omniture

Jenama Ginseng Merah Premium CheongKwanJang bakal Sambut ulang tahun ke-122

KGC (Korea Ginseng Corp.)
2021-11-26 15:37 123

SEOUL, Korea Selatan, 26 November 2021 /PRNewswire/ -- Korea Ginseng Corp (KGC) menyambut ulang tahun ke-122 jenama ginseng merah premiumnya, CheongKwanJang.

Red Ginseng
Red Ginseng

Salah satu ginseng yang terbaik di dunia, ginseng Korea menjadi ginseng merah premium … Kemunculan CheongKwanJang

Sejarah kerajaan Korea dalam mengurus ginseng dan ginseng merah bermula sejak tahun 1899, tahun ke-36 pemerintahan Raja Gojong pada zaman Empayar Korea. Empayar ini menubuhkan Samjeonggwa di bawah Gungnaebu dan melaksanakan skim monopoli untuk mengawal pengeluaran dan pemprosesan ginseng serta ginseng merah.

Nama CheongKwanJang mula digunakan pada lewat tahun 1950-an apabila eksport ginseng merah meningkat. Nama jenama ini juga adalah untuk membezakan ginseng Korea tulen daripada ginseng tiruan yang dihasilkan di luar negara yang cuba mencuri reputasi berprestij ginseng merah Korea. Nama ini menunjukkan kebolehpercayaan dan kredibiliti jenama ini yang mana produk-produknya diproses dan dibungkus di kilang-kilang di bawah pengurusan langsung pihak kerajaan. Implikasi ini ditonjolkan menerusi perkataan Cheong dalam nama ini yang bermaksud produk sah.

Sejak itu, produk-produk jenama ginseng merah premium ini telah dieksport ke sekitar 40 negara yang menyertai barisan Hallyu food (K-food) dan membuatkan jenama ini meneruskan kemasyhuran ginseng Korea. Baru-baru ini, jenama ini diberi penghargaan sebagai "jenama terkemuka Korea Selatan" yang menyapu bersih anugerah-anugerah institusi-institusi dan outlet-outlet media di dalam dan luar negara termasuk First Brand Award dan Trust Company Award.

Ginseng merah digemari oleh generasi-generasi Korea Selatan sebagai tambahan diet yang ikonik. Proses mengukus dan mengeringkan ginseng berusia 6 tahun menghasilkan saponin, polisakarida ginseng merah, gula amino, mineral dan sebagainya yang mana keserasiannya dapat mengurangkan keletihan dengan berkesan. Kombinasi nutrisi ini dapat mengurangkan kepekatan bahan-bahan yang menyebabkan keletihan sambil meningkatkan hormon yang menghasilkan tenaga. Selain itu, nutrisi juga dapat meningkatkan sistem imun dengan memangkinkan fungsi makrofaj yang membunuh virus dan sel kanser.

Ginseng merah secara rasminya diiktiraf untuk kesan penyembuhannya oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan, agensi kerajaan Korea Selatan yang bertanggungjawab untuk mengurus keselamatan makanan dan ubat-ubatan. Diiktiraf untuk lima faedah utamanya iaitu meningkatkan sistem imun, mengurangkan keletihan, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan daya ingatan dan kesan antioksidanya, ginseng merah ialah tambahan diet yang paling banyak dijual di Korea Selatan. COVID-19 telah menimbulkan minat yang mendalam terhadap kesihatan sistem imun kita, maka penduduk Korea Selatan terus mengambil ginseng merah kerana khasiatnya yang bermanfaat.

Source: KGC (Korea Ginseng Corp.)
Related Stocks:
Korea:033780 OTC:KTCIY
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital