omniture

SLT Asia Menyiapkan Pemasangan Komersil OLED Terbesar di Asia Tenggara

SLT Asia
2013-08-29 16:25 157

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- SLT Asia, pakar penyelesaian hiburan tempahan khas, telah menyiapkan pemasangan LED Organik (OLED) terbesar di Asia Tenggara. Paparan bergemerlapan dengan 1,680 jubin Philips Lumiblade GL26 telah dipasang di Providence, kelab VIP Kuala Lumpur yang dibuka pada bulan Julai.

OLED itu kelihatan menawan dan berfungsi penuh, lantas mencipta suasana yang tidak pernah dilihat di apa-apa bangunan komersil sebelum ini. OLED itu direka agar bernyala mengikut rentak muzik, lalu memenuhi keperluan untuk pencahayaan dinamik yang terang-benderang.

Sebagai teknologi yang masih baharu, penggunaan OLED masih terhad kerana halangan kosnya. Namun begitu, SLT Asia masih mampu mengurangkan kos projek Providence dengan signifikan.

"Pemasangan ini menyeimbangkan kemahiran teknikal dan kehalusan artistik. Providence bertanya kepada kami jika kami boleh membina sistem OLED pada harga yang berpatutan. Hasil kejuruteraan kami yang kukuh dan andal, kami melakukan pemasangan itu dengan suku daripada kos biasa," kata Pengarah Urusan SLT Asia Sebastien Jurkowski.

Ashwin Prakash, pemilik Providence berkata: "Apabila kami melihat OLED berfungsi, kami tahu ia merupakan hiasan tumpuan yang berlainan sama sekali dan sempurna bagi melengkapi pengalaman kelab VIP Providence. Tidak ramai yang akan membuat pelaburan ini tetapi kami percaya penggunaan teknologi baharu dalam kelab kami bagi mempertingkatkan pengalaman VIP. Para pengunjung kami tertawan dengan cahaya yang berkilauan itu."

Di masa akan datang, OLED bakal menjadi lebih cekap, lebih besar dan lebih terang. Menurut Phillips, Asia ialah tempat tumpuan pasaran yang pantas menggunakan OLED.

"Pemasangan di kelab itu ialah contoh yang sangat baik yang menunjukkan pemiliknya memahami apa yang ditawarkan oleh pencahayaan OLED dan apa yang boleh dilakukan dengannya. Temanya ialah "membentuk cahaya di udara" yang hanya boleh dilakukan oleh OLED," kata jurucakap Philips Lumiblade Philips Dietmar Thomas.

Visual resolusi tinggi: bit.ly/sltoled

Video YouTube: http://youtu.be/PL4jHcIWmks

NOTA KEPADA EDITOR:

SLT Asia ialah syarikat yang berpusat di Asia Tenggara, menyediakan penyelesaian teknologi untuk industri hiburan dan seni secara langsung.

Providence VIP Club ialah tempat terbaharu dan paling mengujakan di KL untuk hiburan mewah dan bergemerlapan. Terletak di Intermark, Providence membawa pengalaman yang memanjakan golongan berkelas tinggi KL.

Philips Lumiblade membawa bentuk cahaya yang terbaharu. Daripada jubin setebal 1.8mm Lumiblade OLED mempunyai ciri-ciri cahaya yang tidak silau dan menyenangkan dengan kualiti yang tidak mampu dicapai oleh sumber atau sistem cahaya lain.

SUMBER SLT Asia

Source: SLT Asia
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building New products/services