omniture

Royal Canadian Mint Memperkenalkan Hadiah Emas dan Perak Tulen Dengan Bulion Premium dalam Bungkusan Khas

Royal Canadian Mint (RCM)
2021-12-03 22:33 444

OTTAWA, ONTARIO, 3 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint memperkenalkan cara mudah untuk memberikan hadiah emas atau perak tulen dengan Bulion Premium baharunya dalam produk pembungkusan khas. Bermula hari ini, pengumpul dan pemberi hadiah boleh meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan dengan pilihan Daun Mapel Emas seberat 1/10 auns atau 1 auns. Syiling bulion Daun Mapel Perak yang tidak diedarkan ini diletakkan dalam folder kad hadiah yang direka khas.  Produk-produk ini direka untuk disesuaikan dengan setiap citarasa dan acara: untuk meraikan Tahun Harimau, kelahiran, hari jadi, perkahwinan, graduasi atau ulang tahun perkahwinan.

The Royal Canadian Mint's Premium Bullion products in special packaging.
The Royal Canadian Mint's Premium Bullion products in special packaging.

Pelanggan kini boleh membeli Syiling Daun Mapel Perak $5 Ketulenan 99.99% yang Bernilai, tahun 2022 seberat 1 auns dalam tiga gaya pembungkusan yang berbeza: Tahniah, Selamat Hari Jadi atau Tahun Harimau.  Syiling Daun Mapel Emas $5 Ketulenan 99.99% yang Bernilai, tahun 2022 seberat 1/10 auns yang tersedia dalam pembungkusan Tahniah atau Tahun Harimau.  Produk yang dikeluarkan secara langsung oleh Mint ini memudahkan hadiah diperibadikan dengan menulis mesej khas dalam folder kad.

Bulion Premium dalam produk pembungkusan khas ini menampilkan syiling bulion Daun Mapel Perak dan Emas Mint yang asli dan terkenal di dunia yang tidak diedarkan.   Daun Mapel Perak ini diperbuat daripada perak tulen 99.99% seberat 1 auns dan diperhebatkan dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih, termasuk tanda keselamatan berukiran mikro dengan garisan jejari.  Ia juga menampilkan teknologi antipemalsuan Bullion DNATM dan perlindungan permukaan MintshieldTM.  Daun Mapel Emas seberat 1/10 auns ini diperbuat daripada 3.11 gram emas tulen 99.99% dan menampilkan garisan jejari yang kompleks pada permukaan depan dan belakangnya.  Bahagian belakang kedua-dua syiling ini menampilkan reka bentuk daun mapel gula yang istimewa yang dicipta pada tahun 1979 oleh bekas Pengukir Pakar, Walter Ott, manakala ukiran Baginda Ratu Elizabeth II, yang direka oleh seniman Susanna Blunt, menambahkan keanggunan pada bahagian hadapannya.

Produk Daun Mapel Perak yang Bernilai ini pada asalnya ditawarkan pada harga runcit bernilai CAD $59.95, manakala produk Daun Mapel Emas yang Bernilai dijual pada harga CAD $349.95. Harga adalah tertakluk kepada perubahan. Terma dan syarat juga terpakai ke atas pembelian Bulion Premium dalam produk pembungkusan khas.

Kecuali di butik-butik milik Mint, produk bulion Royal Canadian Mint biasanya hanya dijual oleh peniaga bulion yang sah.  Walau bagaimanapun, tawaran Bulion Premium dalam bungkusan khas ini kini boleh ditempah terus daripada Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, di laman web Mint di www.mint.ca atau melalui aplikasi mudah alih Mint. Ia juga boleh didapati di butik Mint di Otawa dan Winnipeg serta melalui rangkaian wakil penjual dan pengedar global kami termasuk cawangan Pos Kanada yang mengambil bahagian.

Imej produk baharu yang menarik ini boleh didapati di sini .

Tentang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah satu pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan yang berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca.  Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Alex Reeves, Pengurus Kanan Perhubungan Awam, Royal Canadian Mint, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1700657/Royal_Canadian_Mint_The_Royal_Canadian_Mint_Introduces_the_Gift.jpg?p=medium600

 

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Precious Metals New products/services