omniture

Penampilan Sulung Global Jenama SALOON - GWM Jadi Tumpuan Auto Guangzhou (GIAE) 2021

GWM
2021-11-22 09:25 159

BAODING, China, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada 19 November, jenama SALOON daripada GWM membuat penampilan sulung globalnya di GIAE kali ke-19 bersama-sama kenderaan elektrik serba lengkap dan berprestasi tinggi yang pertama. Sementara itu, beberapa model baharu HAVAL, pikap GWM, TANK dan sebagainya turut diperkenalkan.

GWM memperkenalkan kenderaan baharu di GIAE
GWM memperkenalkan kenderaan baharu di GIAE

SALOON ialah sebuah syarikat automobil bebas yang baru diinkubasikan oleh GWM. Ia bertujuan untuk mewujudkan subbahagian baharu "Mecha Technology" dan menembusi pasaran kenderaan serba lengkap yang mewah. BEV mewah pertamanya Jijialong, turut membuat kemunculan di GIAE.

Jijialong ialah kup sederhana-hingga-besar dengan panjang badan kenderaan berukuran 5.2m dan penampilannya menyerupai perisai mekanikal. Dilengkapi dengan empat lidar, ia lebih pintar untuk dipandu. Ia dapat dicas dengan pantas menerusi kuasa 800V/480kW dan mencapai jarak 401km dalam 10 minit dengan jarak maksimum 802km apabila dicas sepenuhnya. Dilengkapi dengan motor magnet kekal depan dan belakang, ia mempunyai kuasa maksimum 405kW, tork maksimum 750N·m dan pemecutan dari 0 ke 100km/j dalam 3.7 saat.

HAVAL memperkenalkan pelbagai model termasuk SUV utama pintar HAVAL Shenshou, HAVAL H6S dan 3rd Gen HAVAL H6. HAVAL BIG DOG turut menggamit perhatian dengan reka bentuk inovatifnya. Ia mempunyai penampilan berbentuk segi empat sama dengan lampu besar berbentuk bulat yang kelihatan bergaya dan retro. Ia memiliki keupayaan luar jalan yang hebat dan keselesaan SUV bandar. Ia dilengkapi dengan sistem pacuan-roda-lengkap pintar, dua kunci berbeza dan berbilang mod pemanduan seperti pasir, lumpur dan salji. HAVAL BIG DOG akan mula dijual di Timur Tengah menjelang penghujung tahun ini.

Sebelum berlangsungnya pameran ini, pikap GWM meraih pencapaian jualan global sebanyak lebih daripada 2 juta. Di GIAE, Jingangpao, trak pikap komersial yang dibangunkan mengikut piawaian global, paling menarik perhatian. Ia kelihatan sangat bergaya dengan garisannya yang sekata dan hab yang menarik. Ia mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi 5,635/1,880/1,815 (1,840) mm dan jarak roda 3,410mm. Dilengkapi dengan enjin diesel 2.0T, ia akan dapat mencapai kuasa maksimum 122kW. Satu lagi kereta konsep, pikap super, juga menarik. Ia diinspirasikan oleh peminat Lowrider global. Ia direka bentuk dengan gaya HellaFlush bagi memenuhi kehendak pengguna muda, Terdapat juga jenis trak pikap yang lain di kawasan pameran yang memaparkan gaya reka bentuk GWM yang pelbagai.

Di samping itu, model kedua jenama TANK, TANK 500, dibuka untuk prajualan di GIAE. Model-model seperti ORA Good Cat, ORA Baleimao dan WEY Mocha PHEV serta Maqiduo PHEV turut menarik minat ramai pengunjung.

Seperti yang dikatakan oleh Tony Sun, Timbalan Pengurus Besar Jabatan Antarabangsa GWM, "Kumpulan pengguna utama global secara berperingkat-peringkat didominasi oleh anak muda dan memenuhi keperluan estetika yang diperibadikan ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Untuk tujuan ini, GWM akan terus mengukuhkan inovasi model bagi menyediakan pengguna global dengan pilihan yang lebih pelbagai."

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services