omniture

Pelli Clarke Pelli Architects dipilih untuk mereka bangunan bagi Trinity Wall Street

Pelli Clarke Pelli Architects
2013-08-29 02:39 139

NEW YORK, 29 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Pelli Clarke Pelli Architects telah dipilih untuk mereka bangunan kegunaan bercampur untuk Trinity Wall Street, kariah Episkopal bersejarah di Lower Manhattan yang wujud sejak 1697.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130828/NE70412)

Menggantikan bangunan pejabat kariah dari tahun 1920an di 68-74 Trinity Place, bangunan baharu itu akan mempunyai tapak enam atau tujuh tingkat bagi menempatkan program misi dan pejabat berkaitan, dengan sebuah menara kediaman setinggi 25 tingkat di atasnya. Tapak itu akan mempunyai dewan kariah, sekolah agama dan bilik bagi kegunaan organisasi komuniti. Hasil daripada menara kediaman itu akan digunakan bagi menampung belanja misi dan kedermawan gereja itu.

"Kami gembira kerana dapat menggunakan bakat luar biasa Pelli Clarke Pelli sambil kami maju ke hadapan dalam proses rekaan dan pembangunan bagi mencipta bangunan keagamaan kegunaan bercampur yang baharu dan berinspirasi ini yang melengkapi Gereja Trinity Richard Upjohn yang bersejarah," kata Rev. Dr. James H. Cooper, rektor.

Trinity Real Estate, entiti yang menguruskan hartanah komersil kariah itu yang seluas enam juta kaki persegi, seterusnya akan memilih pemaju. Trinity mengambil langkah luar daripada kebiasaan dengan memilih arkitek dahulu bagi mengetengahkan kepentingan satu rekaan yang menghormati Gereja Trinity yang ikonik serta persekitarannya.

"Kami teruja dapat menerima tugasan yang sangat unik ini," kata Cesar Pelli, prinsipal kanan. "Tapak yang begitu indah ini, satu ruang urban yang terang dengan persekitaran landskap semula jadi, sangat berbeza dengan mana-mana tempat lain di dunia. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan pertukaran idea bagi mencipta bangunan zaman kini, bersebelahan bangunan sepanjang zaman.

Rekaan awal PCPA adalah lutsinar di tapaknya bagi menonjolkan aktiviti misi gereja itu. Taman bertingkat akan bertindak sebagai kawasan gereja yang berpemandangan indah. Akses ke gereja itu dari Trinity Place akan dikekalkan melalui jambatan pejalan kaki.

Pembinaan dijangka akan dimulakan pada musim luruh 2014. Ia dijangka siap pada tahun 2017.

Ditubuhkan pada 1977 dan diketuai oleh Cesar PelliFred Clarke, dan Rafael Pelli, Pelli Clarke Pelli Architects telah mereka beberapa bangunan yang paling dikenali seluruh dunia, termasuk Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, dan Pusat Kewangan Antarabangsa di Hong Kong. Firma itu telah diiktiraf dengan pengiktirafan pengkritik dan ratusan anugerah rekaan, termasuk Anugerah Firma Institut Arkitek Amerika.

Source: Pelli Clarke Pelli Architects
Related Links:
Keywords: Construction/Building Real Estate Contracts