omniture

ElectrifAi Mengumumkan MLaaS dan SpendAi di AWS re:Invent 2021

ElectrifAi
2021-12-01 04:18 30

Menyampaikan penyelesaian perniagaan pembelajaran mesin yang pantas dan boleh dipercayai.

JERSEY CITY, New Jersey, 1 Disember 2021 /PRNewswire/ -- ElectrifAi, salah sebuah syarikat terkemuka dunia dalam kecerdasan buatan (AI) praktikal dan model pembelajaran mesin (ML) prabina, hari ini mengumumkan ketersediaan Pembelajaran Mesin sebagai Perkhidmatan (MLaaS) dan SpendAi pada Perkhidmatan Laman Web Amazon (AWS). ElectrifAi membuat pengumuman tersebut di AWS re:Invent 2021 di Las Vegas.

Dengan MLaaS, kini semua syarikat dalam pelbagai bidang boleh memanfaatkan kuasa pembelajaran mesin dengan cepat dan mengubah data mereka menjadi kelebihan strategik untuk memacu pendapatan serta mengurangkan kos dan risiko. Pelanggan boleh bermula dengan mudah dengan pembelajaran mesin dan model pra-binaan tanpa perbelanjaan yang besar dan usaha yang memakan masa untuk memasang dan membeli platform, mengumpulkan pasukan atau menyediakan pelayan mereka sendiri. Dengan MLaaS yang tersedia melalui AWS, data pelanggan beroperasi secara langsung pada pelayan awan AWS dan MLaaS meningkatkan kecekapan dan kemudahan pembelajaran mesin pada awan.

Dengan menggunakan MLaaS, pelanggan boleh mencapai banyak manfaat secara pantas untuk meningkatkan operasi dan keupayaan mereka. Sebahagian daripada manfaat tersebut termasuk:

  • kos yang lebih rendah, kerana peruntukan satu model siap tersusun adalah lebih murah daripada kos tahunan seorang saintis data;
  • penggunaan masa yang lebih pantas dan risiko projek yang lebih rendah, kerana penggunaan purata model prabinaan adalah antara 8-12 minggu untuk MLaaS berbanding 8-12 bulan untuk membina model pembelajaran mesin baharu; dan
  • nisbah masa berbanding nilai yang lebih pantas dengan pulangan pelaburan (ROI) yang tinggi.

Salah satu tawaran MLaaS ElectrifAi yang sangat berjaya ialah SpendAi, produk analitik perbelanjaan yang mendalam. Kini tersedia pada AWS, SpendAi berupaya membantu para profesional perolehan menyelesaikan masalah perniagaan secara pantas dengan adanya data yang lebih tepat untuk membantu mengurangkan kos dan risiko. Beberapa manfaat SpendAi termasuk:

  • kebolehlihatan yang unggul dalam pelbagai sumber data,
  • sumber kualiti yang lebih tinggi untuk penggunaan data,
  • penilaian klasifikasi, pengkategorian dan pengumpulan yang lebih baik,
  • fleksibiliti yang lebih besar dan
  • penghapusan perbelanjaan yang tidak perlu.

SpendAi telah terbukti mampu mengurangkan perbelanjaan tidak langsung sebanyak 2-4% dalam masa 6-8 minggu dengan menjana penjimatan dan ROI yang ketara untuk para pelanggan.

Model prabinaan lain yang ditawarkan oleh ElectrifAi disebabkan MLaaS termasuk pembahagian pelanggan, jualan silang produk dan jualan, ramalan permintaan, harga dinamik, keputusan kredit, visi komputer dan banyak lagi.

"Kami berbesar hati memperkenalkan tawaran MLaaS dan SpendAi kami di AWS. Pada hari ini, para eksekutif berusaha untuk menggunakan data bagi mengoptimumkan perniagaan mereka lebih kerap daripada biasa. Data ialah aset terakhir yang belum dimanfaatkan dan syarikat-syarikat menuntut nisbah masa berbanding nilai dan ROI yang tinggi untuk memacu pendapatan dan mengurangkan kos. Dengan MLaaS dan SpendAi, semua syarikat (besar dan kecil) kini boleh dengan mudah dan pantas mencapai manfaat pembelajaran mesin dan model prabinaan. ElectrifAi membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia berkembang dan menjadi lebih berdaya saing melalui keputusan perniagaan berasaskan data dan kami menghapuskan kesulitan dan masalah daripada pembelajaran mesin dan visi komputer." – Edward Scott, Ketua Pegawai Eksekutif, ElectrifAi

Tentang ElectrifAi

ElectrifAi ialah peneraju global dalam model pembelajaran mesin dan visi komputer yang siap tersedia untuk perniagaan. Misi ElectrifAi adalah untuk membantu organisasi mengubah cara mereka bekerja melalui pembelajaran mesin dan visi komputer: mendorong peningkatan pendapatan dan prestasi serta pengurangan kos dan risiko. Ditubuhkan pada tahun 2004, ElectrifAi menawarkan kepimpinan industri yang berpengalaman, suatu pasukan global dengan kepakaran domain serta rekod yang terbukti dalam mengubah data berstruktur dan tidak berstruktur pada skala. ElectrifAi mempunyai sebuah koleksi produk berasaskan Ai yang besar menjangkau keseluruhan fungsi perniagaan, sistem data dan pasukan untuk mendorong hasil yang unggul dalam jangka masa yang singkat. ElectrifAi mempunyai kira-kira 200 orang saintis data, jurutera perisian dan pekerja dengan rekod yang telah terbukti dalam urus niaga dengan lebih 2,000 pelaksanaan pelanggan yang kebanyakannya untuk syarikat Fortune 500. Teras bagi misi ElectrifAi ialah komitmen untuk menjadikan Ai, pembelajaran mesin dan visi komputer lebih mudah difahami, praktikal dan menguntungkan bagi perniagaan dan industri di seluruh dunia. ElectrifAi ialah syarikat global dengan pejabat di Miami, Jersey City, Shanghai dan New Delhi.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1527876/ElectrifAi_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: ElectrifAi
Keywords: Computer/Electronics New products/services Future Events