omniture

Trustana, platform perdagangan rentas sempadan ditubuhkan oleh Temasek, lantik Rebecca Xing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Trustana
2021-11-22 09:48 123

SINGAPURA, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- Trustana, platform perdagangan dan penyumberan rentas sempadan yang ditubuhkan oleh Temasek, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Rebecca Xing, sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa serta merta. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Trustana, Rebecca akan mendorong strategi dan pertumbuhan keseluruhan tatkala syarikat ini berkembang untuk mengupayakan perdagangan rentas sempadan untuk PKS di seluruh dunia.

Beribu pejabat di Singapura dengan hab di Shanghai, Trustana ialah platform perdagangan dan penyumberan rentas sempadan yang memperkasa pembeli dan pembekal untuk mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa dengan yakin melalui penjalinan hubungan mereka dengan rakan dagangan yang boleh dipercayai dan menyokong mereka menempuh perjalanan perdagangan hujung-ke-hujung.

Sebagai ahli pengasas daripada pasukan Trustana apabila syarikat ini diperbadankan pada bulan Mac 2020, Rebecca membantu mengawasi kejayaan luar biasa Trustana menerusi jawatan terdahulu beliau sebagai Pengurus Besar dan Ketua Produk Trustana. Di bawah kepimpinan beliau, Trustana telah mencapai kejayaan penting dalam memperluas jejak global syarikat ini merentas Asia Tenggara dan China termasuk perjanjian perkongsian strategik yang ditandatangani di bawah Inisiatif Keterhubungan Singapura-Chongqing pada bulan April 2021 dan Jun 2021, melalui integrasi OneSME, platform perdagangan rentas sempadan digital kepada platform Trustana.

Rebecca Xing, Ketua Pegawai Eksekutif, Trustana, berkata: "Saya berbesar hati dan gembira untuk memimpin pasukan di Trustana. Perdagangan rentas sempadan merupakan industri yang sangat besar yang mempunyai banyak kerumitan dan kami berkedudukan unik dengan asas, individu dan teknologi yang tepat untuk menerajui perubahan. Sejak dilancarkan, kami telah melalui dan menempuh kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan kami apabila mendekati pengembangan antarabangsa dan teruja kerana berupaya untuk membawa perubahan dalam kehidupan PKS di ASEAN dan China. Ini benar-benar satu keistimewaan kerana berupaya berkhidmat untuk Trustana dalam evolusi seterusnya ini."

Glenn Gore, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LemmaTree & Ahli Lembaga Trustana, berkata: "Teknologi terus menjadi pemangkin utama untuk transformasi dan pertumbuhan dalam industri perdagangan rentas sempadan dan Trustana mempunyai misi yang berani untuk membawa teknologi ini kepada semua saiz perniagaan. Dengan sukacitanya saya mengumumkan pelantikan Rebecca sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Trustana. Melalui kepimpinan beliau yang hebat dan komitmen tanpa henti, Rebecca telah menerajui peningkatan dua kali ganda perniagaan Trustana berbanding bulan sebelumnya pada tahun lalu. Saya yakin bahawa Trustana akan terus memajukan visi utama kami untuk mendemokrasikan akses kepada pasaran import dan eksport antarabangsa untuk rakan kongsi dan pelanggan kami di Asia serta seluruh dunia."

Sebelum Trustana, Rebecca merupakan pemimpin produk bersama BCG Digital Ventures, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar interim dan Ketua Produk interim untuk beberapa usaha sama dalam bidang operasi termasuk Ware2Go, jaringan pergudangan & logistik atas-permintaan serta Beema, tawaran insurans auto bayar-setiap-kilometer digital di Timur Tengah. Sebelum ini, beliau merupakan perunding bersama Boston Consulting Group yang memfokuskan kepada transformasi digital dalam industri teknologi, media dan telekomunikasi.

Latar Belakang Trustana 

Trustana ialah platform perdagangan dan penyumberan rentas sempadan bagi pedagang antarabangsa yang boleh disahkan dengan fokus terhadap sektor makanan dan minuman. Ditubuhkan oleh Temasek, Trustana memperkasa pembeli dan pembekal untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan yakin melalui penjalinan hubungan mereka dengan rakan dagangan yang boleh dipercayai dan menyokong mereka menempuh perjalanan perdagangan hujung-ke-hujung.

Ketika ini, Trustana menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5,000 PKS di China dan APAC, dengan cita-cita untuk berkembang ke seluruh dunia. Pada bulan April 2021, Trustana menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan 5 pembekal makanan di Chongqing, melancarkan secara rasmi "program bantuan luar negara produk pertanian Singapura China (Chongqing)" yang dipromosikan oleh dipromosikan Biro Pengurusan Projek Demonstrasi Chongqing China-Singapura. Baru-baru ini pada bulan Jun tahun ini, Trustana menjalin kerjasama strategik dengan OneConnect Financial Technology (Singapura), syarikat bersekutu Ping An Group yang akan membolehkan PKS di Singapura dan ASEAN mengakses kumpulan pembeli yang lebih besar di China. Trustana dibangunkan menggunakan Affinidi, teknologi terbuka dan saling beroperasi yang membolehkan pengguna mengawal data mereka yang boleh disahkan.

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi: 

Sandpiper Communications bagi pihak Trustana: Trustana@sandpipercomms.com

Rebecca Xing, CEO, Trustana
Rebecca Xing, CEO, Trustana

 

 

Source: Trustana
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Computer/Electronics Food/Beverages Personnel announcements Financial Technology