omniture

Forum Antarabangsa tentang Teks Buddha Purba Bakal Diadakan di Seoul

2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee
2013-08-31 06:44 201

SEOUL, Korea Selatan, 31 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Sebuah persidangan antarabangsa akan diadakan minggu hadapan di Seoul bagi membincangkan dan mempromosikan nilai bersejarah Tripitaka Koreana, salah satu kitab Buddha tertua di dunia, kata pihak penganjur pada hari Khamis.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/29/20130829150547596089.html

"Forum itu, yang dijadualkan untuk Selasa hadapan dan dianjurkan sebagai acara pembukaan untuk festival Tripitaka global yang akan diadakan bulan hadapan, akan mengumpulkan para sarjana dan pakar dari Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan di Plaza Hotel di pusat bandar Seoul bagi menerokai mesej dan struktur kanun Buddha berusia 750 tahun itu," kata pihak penganjur.

Ia diadakan tiga minggu sebelum Festival Tripitaka Koreana 2013, yang akan diadakan di Hapcheon, Daerah Gyeongsang Selatan, 354 kilometer ke arah tenggara Seoul, mulai 27 September sehingga 10 November bagi meraikan ciptaan kitab bersejarah itu.

Tripitaka Koreana ialah koleksi ajaran dan peraturan agama Buddha yang diukir atas lebih 80,000 blok pencetakan kayu, dihasilkan pada kurun ke-13. Ia dianggap sebagai set kitab Buddha paling menyeluruh yang ditemui setakat ini, dan Kuil Haein, tempat simpanan teks itu, ialah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Penceramah di persidangan itu termasuklah Lewis Lancaster, profesor Kajian Asia Timur di UC Berkeley, dan Robert Buswell, profesor Kajian Buddha Korea dan China di UCLA, yang mana pembentangan beliau akan diikuti oleh perbincangan panel, menurut pihak penganjur.

"Pameran foto dan sesi interaktif juga akan diadakan di samping festival itu," kata mereka.

Festival Tripitaka Koreana pertama kali diadakan pada tahun 2011 bagi meraikan ulang tahun keseribu ciptaan kanun itu. Kira-kira 2.2 juta pelancong mengunjungi acara itu semasa ia berlangsung selama 45 hari, menurut pihak penganjur.

"Festival tahun ini akan menawarkan lebih banyak pameran dan sesi interaktif, kata pihak penganjur. Lima dewan pameran, setiap satunya dengan tema berbeza, akan memaparkan program bersejarah, budaya, dan hiburan tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan Tripitaka," tambah pihak penganjur lagi.

"Festival Tripitaka Koreana mendapat perhatian sebagai kandungan budaya tradisional dan aset ikonik dalam kurun ke-21," kata Gabenor Daerah Gyeongsang Selatan, Hong Joon-pyo. "Kami merancang untuk menyediakan dan menganjurkan festival ini dengan matlamat untuk mempromosikan pertemuan penuh harmoni dan perpaduan manusia melalui kebijaksanaan dan harmoni."

Hubungan Media
Paeng Sunhwa
Tel: +82-55-211-6274
Emel: psh0401@korea.kr

Sumber: 2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee

Source: 2013 Tripitaka Koreana Festival Organizing Committee
Keywords: Travel Trade show news