ialah syarikat produk IT global yang dilaburkan oleh Kumpulan Carlyle yang menyediakan BSS di samping teras paket dengan fleksibiliti tawaran modular serta pra-penyepaduan. Tawaran Elitecore serasi dengan ekosistem vendor besar yang membawa kepada keperluan CSP untuk masa yang lebih pantas untuk dipasarkan dan TCO yang lebih baik. Sebagai pemain penyelesaian IP tradisional, produk Elitecore sangat responsif kepada perkhidmatan generasi seterusnya, memenuhi keperluan pengewangan pengendali merentasi semua rangkaian akses.

Hubungi:
L K Pathak
Timbalan  Naib  Presiden Komunikasi Korporat
B: +91-9925012059
E : l.k.pathak@elitecore.com

Sumber: Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services