omniture

CGTN: setelah 30 tahun: China, ASEAN naik taraf hubungan kepada perkongsian strategik komprehensif

CGTN
2021-11-24 03:47 128

BEIJING, 24 November 2021 /PRNewswire/ -- Sejak terjalinnya hubungan dialog 30 tahun yang lalu, China dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah mengorak langkah ke hadapan seiringan dengan keputusan yang membuahkan hasil dalam pelbagai bidang, lalu menjadi contoh yang baik untuk hubungan dua hala yang paling berjaya dan rancak di Asia-Pasifik.

Menaik taraf hubungan ini, Presiden Cina Xi Jinping mengumumkan pemeteraian kerjasama strategik komprehensif China-ASEAN. Beliau membuat pengumuman ini semasa mempengerusikan Sidang Kemuncak Khas untuk Memperingati Ulang Tahun ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN melalui pautan video di Beijing pada pagi Isnin.

Menggelarnya sebagai "satu pencapaian baharu" dalam sejarah hubungan ini, beliau berkata langkah ini akan menyuntik dorongan yang baharu kepada keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan rantau ini serta dunia.

Jiran, rakan dan rakan kongsi yang baik 

Berucap di sidang kemuncak tersebut, Xi memuji hubungan persahabatan berjiran yang baik serta kerjasama yang saling menguntungkan antara China dan ASEAN sepanjang 30 tahun yang lalu, berkata bahawa pengalaman kerjasama yang berharga menyediakan asas dan memberi garis panduan untuk membangunkan Perkongsian Strategik Komprehensif mereka.

Menurut presiden Cina ini, kelebihan dalam kerjasama dua hala ini boleh dikaitkan dengan kedekatan geografi yang unik dan pertalian budaya serta lebih penting lagi, hakikat bahawa kedua-dua pihak menerima dengan aktif trend perkembangan zaman ini dan membuat pilihan bersejarah yang tepat.

Perdagangan antara China dan ASEAN telah melonjak sebanyak 85 kali ganda sejak kedua-dua pihak ini menjalin hubungan dialog mereka pada tahun 1991. Sejak tahun 2009, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar ASEAN selama 12 tahun berturut-turut, manakala pada tahun 2020, ASEAN turut menjadi rakan dagangan terbesar China.

Dalam separuh pertama tahun ini, perdagangan dua hala antara China dan ASEAN meneruskan pengembangan yang pesat, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 38.2 peratus berbanding tahun sebelumnya serta pelaburan bersama sebanyak lebih $310 bilion.

Tambahan pula, China turut membantu negara-negara anggota ASEAN memerangi pandemik COVID-19 ini. Setakat bulan Oktober, China telah menyediakan negara-negara anggota ASEAN dengan lebih 300 juta dos vaksin COVID-19 dan sejumlah besar bekalan perubatan kecemasan, selain menghantar pasukan pakar perubatan untuk membina makmal ujian virus dan menjalankan ujian percubaan vaksin dengan beberapa negara ASEAN.

"China telahpun, masih dan akan sentiasa menjadi jiran, rakan dan rakan kongsi ASEAN yang baik," tegas Xi di sidang kemuncak tersebut, menambah bahawa China akan menjadikan ASEAN sebagai keutamaan tingginya dalam diplomasi kejiranannya.

Demi masa depan bersama dan tempat kediaman yang sama 

Berkaitan hubungan masa depan antara China dan ASEAN, presiden China mengemukakan lima cadangan, menggesa usaha untuk melangkah ke arah komuniti China-ASEAN yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama dan menjadikan rantau ini serta dunia jauh lebih makmur.

Menyeru usaha untuk membina tempat kediaman yang aman bersama-sama, Xi memberitahu negara-negara ASEAN bahawa "China tidak akan pernah mencari hegemoni, masih kurang membuli negara-negara yang lebih kecil."

China menyokong usaha ASEAN untuk membangunkan zon bebas senjata nukelar dan bersedia untuk menandatangani Protokol untuk Perjanjian berhubung Zon Bebas-Senjata Nuklear Asia Tenggara secepat yang mungkin," kata Xi.

"Pandemik COVID-19 sekali lagi membuktikan bahawa tiada satu tempat di muka Bumi yang ini merupakan pulau terlindung yang dapat menikmati keselamatan mutlak dan hanya keselamatan sejagat daripada membawa keselamatan sebenar," ujar presiden China ini, menyuarakan keperluan untuk membina tempat kediaman yang selamat dan terjamin bersama-sama.

Beliau menambah bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk membina secara bersama "perisai kesihatan" untuk rantau ini. Di bawah inisiatif ini, menurut Xi, China akan menyumbang sebanyak 150 juta dos vaksin COVID-19 tambahan kepada negara-negara ASEAN dan menyumbang $5 juta tambahan kepada COVID-19 ASEAN Response Fund.

"Usaha bersama diperlukan untuk melindungi kestabilan di Laut China Selatan dan menjadikannya sebagai lautan keamanan, persahabatan dan kerjasama," kata Xi.

Presiden Xi turut mengumumkan beberapa langkah untuk membina tempat kediaman yang makmur dengan negara-negara ASEAN, termasuk menyediakan ASEAN dengan $1.5 bilion bantuan pembangunan tambahan dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyokong perjuangan mereka memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, membeli produk pertanian yang bernilai sehingga $150 bilion dari ASEAN dalam lima tahun akan datang, menyediakan 1,000 item dengan aplikasi yang canggih dan boleh diaplikasi kepada ASEAN dan menyokong program untuk 300 saintis muda dari ASEAN yang berkunjung ke China untuk program pertukaran dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Keharmonian dengan alam semula jadi merupakan asas untuk pembangunan manusia yang mampan," kata Xi, menambah bahawa China bersedia untuk memulakan dialog dengan ASEAN mengenai tindak balas iklim. Beliau berkata kedua-dua pihak ini dapat meningkatkan kerjasama untuk tenaga bersih, pembiayaan dan pelaburan mesra alam, pertanian serta pembangunan marin yang lestari.

Xi turut menekankan kepentingan membina tempat kediaman yang mesra bersama-sama dan menggesa kedua-dua pihak untuk memperjuangkan nilai kemanusiaan yang sama, menggalakkan pertukaran individu-kepada-individu dan memperkukuh pembelajaran bersama antara tamadun.

Memetik kata-kata seorang negarawan berbangsa Cina yang memerhatikan bahawa "rancangan untuk keadilan kekal dan tindakan untuk kepentingan rakyat berjaya," Xi memberitahu rakan-rakan kongsi ASEAN untuk mengingati aspirasi rakyat demi kehidupan yang lebih baik dan menggalas misi zaman ini untuk menjaga keamanan dan menggalakkan pembangunan.

https://news.cgtn.com/news/2021-11-22/Xi-chairs-summit-marking-anniversary-of-ASEAN-China-dialogue-relations-15oga5BCb3q/index.html 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service