omniture

Parallels Desktop(R) 9 for Mac Menyatukan Windows, Mac dan Awan Dengan Lancar; Melangkaui Batasan Kemampuan dengan Peningkatan Prestasi sehingga 40 Peratus

Parallels
2013-09-06 11:48 185

Perisian paling laris dijual untuk menjalankan aplikasi Windows pada komputer Mac memberikan banyak kemudahan penting untuk jutaan pengguna, termasuk sokongan untuk Windows 8.1 dan Mac OS X Mavericks akan datang

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 September 2013 /PRNewswire/ -- Parallels® hari ini melancarkan Parallels Desktop® 9 for Mac, yang membenarkan pelanggan menggunakan aplikasi Windows dan Mac serentak pada komputer Mac tanpa perlu but semula – perisian pemayaan komputer meja Mac yang paling laris dijual dan memenangi anugerah untuk lebih tujuh tahun dan masih kekal kuat. Ciri baharu yang inovatif dan penting termasuklah pengoptimuman penyimpanan awan untuk iCloud, Dropbox, Google Drive dan SkyDrive. Pelanggan juga dapat menikmati produktiviti yang meningkat dengan ciri-ciri Mac OS X seperti Launchpad dalam aplikasi Windows dan menggunakan OS X Mavericks akan datang. Untuk pengguna Windows 8, Parallels Desktop 9 memuatkan menu Start dan butang Start Windows sebenar yang sudah dikenali ramai tetapi tidak ada dalam Windows 8. Mulai 29 Ogos, pengguna Parallels Desktop semasa boleh menaik taraf kepada Parallels Desktop 9 for Mac di www.parallels.com/desktop. Bagi pelanggan baharu, Parallels Desktop 9 boleh mula dibeli di kedai peruncit dan dalam talian serta melalui laman web Parallels mulai 5 September.

"Pengguna Parallels Desktop 9 for Mac tidak perlu risau kerana Parallels sentiasa mengikuti kemajuan dan menyokong teknologi baharu yang meneraju, seperti OS X Mavericks yang akan datang, Windows 8.1 dan perkhidmatan awan yang semakin popular," kata Ketua Pegawai Eksekutif Parallels Birger Steen. "Kami berterima kasih kepada pelanggan kami kerana menghargai inovasi kami dan membuatkan Parallels Desktop for Mac sebagai perisian paling laris dijual untuk menjalankan Windows pada komputer Mac selama tujuh tahun dan masih kekal kuat."

Semua orang daripada pemilik perniagaan, kepada pembangun web, profesional IT, penggemar Mac, ibu bapa dan pelajar boleh mendapat faedah daripada kemudahan penting Parallels Desktop 9, seperti prestasi yang dipertingkat, fungsian MacBook Power Nap dalam Windows dan aplikasi Windows, menghubungkan peranti penyimpanan Thunderbolt dan Firewire kepada mesin maya Windows, ciri-ciri keselamatan dipertingkat, dan fleksibiliti lebih tinggi untuk pengguna dengan lebih daripada satu monitor. Parallels Desktop 9 juga mempertingkatkan sokongannya untuk gerakan Mac dalam aplikasi Windows dan menawarkan pengguna Linux penyepaduan dipertingkat dengan Mac OS.

Parallels Desktop 9 juga memberikan prestasi yang jauh lebih baik untuk beberapa senario dan operasi paling biasa seperti peningkatan 40 peratus untuk prestasi cakera, operasi menghidupkan dan mematikan mesin maya kini sehingga 25 peratus lebih pantas; dan pelanggan boleh menangguhkan mesin maya mereka dalam masa sehingga 20 peratus kurang daripada sebelum ini. Grafik 3D dan pelayaran web juga dijadikan jelas lebih pantas dengan peningkatan sehingga 15 peratus untuk kedua-duanya.

Pelanggan Parallels Desktop 9 for Mac juga akan mendapat langganan eksklusif selama enam bulan untuk Parallels Access for iPad yang baru dilancarkan dan mendapat pujian ramai, sebuah produk canggih untuk orang yang aktif bergerak yang menyesuaikan aplikasi Windows dan Mac pada PC atau Mac, membenarkan pelanggan mengakses dan menggunakan aplikasi ini dari jarak jauh seolah-olah ia dibuat untuk dipaparkan pada iPad. Kini orang ramai boleh menikmati gerakan khusus iPad walaupun dalam aplikasi yang tidak dioptimumkan untuk iPad. Dengan Parallels Access, tekan saja pada langkah yang anda ingin lakukan, dalam apa-apa aplikasi Windows atau Mac. Pengguna Mac dengan Parallels Desktop 9 juga boleh menikmati pengalaman aplikasi tersuai untuk aplikasi Windows mereka menggunakan Parallels Access dengan sebuah iPad. Butiran tentang Parallels Access dan percubaan percuma boleh didapati di sini:www.parallels.com/access.

