omniture

Shanghai Electric Meterai Perjanjian Kerjasama Strategik bersama SKF di CIIE 2021

Kolaborasi ini akan memanfaatkan gabungan kekuatan kedua-dua syarikat untuk memajukan inisiatif mesra alam global
Shanghai Electric
2021-11-19 23:02 358

SHANGHAI, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") (601727.SS dan 02727. HK) telah memeterai kerjasama strategik dengan Svenska Kullagerfabriken AB (SKF) setelah kedua-dua syarikat ini menandatangani perjanjian yang bertujuan untuk memanfaatkan kelebihan teknologi dan perniagaan masing-masing untuk membawa lebih nilai kepada pelanggan global di Ekspo Import Antarabangsa China 2021 (CIIE). Leng Weiqing, Pengerusi Shanghai Electric Group, yang hadir di majlis tersebut bersama-sama Naib Presiden Jin Xiaolong, menandatangani perjanjian tersebut.

Shanghai Electric menandatangani perjanjian dengan Svenska Kullagerfabriken AB (SKF) untuk menjalin kerjasama strategik di Ekspo Import Antarabangsa China 2021 (CIIE).
Shanghai Electric menandatangani perjanjian dengan Svenska Kullagerfabriken AB (SKF) untuk menjalin kerjasama strategik di Ekspo Import Antarabangsa China 2021 (CIIE).

SKF ialah pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi bearing, kedap, sistem pelinciran, produk penyelenggaraan, produk mekatronik, produk penghantaran kuasa, sistem pemantauan keadaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Kerjasama ini akan membolehkan kedua-dua syarikat ini mendapat manfaat daripada pengalaman luas Shanghai Electric dalam pembinaan infrastruktur serta rantaian bekalan global SKF yang komprehensif dan juga kapasiti inovasi untuk meningkatkan kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka, memanfaatkan gabungan kekuatan kedua-dua syarikat ini untuk meningkatkan kelebihan daya saing mereka dan meningkatkan nilai perniagaan.

Pameran perdagangan import yang terbesar di China, CIIE 2021, diadakan mulai 5-10 November, merupakan edisi keempat yang dihadiri oleh Shanghai Electric yang turut menyaksikan syarikat ini menandatangani lebih daripada 10 kontrak perolehan import dan perjanjian rangka kerja bersama syarikat-syarikat global sepanjang acara selama enam hari ini dengan jumlah nilai urus niaga melebihi 1.7 bilion RMB.

Sebagai sebahagian daripada dorongan mesra alam China untuk mempercepatkan usaha ke arah mencapai matlamat karbonnya, edisi keempat CIIE ini bertujuan untuk memudahkan perdagangan mesra alam dan kerjasama antara syarikat-syarikat global sebagai usaha untuk mempercepatkan kadar transformasi mesra alam di China dan selanjutnya.

Sebagai peneraju dan perintis global bagi tenaga boleh diperbaharui, Shanghai Electric membawakan penyelesaian inovatif terkini yang menggalakkan strategi dwiperedaran domestik-antarabangsa China dan memperlihatkan pencapaiannya untuk penaiktarafan perniagaan dan transformasi melalui pemerkasaan teknologi. Mengetuai pameran ini ialah bas tenaga baharu Qingpu yang ditugaskan untuk menyediakan rangkaian pengangkutan yang pantas dan mesra iklim kepada pengunjung global di CIIE, dilengkapi dengan sistem bateri kuasa Guoxuan Shanghai Electric.

Sepanjang empat tahun yang lalu, CIIE menyediakan platform yang melaluinya Shanghai Electric berupaya untuk meluaskan kerjasamanya dengan pelabur-pelabur dan syarikat-syarikat global demi pembangunan tenaga baharu dan pembuatan termaju.

Di CIIE 2018, Shanghai Electric Group dan Siemens Power and Natural Gas Group menandatangani kontrak untuk membekalkan peralatan penjanaan kuasa yang digunakan dalam projek CSP 700MW di Dubai, loji CSP yang terbesar di dunia. Perkongsian ini disusuli oleh perjanjian rangka kerja yang ditandatangani antara Shanghai Electric dan Consolidated Power Projects Australia Pty Ltd (CPP) di CIIE kedua pada tahun 2019 untuk urus niaga pembelian bernilai RMB100 juta. Dalam tahun yang sama, Shanghai Electric turut memperoleh beberapa urus niaga yang bernilai RMB710 juta untuk membekalkan peralatan turbin gas kepada Datang Group, State Power Investment Corporation dan Ansaldo Energia.

CIIE 2020 yang membuahkan hasil menandakan momentum perdagangan antarabangsa dan kerjasama perniagaan yang diperbaharui di tengah-tengah ekonomi global yang terganggu ekoran sekatan yang disebabkan oleh pandemik, yang mana Shanghai Electric menjalin satu lagi kerjasama penting bersama Siemens Energy untuk membina sebuah pusat pemerkasaan tenaga pintar di China.

"CIIE ialah platform pemadanan yang pantas dan cekap untuk syarikat-syarikat multinasional bagi mencari kunci emas untuk membuka pintu masuk ke pasaran China serta jendela untuk perniagaan global mewujudkan saluran komunikasi yang mendalam dengan pelanggan Cina. Di platform ini, Shanghai Electric berharap dapat mencari rakan kongsi baharu dan mewujudkan lebih banyak peluang kerjasama yang saling menguntungkan dengan perusahaan yang terkemuka di dunia," kata Jin Xiaolong.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Machinery Mining/Metals Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements Trade show news