omniture

LEAD merintis penyelesaian Teknologi Pendidikan Sekolah yang inovatif di sekolah K-12 di India

LEAD
2021-12-02 10:35 31

MUMBAI, India, 2 Disember 2021  /PRNewswire/ -- LEAD, perintis dalam pendidikan didayakan teknologi, telah mengubah persekolahan konvensional di India sejak penubuhannya pada tahun 2012 dengan penyelesaian Teknologi Pendidikan Sekolahnya yang menyeluruh dan inovatif. Hari ini, LEAD mengubah kehidupan hampir 1 juta pelajar di lebih 2,500 buah sekolah yang menjadi rakan kongsi di India.

Pada Sidang Kemuncak Global VC Fund GSV Ventures - 'The Global K12 Disruption'; Sumeet Mehta, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif LEAD, telah disertai oleh Ari De Sa Neto, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Arco Educacao untuk membincangkan tentang cara mereka meningkatkan kualiti pendidikan dan memacu kejayaan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana. Sesi tersebut dikendalikan oleh Michael Horn, Pakar Strategi Kanan, Guild Education.

Berkongsi perjalanan zaman kanak-kanaknya di sebuah sekolah biasa di sebuah pekan kecil, Sumeet menyatakan tentang bagaimana bapanya yang merupakan seorang guru telah mencetuskan minatnya dalam bidang pendidikan dan menekankan bagaimana LEAD menggunakan teknologi dan inovasi untuk mengubah sistem persekolahan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana.

Encik Mehta menjelaskan, "Pembelajaran dan pembangunan tidak boleh disandarkan pada tempat lahir seseorang. Hanya kerana seorang kanak-kanak lahir di sebuah bandar kecil, tidak sepatutnya dia terhalang daripada mendapat pendidikan yang berkualiti. Ibu bapa membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan mereka untuk persekolahan anak-anak dengan harapan ia akan menjadi batu loncatan ke arah masa depan yang cerah. LEAD telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memenuhi aspirasi keibubapaan ini, dengan mengubah sekolah melalui sistem Teknologi Pendidikan Sekolahnya yang inovatif."

Pada April 2021, GSV Ventures melabur dalam LEAD, menandakan pelaburan pertamanya dalam bidang Teknologi Pendidikan Sekolah di India. LEAD mengumpul dana sebanyak $30 juta sebagai sebahagian daripada pusingan pembiayaan Siri D yang diketuai oleh GSV Ventures, bersama-sama dengan WestBridge Capital.

GSV telah melabur dalam pasaran pendidikan global bernilai $7 trilion dan ditampilkan dalam senarai pertama bagi 100 pelabur permulaan terbaik oleh majalah Insider. Ia bekerjasama dengan syarikat paling penting dalam sektor pembelajaran digital 'Prasekolah hingga Sekolah Menengah', melabur dalam usahawan luar biasa yang memacu inovasi digital yang besar, seperti LEAD.

Deborah Quazzo, Rakan Kongsi Pengurusan GSV Ventures berkata, "GSV berusaha untuk melabur dalam syarikat Teknologi Pendidikan global yang memacu Pulangan Pendidikan ("ROE") tertinggi - mengurangkan kos, meningkatkan akses, meningkatkan hasil pembelajaran dan memanfaatkan guru - dan LEAD melambangkan penyampaian ROE tertinggi kepada para pelajar, ibu bapa, guru dan sekolah yang menjadi rakan kongsinya. Kami amat berbangga bergerak seiringan dengan pasukan usahawan dan pendidik bertaraf dunia ini."

Model LEAD berakar umbi dengan kukuh dalam sistem persekolahan. Ia bekerjasama dengan sekolah dan menggunakan sistem persekolahan bersepadu yang proprietari, mengubah cara persekolahan & menyampaikan hasil pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar di dalam kelas secara jelas, melalui guru-guru. Sistem persekolahan bersepadu LEAD menyediakan semua yang diperlukan oleh sebuah sekolah - perisian kursus, perisian, perkakasan dan kit persekolahan dengan bahan pembelajaran untuk mengajar. Ia merangkumi seluruh sistem persekolahan - dari peringkat prasekolah hingga gred ke-10.

Hasil daripada inovasi LEAD, sekolah dan kanak-kanak telah menerima peluang yang jarang didapati dalam memulihkan kehilangan pembelajaran, menerapkan teknologi digital ke dalam pedagogi dan menyemak semula kurikulum untuk memaksimumkan pembelajaran yang berkualiti tinggi.

LEAD menetapkan sasaran untuk menjangkau 60,000 buah sekolah dan 25 juta kanak-kanak yang bersekolah di India menjelang tahun 2026 dan mengubah sektor pendidikan K-12 dengan penyelesaian teknologinya yang unggul.

Tentang LEAD

LEAD ialah peneraju terkemuka di India dalam kategori Teknologi Pendidikan Sekolah yang dipromosikan oleh Leadership Boulevard. LEAD dimulakan pada tahun 2012 oleh Sumeet Mehta dan Smita Deorah, dengan misi untuk mengubah sistem pendidikan sekolah di India. Ia menggabungkan teknologi, kurikulum dan pedagogi ke dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bersepadu, sekali gus meningkatkan hasil pembelajaran pelajar dan prestasi guru di sekolah-sekolah di seluruh negara. Hari ini, LEAD memberikan perkhidmatan kepada lebih 2,000 buah sekolah merentasi lebih 400 buah bandar dan mencecah lebih 8 Lakh pelajar serta memperkasakan lebih 10 ribu orang guru. Sistem Pembelajaran Bersepadu LEAD yang inovatif dan sangat berkesan mengukuhkan peranan sekolah, guru dan ibu bapa secara signifikan dalam memajukan pertumbuhan dan perkembangan setiap kanak-kanak secara keseluruhan dengan menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi.

Laman web - https://leadschool.in/

LinkedIn - https://www.linkedin.com/school/leadedu/?originalSubdomain=in
Twitter - https://twitter.com/leadschoolindia  
Facebook - https://www.facebook.com/leadschoolindia/
Instagram - https://www.instagram.com/leadschoolindia/  
YouTube - https://www.youtube.com/channel/UCDlU8KZ1l4oBbkXBu0CSO8w

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1697669/LEAD_Logo.jpg?p=medium600

Source: LEAD
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Children-related news