Ciri-ciri Utama Parallels Desktop 9 for Mac

  • Sokongan untuk perkhidmatan awan: Segerakkan iCloud, Dropbox, Google Drive, SkyDrive dsb., dengan mesin maya Mac dan Windows anda tanpa perlu menyalin fail secara setempat
  • Sokongan Windows 8 dan 8.1 dipertingkat: Parallels Desktop mengembalikan menu Start sebenar dan membenarkan pelanggan menggunakan app Metro dalam tetingkap dan bukan dalam skrin penuh
  • Pusat Keselamatan: Mengakses dan memasang dengan mudah langganan perisian keselamatan percuma untuk memastikan mesin maya Mac dan Windows selamat daripada virus dan perisian hasad, semuanya dari satu lokasi sahaja
  • Virtual Machine Wizard yang baharu dan dipertingkat: Kini sudah menjadi sangat mudah untuk memasang mesin maya baharu, terutamanya pada komputer yang tidak mempunyai pemacu DVD
  • Sokongan Power Nap: Pada komputer riba Retina MacBook Pro atau MacBook Air, ciri Power Nap kini dilanjutkan pada Windows dan app Windows, agar mesin maya dan semua aplikasi Windows sentiasa dikemas kini
  • Gerakan Mac dalam app Windows: Parallels Desktop kini memuatkan penambahan gerakan pencarian Kamus dalam aplikasi Windows
  • Sokongan peranti penyimpanan Thunderbolt dan Firewire: Bagi kemudahan penggunaan seharian, pelanggan boleh menghubungkan semua peranti itu secara terus pada mesin maya Windows
  • Pencetak PDF untuk Windows: Membenarkan orang ramai mencetak dari sebarang aplikasi Windows ke PDF pada komputer meja Mac, walaupun aplikasi itu tidak mempunyai fungsi tersebut
  • Pemasangan monitor berbilang senang lekat: Apabila menggunakan Windows dalam mod Skrin Penuh dan menghubungkan ke monitor luaran, Parallel Desktop akan mengingati semua tetapan dan mengembalikan mesin maya Windows itu kepada mod skrin penuh pada monitor jauh itu
  • Papan kekunci tersuai khusus: Jalan pintas papan kekunci yang boleh diedit membantu menyuai khusus pengalaman Windows
  • Penyepaduan tetamu Linux: Pelanggan Parallel Desktop yang menggunakan Linux kini mempunyai penyepaduan tambahan dan dipertingkat dengan Mac OS

Ketersediaan dan Harga

Parallels Desktop 9 for Mac boleh didapati mulai 29 Ogos 2013 sebagai penaik tarafan untuk pengguna semasa Parallels Desktop for Mac. Versi penuhnya boleh didapati oleh pelanggan baharu di www.parallels.com/desktop mulai 5 September 2013. Perisian digabung dalam pakej juga boleh didapati mulai 5 September di kedai peruncit Apple, Apple.com, Machines, Mac Studio, Mac City, All IT Hypermarket, Challenger, Switch dan di penjual semula dan lokasi runcit lain seluruh dunia.

Harga runcit standard (SRP) untuk Parallels Desktop 9 for Mac adalah MYR269. Naik taraf akan bermula pada 28 Ogos untuk pelanggan sedia ada Parallels Desktop 7 atau 8 for Mac dengan harga MYR169. Untuk masa yang terhad, pelanggan Parallels Desktop 9 for Mac akan menerima langganan percuma selama enam bulan untuk Parallels Access untuk komputer Mac dengan Parallels Desktop 9 sudah dipasang dan diaktifkan, yang bernilai USD39.99. Butiran boleh didapati dalam talian di www.parallels.com/desktop. Tawaran langganan Parallels Desktop for Mac termasuklah sokongan kelas perniagaan, kemas kini perisian berterusan dan naik taraf versi besar untuk Edisi Perusahaan Parallels Desktop for Mac boleh didapati dengan menghubungi Pasukan Jualan Parallels di http://www.parallels.com/desktop/volume-licensing.

Pelanggan yang membeli Parallels Desktop 8 for Mac daripada penjual yang sah pada atau sebelum 15 Ogos layak menaik taraf ke Parallels Desktop 9 for Mac tanpa sebarang kos tambahan. Pelanggan yang membeli daripada parallels.com atau mempunyai kunci pengaktifan produk berdaftar secara automatiknya akan diberikan e-mel arahan tentang cara menaik taraf kepada Parallels Desktop 9. Butiran boleh didapati di http://www.parallels.com/techguarantee2013.

Parallels Access for iPad boleh didapati untuk percubaan percuma selama 14 hari; langganan tahunan adalah sebanyak USD79.99 untuk setiap komputer yang diakses. Kemampuan akses peranti Windows kini dalam peringkat beta dengan tempoh percubaan percuma lanjutan selama 90 hari. Maklumat tambahan dan aplikasi itu boleh didapati dalam talian di www.parallels.com/access.   

Pelanggan yang berminat untuk menguji Parallels Desktop 9 for Mac boleh memuat turun percubaan percuma bermula 5 September, bersama maklumat mendalam, video dan petikan skrin ciri-ciri baharu ini di www.parallels.com/desktop.

Tentang Parallels

Parallels adalah peneraju global dalam layanan dan pembolehan perkhidmatan awan dan penyelesaian platform silang. Ditubuhkan pada tahun 1999, Parallels adalah syarikat yang berkembang pesat dengan lebih 900 kakitangan di Amerika Utara, Eropah, Australia dan Asia.

Logo Parallels, Parallels dan Parallels Desktop ialah tanda niaga berdaftar untuk dan Access ialah tanda niaga untuk Parallels IP Holdings GmbH. Lain-lain tanda niaga adalah kepunyaan pemilik mereka masing-masing.

Hubungan Media:

Maimon Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi, Parallels Asia Pasifik, marahman@parallels.com, +65-9738-0403

Source: Parallels
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics New products/services