-- Kerjasama Antara Pengendali Mudah Alih Eropah dan Pembuat Polisi adalah Penting bagi Mendapatkan Manfaat "Kehidupan Terhubung"
BRUSSELS, 5 September 2013 /PRNewswire/ -- Sebelum persidangan 360-Eropah Mudah Alih GSMA hari ini, GSMA mengeluarkan satu penilaian menyeluruh tentang impak industri mudah alih di Eropah. Laporan itu(1) "Mobile Economy Europe 2013", yang dihasilkan oleh GSMA Intelligence, menunjukkan pada tahun 2012, ekosistem mudah alih menjana kira-kira 2.1 peratus daripada KDNK untuk Kesatuan Eropah (EU) – termasuk sumbangan kepada pendanaan awam sebanyak €53 bilion – dan menyokong secara langsung 394,000 pekerjaan dalam wilayah itu.
Kajian itu juga menunjukkan walaupun dengan kadar penembusan pelanggan unik tertinggi di dunia sebanyak 79 peratus, Eropah ialah satu-satunya wilayah di mana hasilnya menurun – daripada €162 bilion pada tahun 2010(2) menjadi €151 bilion pada tahun 2012 – dan kini sedang ketinggalan dalam proses pengaturan penggunaan teknologi mudah alih generasi seterusnya dan perkhidmatan maju yang telah dibolehkan oleh mereka sendiri. Laporan itu disimpulkan dengan peluang yang ditawarkan dalam dunia di mana hampir semua benda dan semua orang akan terhubung oleh mudah alih dan peranan penting polisi dan peraturan pintar bagi membantu Eropah memaksimumkan potensinya.
"Eropah sudah lama dianggap sebagai perintis dalam mudah alih, tetapi, seperti yang ditunjukkan dalam laporan ini, ia kini ketinggalan di belakang rantau lain dalam proses pengaturan penggunaan jalur lebar mudah alih, terutamanya 4G/LTE," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah GSMA. "Walaupun begitu, industri mudah alih boleh memainkan peranan penting dalam pemulihan Eropah, tetapi ini memerlukan polisi yang menggalakkan pelaburan dalam keterhubungan jalur lebar mudah alih, membolehkan inovasi dan membantu membina keyakinan pengguna dalam perkhidmatan mudah alih. Ini patut diutamakan dalam usul yang dirancang oleh Suruhanjaya untuk pasaran telekomunikasi tunggal."
Eropah Menurut Perlahan Langkah Penggunaan Teknologi Mudah Alih Generasi Seterusnya
Laporan yang dikeluarkan hari ini mendapati Eropah telah ketinggalan di belakang banyak negara lain dalam pengaturan penggunaan teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE). Pada hujung tahun 2012, LTE hanya digunakan dalam 0.3 peratus daripada jumlah peranti di Eropah, dibandingkan dengan 11 peratus di A.S. dan 28 peratus di Korea Selatan. Ini mengukuhkan lagi penyelidikan yang dikeluarkan oleh GSMA dan Navigant Economics awal tahun ini(3), yang menunjukkan pertumbuhan pelaburan di A.S. diterjemahkan menjadi hubungan data lebih pantas, dengan kepantasan di A.S. kini 75 peratus lebih pantas berbanding liputan EU, dan jurang ini dijangka akan melebar.
Mencipta Eropah yang Terhubung – Membantu Melaksanakan Strategi Pertumbuhan 2020 EU
Walaupun dengan cabaran semasa ini, "Kehidupan Terhubung" menyediakan peluang penting untuk mengembangkan lagi jangkauan mudah alih ke dalam sektor industri menegak yang penting. Jumlah peranti wayarles terhubung di Eropah dijangka akan bertumbuh sehingga hampir enam bilion menjelang 2020(4), kira-kira satu suku daripada jumlah global. Jumlah pasaran yang boleh dilibatkan untuk Kehidupan Terhubung di Eropah boleh mencapai sehingga €234 bilion(5) menjelang tahun 2020, menawarkan peningkatan sebanyak lebih enam peratus kepada KDNK EU. Penggunaan teknologi mudah alih dalam sektor industri seperti automotif, perdagangan, pendidikan, kesihatan, kerajaan dan prasarana, antara lainnya, akan mencipta peluang bagi model perniagaan baharu dan aliran hasil, menyokong pertumbuhan, pekerjaan, inovasi dan kemampanan.
Laporan itu juga menggariskan sebilangan bidang penting di mana polisi dan peraturan EU yang bersesuaian dapat membantu mendapatkan kembali kepimpinan teknologi yang hilang dengan menggalakkan pelaburan, mengurangkan halangan untuk penyatuan, membolehkan inovasi dan membina keyakinan pengguna.
