omniture

Xinhua Silk Road: PKS, Ekspo TCM di Yulin, Guangxi tingkatkan pembangunan PKS, industri-industri berkaitan

Xinhua Silk Road
2021-11-17 21:29 112

BEIJING, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Perusahaan Kecil-kecilan dan Sederhana (Yulin·China) ke-14 dan Ekspo Ubat Tradisional Cina (Yulin) China ke-12 bermula pada 12 November di Yulin, sebuah bandar peringkat wilayah di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, telah meningkatkan pembangunan perusahaan kecil-kecilan dan sederhana (PKS) serta industri-industri yang berkaitan.

Photo shows the scene of the 14th Small and Medium Enterprises Expo (Yulin·China) and the 12th China (Yulin) Traditional Chinese Medicine Expo kicked off November 12 in Yulin of south China's Guangxi Zhuang Autonomous Region.
Photo shows the scene of the 14th Small and Medium Enterprises Expo (Yulin·China) and the 12th China (Yulin) Traditional Chinese Medicine Expo kicked off November 12 in Yulin of south China's Guangxi Zhuang Autonomous Region.

Ekspo PKS memfokuskan kepada industri-industri seperti pembuatan, kesihatan besar, perdagangan dan logistik, perumahan dan kereta dan sebagainya serta memiliki tujuh kawasan pameran. Ekspo Ubat Tradisional Cina (TCM) memfokuskan kepada TCM dan rempah ratus. Kedua-dua Ekspo ini bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi bagi industri-industri yang berkaitan.

Menurut jawatankuasa penganjur, semasa berlangsungnya Ekspo-ekspo ini, 35 projek telah ditandatangani dengan jumlah pelaburan sebanyak 51.879 bilion yuan termasuk satu projek dengan pelaburan sebanyak lebih 10 bilion yuan dan 17 projek setiap satu dengan pelaburan sebanyak lebih daripada satu bilion yuan melibatkan pembuatan jentera, bahan baharu, tekstil dan pakaian, maklumat elektronik, perdagangan dan logistik, kesihatan besar, budaya dan pelancongan serta industri-industri penting yang lain.

PKS di Yulin telah membangun dengan pesat sejak reformasi dan pembukaan, lalu menjadikan bandar tersebut sebagai sebuah bandar terkenal negara untuk PKS serta ibu kota perubatan dan ibu kota rempah di selatan China, kata Mo Hua, ketua Parti Yulin.

Sejak tahun 2004, 13 sesi Ekspo PKS dan 11 sesi Ekspo TCM telahpun diadakan di Yulin dan selepas pelaksanaan usaha selama 17 tahun, Ekspo-ekspo ini telah menjadi pameran jenama dengan pengaruh yang luas di Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan platform-platform yang penting untuk menggalakkan pembangunan PKS, ujar Mo.

Data menunjukkan bahawa ketika ini, Yulin mempunyai 82,000 PKS termasuk 650 yang unik setiap satu dengan hasil perniagaan utama tahunan mencecah lebih daripada 20 juta yuan.

Diketahui bahawa 13 sesi Ekspo PKS ini telah menarik minat lebih 16,000 pempamer secara terkumpul sejak penubuhannya pada tahun 2004 dan 11 sesi Ekspo TCM telah menarik lebih daripada 14,000 pempamer sejak penubuhannya pada tahun 2009. Yulin telah memeterai lebih daripada 1,400 kontrak pelaburan dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih 350 bilion yuan melalui Ekspo-ekspo ini.

pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324866.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Trade show news