HONG KONG, 5 September 2013 /PRNewswire/ -- Neonlite Electronic & Lighting (HK) Limited, pemilik jenama pencahayaan cekap tenaga yang terkemuka,MEGAMAN® hari ini melancarkan Laporan Kemampanan Keduanya.
Laporan terbaharu ini mengetengahkan kemajuan yang telah dibuat oleh Syarikat itu dalam tempoh masa laporan itu bagi memastikan Kemampanan diutamakan dalam semua aktiviti perniagaannya dan menggariskan pelan Neonlite bagi menyelesaikan masalah global dengan Kemampanan sebagai pusat model perniagaannya.
Komitmen Neonlite terhadap kemampanan dan alam sekitar sudah lama menjadi bahagian penting dalam fokus perniagaan Syarikat itu. Laporan terbaharu ini menunjukkan bagaimana pembenaman prinsip mampan ke dalam aktiviti ekonomi, persekitaran dan sosial Neonlite telah menghasilkan beberapa peningkatan dan kejayaan perniagaan, termasuklah:
"Kami bangga dengan teknologi hijau inovatif Neonlite dalam pencahayaan LED, ia menonjolkan kami dalam pasaran yang sangat berdaya saing, serta menaikkan profil jenama MEGAMAN® ke khalayak antarabangsa yang baharu. Kemampanan akan kekal sebagai keutamaan dalam cara kami menjalankan perniagaan," kata En. Foo Onn Fah, Pengerusi.
En. Lee Wing Tak, Ketua Pegawai Eksekutif menambah, "Laporan ini mengiktiraf pencapaian kami dalam membenamkan Kemampanan dalam seluruh perniagaan kami, dan juga memberi inspirasi kepada kami bagi meneruskan pencarian kami untuk kesempurnaan. Di Neonlite, kami komited untuk melaksanakan operasi kami dengan integriti dan menghormati kepentingan para pemegang kepentingan kami."
Laporan Kemampanan 2011-2012 Neonlite adalah sejajar dengan garis panduan Inisiatif Laporan Global (GRI) G3.1. Laporan ini boleh dibaca dan dimuat turun melalui www.megaman.cc/sustainability-report. Kami menghargai komen anda dan ingin mendengar maklum balas anda melalui borang maklum balas dalam talian.
Tentang Neonlite
Neonlite Electronic & Lighting (HK) Limited, pemilik jenama MEGAMAN®, ialah peneraju dunia dalam rekaan, inovasi dan pengedaran produk pencahayaan LED dan CFL yang mesra alam dan cekap tenaga. Syarikat itu mempunyai loji penghasilannya sendiri yang canggih, rangkaian kedai konsep menyeluruh, dan pengedaran luas untuk produk MEGAMAN® dalam lebih 90 negara serata dunia.
Untuk maklumat lanjut tentang Neonlite dan MEGAMAN®, sila lawati laman web di www.megaman.cc.