Menggalakkan Pelaburan Melalui Pengharmonian Spektrum
Satu pendekatan pan-Eropah yang lebih teratur untuk pembebasan spektrum dan pengharmonian boleh membantu mendapatkan lebih banyak pelaburan dalam keterhubungan jalur lebar. EU telah menyatakan bahawa spektrum sebanyak 1200MHz patut diperuntukkan menjelang 2015 bagi memenuhi jangkaan pertumbuhan dalam trafik data, tetapi hanya purata sebanyak 600MHz sahaja telah dilepaskan dan terdapat penangguhan dalam memperuntukkan spektrum Dividen Digital dalam jalur 800MHz. Jika semua isu ini ditangani, peningkatan sebanyak €119 bilion dalam KDNK dijangka dapat dijana sepanjang tempoh itu sehingga 2020, menghasilkan tambahan hasil cukai sebanyak €23 bilion dan mewujudkan sehingga 156,000 pekerjaan baharu di serata wilayah itu.
Mengurangkan Halangan untuk Penyatuan Pasaran
Eropah mempunyai lebih 100 pengendali mudah alih serta hampir 530 MVNO(6), jadi penyatuan sudah menjadi isu perindustrian yang semakin membesar kerana pengendali berhadapan dengan polisi spektrum yang tidak tentu, tekanan persaingan berterusan dan penurunan hasil yang semakin merosot serta penghakisan margin. Suruhanjaya Eropah dapat membantu mengurangkan halangan terhadap penyatuan pasaran yang cekap dengan memudahkan ulasan penggabungan dan mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap pelaksanaan langkah pemulihan.
Membolehkan Inovasi dalam Kandungan dan Perkhidmatan
Pengendali mudah alih sedang berusaha bagi sentiasa memperluaskan portfolio mereka dengan produk dan perkhidmatan baharu yang melangkaui usul teras hubungan suara, SMS dan data yang tradisional. Laporan itu mendapati jika pengendali mahu terus membangunkan perkhidmatan baharu, mereka mesti bebas mencipta model perniagaan dan harga yang lebih sejajar dengan perkhidmatan yang diingini dan sanggup dibayar oleh pengguna. Satu kerangka pengawal seliaan yang membolehkan ini ialah pemacu penting untuk inovasi.
Membina Keyakinan Pengguna dalam Penggunaan Perkhidmatan dan Aplikasi Mudah Alih
Dengan mudah alih kini sudah sebati dalam kehidupan seharian pengguna, industri mesti terus bersikap proaktif dalam menangani isu seperti penipuan, spam dan kerisauan privasi. Pengguna menginginkan maklumat yang berguna serta peraturan konsisten yang boleh digunakan untuk perkhidmatan yang sama fungsinya. Pengawal selia tidak patut melaksanakan peraturan preskriptif untuk maklumat yang disediakan kepada pengguna, tetapi menumpukan bagi memastikan ketelusan menerusi seluruh rangkaian nilai Internet.
"Sudah jelas yang perhatian perlu ditumpukan kepada merangsangkan pelaburan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi jangka panjang," kata Bouverot lagi. "Langkah untuk Kehidupan Terhubung, di mana hampir semua benda dan semua orang adalah terhubung, menyediakan peluang penting bagi Eropah mendapat balik kedudukan penerajunya. Bersama, kita mesti mencipta persekitaran yang boleh menarik dan memupuk pelaburan dalam mudah alih. Inisiatif pasaran telekomunikasi tunggal menyediakan peluang penting untuk membolehkan ini dan kita mesti memastikan ia dilakukan dengan betul."
Untuk mengakses laporan ini sila lawati: www.gsma.com/mobileeconomyeurope
360-Europe Mudah Alih GSMA akan diadakan di Pusat Mesyuarat Square di Brussels pada hari Khamis, 5 September 2013 pada pukul 11:30-18:30. Untuk maklumat lanjut tentang acara Mobile-360 Eropah GSMA, layari http://www.mobile360series.com/europe/
Notes kepada Editor
(1)Laporan The Mobile Economy Europe menyediakan analisis menyeluruh tentang industri komunikasi mudah alih seluruh Eropah setakat bulan Jun 2013. Laporan ini disediakan oleh GSMA Intelligence dan dibuat berdasarkan data GSMA Intelligence serta pemodelan impak ekonomi daripada Boston Consulting Group. Laporan ini menumpukan terhadap pasaran dalam 27 Negara Ahli dalam Kesatuan Eropah (EU) tetapi dengan jelasnya tidak merangkumi Croatia, yang menyertai Kesatuan Eropah dalam bulan Julai 2013.
(2)Sumber: GSMA European Mobile Observatory 2011
(3)"Mobile Wireless Performance in the EU and U.S.", GSMA and Navigant Economics, keluaran bulan Mei 2013
(4)Sumber: "The Connected Life, A $US 4.5 trillion global impact in 2020", Machina Research, bulan Februari 2012
(5)Sumber: "The Connected Life, A $US 4.5 trillion global impact in 2020", Machina Research, bulan Februari 2012. Peluang hasil ini termasuklah peningkatan perkhidmatan dan perkhidmatan baharu yang inovatif serta skop untuk mencapai penjimatan kos bahan.
(6)Sumber: GSMA Intelligence, bulan Mei 2012
Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, dan juga organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com
Hubungan Media
William Parker-Jenkins
+ 32 490 443 977
williamparker@webershandwick.com
Pejabat Akhbar GSMA
press@gsma.com