omniture

Huawei dan UNESCO Laksanakan Projek di Afrika untuk Sistem Pendidikan Digital

Huawei
2021-12-06 10:08 122

Projek selama tiga tahun ini akan menyampaikan platform pembelajaran dalam talian untuk Ghana, Etiopia dan Mesir

SHENZHEN, China, 3 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Di mesyuarat dalam talian pada 25 November, UNESCO dan Huawei mengumumkan pelancaran fasa pelaksanaan projek Sekolah Terbuka Didayakan-Teknologi untuk Semua (Technology-Enabled Open Schools for All, TeOSS) di Ghana, Etiopia dan Mesir.

UNESCO dan Huawei mengumumkan pelancaran pelaksanaan fasa projek Sekolah Terbuka Didayakan-Teknologi untuk Semua (TeOSS) di Ghana, Etiopia dan Mesir.
UNESCO dan Huawei mengumumkan pelancaran pelaksanaan fasa projek Sekolah Terbuka Didayakan-Teknologi untuk Semua (TeOSS) di Ghana, Etiopia dan Mesir.

Sejajar dengan SDG4 PBB, TeOSS akan berfungsi sebagai asas untuk memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan dan menyokong tiga negara anggota UNESCO bagi membina sistem pendidikan berdaya tahan yang dapat bertahan daripada gangguan global seperti COVID-19. Menilai hasil projek ini akan membantu membimbing strategi dan model untuk meningkatkan TeOSS di peringkat kebangsaan dan untuk meluaskan projek ini ke negara-negara Afrika yang lain bagi memacu integrasi ICT ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada menghubungkan sekolah-sekolah, projek TeOSS di Ghana, Etiopia dan Mesir akan menyediakan latihan kepada guru dan pelajar bagi penggunaan alat digital, mewujudkan platform dalam talian untuk menghubungkan sekolah dan pembelajaran di rumah dan membangunkan kurikulum digital yang dapat diakses secara jarak jauh tanpa pengawasan. Ia bertujuan untuk membantu pelajar menjadi warga digital yang yakin dan mampu menavigasi dunia maya secara bebas dan melengkapi guru dengan kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan alat digital sedia ada dan baharu bagi memaksimumkan hasil pembelajaran.

"Projek ini dirancang untuk menguji model persekolahan yang dapat memberi tindak balas serta merta terhadap cabaran baharu yang ditimbulkan oleh pandemik ini dan juga memanfaatkan teknologi untuk membantu mengupayakan pembangunan model persekolahan pada masa akan datang," kata Stefania Giannini, Penolong Ketua Pengarah untuk Pendidikan, UNESCO. "Ia ditakrifkan oleh model sekolah digital yang menjadikan program boleh diakses untuk semua pelajar sama ada pada waktu krisis atau tidak – ia merupakan satu keadaan yang melangkaui situasi semasa dan memberi pengalaman baharu bagi pengajaran dan pembelajaran."

Dirancang dengan kerjasama erat bersama kerajaan Ghana, Etiopia dan Mesir selaras dengan strategi negara sedia ada mereka, projek TeOSS telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan tempatan yang tertentu.

Di Mesir, kerangka kemahiran ICT telah dibangunkan untuk guru dan pelajar di sekolah-sekolah K12. Pakar-pakar pembangunan perisian kursus digital dan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah rendah akan menerima latihan dan sebuah Pusat Pembelajaran Jarak Jauh Kebangsaan akan ditubuhkan untuk digunakan oleh pendidik di seluruh negara demi memastikan kesinambungan dalam pembangunan profesional.

"Sistem pendidikan baharu Mesir 2.0 menekankan penyepaduan teknologi ke dalam proses pendidikan dengan pelbagai sumber pembelajaran digital dan platform pembelajaran bagi memastikan pendidikan untuk semua dan mencapai kualiti serta akses pendidikan," kata Dr. Reda Hegazy, Timbalan Menteri untuk Hal Ehwal Guru bagi Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Teknikal di Mesir. "Peranan guru telah beralih daripada menyediakan maklumat kepada menjadi pembimbing dan pemudah cara proses pendidikan melalui sumber pembelajaran digital."

Projek TeOSS di Etiopia akan memfokuskan kepada pembinaan infrastruktur ICT bagi menghubungkan sekolah perintis, melatih guru dan pelajar serta membangunkan Sistem Pengurusan Pembelajaran yang disepadukan dengan Platform Latihan Guru.

"Etiopia benar-benar memahami keperluan untuk ICT dan pendigitalan dalam sistem persekolahan masa depan kami untuk menyampaikan pendidikan yang berkualiti dan inklusif secara saksama kepada semua tanpa sebarang gangguan, seperti yang ditetapkan dalam hala tuju sektor pendidikan baharu kami," kata Dr. Fanta Mandefiro daripada Kementerian Pendidikan Negeri bagi Etiopia. "Projek ini benar-benar selari dengan aspirasi kami serta aktiviti dalam program dan inisiatif kami untuk memanfaatkan kandungan digital dalam sistem pendidikan kami."

Di Ghana, tumpuan diberikan kepada penciptaan kandungan digital untuk semua subjek selain menyediakan latihan kepada guru dan pelajar di sekolah Rendah dan JHS. Projek ini akan turut membina e-repositori yang dapat digunakan oleh guru untuk memuat naik kandungan dan membolehkan pelajar mengakses secara dalam talian dan luar talian dengan sedikit atau tanpa pengawasan.

"Saya dengan gembiranya memaklumkan bahawa UNESCO-HUAWEI ini memanfaatkan perkongsian yang telahpun kukuh dan usaha kolaboratif bersama institusi negara kami, terutamanya CENDLOS iaitu institusi yang dimandatkan oleh Kerajaan Ghana untuk memudahkan penyepaduan ICT ke dalam sistem pendidikan secara menyeluruh," kata Dr. Yaw Osei Adutwum, Menteri Pendidikan untuk Ghana.

TeOSS menyelaraskan domain Tech4Edu bagi inisiatif rangkuman digital Huawei TECH4ALL, yang bermatlamat untuk memacu kesaksamaan dan kualiti pendidikan dengan teknologi.

"Platform digital yang akan diwujudkan oleh Sekolah Terbuka Didayakan-Teknologi untuk Semua bererti pembelajaran tidak perlu berhenti – walau apapun yang akan berlaku pada masa depan," kata Kevin Zhang, Ketua Pegawai Pemasaran Infrastruktur ICT untuk Huawei. "Huawei komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan UNESCO, kerajaan dan semua pemegang kepentingan bagi menyampaikan projek yang berjaya, berterusan dan boleh diskala."

Projek TeOSS dan perkongsian yang akan melaksanakannya penting untuk mendigitalkan pendidikan dan memacu akses yang saksama dan inklusif untuk peluang pembelajaran sepanjang hayat buat semua.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Corporate Social Responsibility