omniture

Hari Krismas Disambut Awal Bagi Kanak-kanak yang menghidap Penyakit Barah Ihsan Dari PM-International Malaysia

PM-International AG
2021-12-02 07:00 20

SUBANG-JAYA, Malaysia, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Perayaan Hari Krismas disambut lebih awal bagi kanak-kanak di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan hasil sumbangan derma daripada PM-International Malaysia sebanyak RM500,000 kepada Rumah Harapan Kanak-kanak (CHH) di NCSM, untuk membantu kanak-kanak melawan penyakit parah. Kanak-kanak semuda umur satu tahun dari seluruh negara boleh mendapat bantuan perubatan dan penginapan dari NCSM.

CEO PM-International Malaysia, En Paul Yung, adalah seorang penyokong kegemaran bagi NCSM sejak tahun 2016. "Saya kehilangan mak cik saya dan keempat-empat orang datuk nenek mertua kerana kanser, dan ia adalah topik peribadi bagi saya. Saya sangat gembira kerana sumbangan ini adalah sumbangan terbesar bagi PM-Malaysia setakat ini, dan saya harap sumbangan ini akan membantu kanak-kanak melawan dan memenangi pengyakit itu."

PM-International Malaysia adalah sebahagian dari  PM-International Group, ia merupakan salah satu syarikat jualan langsung yang terbesar di dalam bidang kesihatan, kecergasan dan kecantikan dari Schengen, Luxembourg. Syarikat ini telah beroperasi di Subang Jaya, Malaysia sejak 2003.

"Saya percaya setiap kanak-kanak perlu memiliki peluang yang terbaik untuk sembuh. Ini yang menyebabkan kami untuk menyokong CHH. Kakitangan di NCSM dan CHH yang hebat memberikan yang terbaik setiap hari untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka, dan kami berasa sangat bangga dapat menyokong usaha mereka." hujah En Yung.

Pengarah Urusan NCSM, Dr Murali turut hadir untuk menerima sumbangan dari PM-International Malaysia." Bagi pihak NCSM, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM-International Malaysia yang menyokong NCSM secara konsisten selama ini di kebanyakan acara kami. Sumbangan ini  akan membantu kos operasi CHH selama setahun, dan juga cukup untuk menaiktaraf kemudahan seperti katil dan mainan deria untuk kanak-kanak. Ini merupakan hadiah krismas yang paling hebat dari PM-International Malaysia." kata Dr Murali.

"Kami secara ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengedar dan pelanggan kami. Setiap kanak-kanak layak menerima peluang terbaik untuk melawan kanser." Tambah En Yung.

Selain dari sumbangan itu, PM-International Malaysia menyediakan 20 hadiah krismas seperti selimut, bantal leher dan mainan kanak-kanak untuk menenangkan mereka yang sedang menjalani kemoterapi.

Pada musim memberi ini, anda boleh memainkan peranan anda untuk membantu Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan menghubungi 03-26987300 atau melayari www.cancer.org.my.

Mengenai PM-International AG:

Ditubuhkan pada 1993, PM-International AG menghasilkan dan memasarkan makanan tambahan premium yang berkualiti tinggi dan produk kosmetik melalui jenama utamanya FitLine® – yang kebanyakannya dengan teknologi yang dipatenkan. Nutrient Transport Concept (NTC®) mewakili teras utama syarikat: menghantar nutrien dengan betul apabila ia diperlukan dan dimana ia diperlukan ke tahap selular, dari dalam dan luar. Bagi menjamin kualiti produk yang berterusan, produk diuji secara berkala dan sendirinya oleh TÜV SÜD ELAB. Para pelanggan boleh menyemak segala analisa yang dijalankan secara langsung di laman web TÜV SÜD ELAB, dengan mengimbas kod QR pada pembungkusan produk. Tiada syarikat lain yang menawarkan tahap keteluasan pelanggan seperti ini. 

Lebih daripada 700 juta produk FitLine® telah dijual di seluruh dunia. Lebih 1,000 atlet terkemuka yang terdiri daripada 60 cabang sukan dan 30 negara mempercayai makanan tambahan FitLine dan merupakan pembekal rasmi kebanyakan persatuan sukan dan pasukan kebangsaan. Dengan konsep pemasaran sukan yang unik, terdapat kerjasama bersama Persatuan Ski Jerman, Austria, Poland dan Kanada (DSV, ÖSV, PZN, ACA), Persekutuan Hoki Ais Jerman (DEB), Persekutuan Berbasikal Jerman (BDR), Persatuan Atlet Jerman (DLV), Persatuan Swiss Sliding (termasuk bobsleigh), Persekutuan Bola Baling Switzerland (SHV) dan lain-lain.

Maklumat lebih lanjut lawati: www.pm-international.com

Picture is available at AP Images (http://www.apimages.com)

 

 

Source: PM-International AG
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news