omniture

Membina Masyarakat Pintar, Rendah Karbon dengan Inovasi Teknologi

Huawei
2021-12-06 08:56 108

SHENZHEN, China, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak TrustInTech 2021 maya yang dianjurkan oleh Huawei pada 2 Disember 2021, Hou Jinlong, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Huawei Digital Power menyampaikan ucapa bertema "Membina Masyarakat Pintar, Rendah Karbon dengan Inovasi Teknologi". Hou berkata: "Sepanjang 30 hingga 40 tahun akan datang, kita akan terus melihat kecerdasan dan rendah karbon mendapat daya tarikan. Menuju pintar memerlukan teknologi digital sementara usaha mengurangkan jejak karbon kita memerlukan teknologi elektronik kuasa. Tatkala trend ini berkembang maju, industri tenaga global akan berubah daripada industri yang bergantung pada sumber kepada industri berpandukan teknologi."

Hou Jinlong, giving a speech at the TrustInTech Summit 2021
Hou Jinlong, giving a speech at the TrustInTech Summit 2021

Berikut merupakan teks ucapan Hou

Kecerdasan dan rendah karbon merupakan dua trend utama melangkah ke hadapan 

Sepanjang 30 hingga 40 tahun akan datang, kita akan terus melihat kecerdasan dan rendah karbon mendapat daya tarikan. Industri tenaga rendah karbon bererti penjanaan kuasa yang bersih, pengelektrikan penggunaan tenaga dan penjadualan kuasa pintar.

Huawei Digital Power komited untuk mengintegrasikan teknologi digital dan elektronik kuasa, membangunkan kuasa bersih dan mengupayakan pendigitalan tenaga. Dengan mengejar inovasi dalam penjanaan kuasa bersih, pendigitalan tenaga, pengelektrikan pengangkutan, infrastruktur ICT mesra alam dan tenaga pintar bersepadu, kami bekerjasama dengan pelanggan serta rakan kongsi global kami untuk membina isi rumah, bangunan, kilang, kampus, kampung dan bandar yang rendah karbon. Ini akhirnya akan menyokong peralihan daripada dunia rendah karbon kepada dunia karbon sifar bersih.

Teknologi untuk planet lebih baik: Membangunkan kuasa bersih dan mengupayakan pendigitalan tenaga 

Sektor tenaga global telahpun beralih kepada digital dan teknologi digital menjadikan tenaga lebih pintar. Dengan mengintegrasikan teknologi digital dan elektronik kuasa, Huawei menggunakan bit untuk mengurus watt dan mengupayakan penderiaan digital, kawalan dan pengurusan sistem tenaga.

Melangkah ke hadapan, kami akan terus mengejar inovasi teknologi seperti yang berikut:

Pertama, kami akan membantu mencipta sistem kuasa baharu yang bergantung terutamanya kepada tenaga boleh diperbaharui. Di wilayah Qinghai, China kami telahpun membantu Huanghe Hydropower Development membina tapak tenaga boleh diperbaharui yang terbesar di dunia menggunakan angin, solar dan hidrokuasa. Talian kuasa voltan ultra tinggi digunakan untuk menghantar kuasa yang bersih kepada isi rumah beribu-ribu kilometer jauhnya. Sebagai contoh, terdapat loji PV 2.2 GW yang mempunyai lebih daripada 5 juta modul PV yang meliputi keluasan 56 kilometer persegi dan menghasilkan hampir 5 bilion kWj kuasa elektrik bersih setiap tahun. Projek ini turut menambah baik ekosistem, membuktikan bahawa teknologi dapat wujud bersama dengan alam semula jadi secara harmoni.

Kedua, dalam pendigitalan tenaga, kami akan membangunkan kembar digital dunia tenaga. Teknologi digital akan mengupayakan penghasilan, penghantaran, transaksi dan penggunaan tenaga yang lebih pintar.

Ketiga, menggunakan teknologi digital, kami dapat mentakrifkan semula pengalaman pemanduan dan keselamatan pengguna dalam EV. EV dapat mengatasi prestasi kenderaan bahan bakar fosil dari segi pemecutan, kestabilan dan keselamatan. Sebagai contoh, pengecasan 10 minit dapat membolehkan EV memandu sejauh 200 kilometer.

Keempat, kami akan memerlukan pusat data dan rangkaian komunikasi yang mesra alam dan rendah karbon agar setiap watt dapat menyokong lebih banyak kuasa pengkomputeran dan sambungan. Akhirnya, infrastruktur ICT akan menjadi enjin untuk ekonomi digital mesra alam.

Kelima, dengan penyelesaian tenaga pintar bersepadu, kami dapat mengintegrasikan sumber, grid, beban dan simpanan kuasa untuk membina bangunan dan kampus rendah kampus, yang akan mengurangkan kos tenaga dan meningkatkan kecekapan tenaga. Di Daerah Futian Shenzhen, Huawei Digital Power telahpun membina kampus Antuoshan baharunya yang akan menjadi kampus yang terbesar di dunia dengan jejak karbon hampir sifar. Kampus ini dijangka dibuka pada tahun 2022. Sebaik sahaja ia beroperasi, kampus ini akan menghasilkan 1.5 juta kWj kuasa elektrik mesra alam setiap tahun dan penggunaan kuasa tahunannya akan menurun daripada lebih 14 juta kWj kepada 7 juta kWj.

Setakat 30 September 2021, Huawei Digital Power telah membantu pelanggan menghasilkan 443.5 bilion kWj kuasa mesra alam dan menjimatkan 13.6 bilion kWj kuasa elektrik. Ini bersamaan dengan pengurangan emisi karbon sebanyak 210 juta tan dan menanam 290 juta batang pokok.

Saling bekerjasama untuk membina masyarakat pintar, rendah karbon 

Pelan tindakan yang hebat untuk keneutralan karbon terbentang di hadapan mata kita. Ayuh kita berganding bahu bersama rakan industri kita, baik huluan mahupun hiliran serta kerajaan, organisasi industri dan organisasi piawaian untuk berinovasi bersama-sama dan menyumbang kepada inovasi tenaga global dan pembangunan mampan. Kita akan bersama-sama memacu peralihan ini ke arah revolusi tenaga rendah karbon dan pintar, membina masyarakat pintar, rendah karbon serta berkongsi masa depan yang lebih mesra alam dan lebih baik!

 

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news