omniture

Habanos, S.A. Menampilkan Juan López Selección Especial in World Premiere di Benelux

HABANOS SA
2021-12-06 22:53 79

 

- Laguito 1492 (Cubacigar Benelux), pengedar eksklusif Habanos, S.A. untuk Belgium, Belanda dan Luxembourg mempersembahkan Selección Especial baharu di bawah jenama Juan Lopez dalam sebuah tayangan perdana dunia.

- Juan López Selección Especial (tolok cincin 52 x 170 mm panjang) adalah vitola pilihan bagi meraikan ulang tahun ke-150 jenama ini dan ulang tahun ke-30 rangkaian francais La Casa del Habano. 

HAVANA, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Habanos, S.A., melalui pengedar eksklusifnya untuk Belgium, Belanda dan Luxembourg, telah mempersembahkan Juan López Selección Especial baharu (tolok cincin 52 x 170 mm panjang) dalam tayangan perdana dunia.

Juan López Selección Especial
Juan López Selección Especial

Pertunjukan tersebut berlangsung pada hari Sabtu lalu, 4 Disember, secara dalam talian.  Para tetamu dapat memperoleh dan merasai secara langsung Juan López Selección Especial Habano yang baharu dan memenangi hadiah eksklusif, termasuk edisi serantau pertama jenama Juan López yang dilancarkan di Benelux, lebih sedekad yang lalu.

Menurut Ernesto González, Pengarah Pemasaran Operasi dan Rodrigo González, Pengarah Pemasaran Strategik Habanos, S.A., "Juan Lopez Selección Especial membawakan kejutan dengan aficionado yang paling didambakan dengan aromanya yang indah dan citarasanya yang unggul.  20 Edisi Serantau di bawah jenama ini menunjukkan penerimaannya yang meluas dalam pasaran Habanos yang berbeza di seluruh dunia."

Produk baharu ini ditampilkan dalam bekas khas yang mengandungi 25 Habanos yang dibuat secara "Totalmente a Mano con Tripa Larga"- Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang- selepas pemilihan daun yang teliti yang datangnya dari wilayah Vuelta Abajo*, tanah yang dianggap sebagai lokasi tembakau terbaik dunia ditanam.

Vitola baharu ini meraikan ulang tahun ke-150 jenama Juan López dan ulang tahun ke-30 rangkaian francais La Casa del Habano yang menandakan kecemerlangan perkhidmatan dan prestij produknya. Juan Lopez Selección Especial, dengan bentuk yang lurus dan format berkekuatan sederhana hingga penuh, akan dikomersialkan secara eksklusif di rangkaian kedai khusus La Casa del Habano.

Jorge Pérez, Pengarah Francais La Casa del Habano dari Habanos, S.A. menyatakan bahawa "salah satu perkara yang paling penting tentang La Casa del Habano ialah pelancaran produknya yang eksklusif dan terhad yang hanya dikomersialkan di pusat-pusat jualan ini. Inilah yang istimewa pada pelancaran Juan López Selección Especial, yang pasti diterima dengan sangat baik oleh aficionado (pakar yang arif tentangnya)".Francais La Casa del Habano di Benelux dan para pelanggan mereka akan menjadi yang pertama merasai Juan López Selección Especial Habanos (dengan nama kilang Fortunas).

Juan López ialah jenama yang diasaskan pada tahun 1870-an. Juan López Selección Especial telah dibuat secara "Totalmente a Mano con Tripa Larga"- Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang – dengan pembungkus, isi dan daun pengikatnya berasal daripada zon Vuelta Abajo*, di wilayah Pinar del Río*, Cuba* dan dibuat oleh pakar penggulung cerut dari Cuba.

Di Casas del Habano, aficionado dan para peminat tembakau yang dianggap terbaik di dunia ini akan mendapati pelbagai pilihan produk yang paling banyak yang tersedia di setiap pasaran, serta keluaran khas yang dicipta untuk rangkaian kedai ini yang menjemput anda untuk berehat dan menikmati produk tersebut dalam keadaan selesa.

 Nota Rasa
Juan López Selección Especial
Dimensi: Tolok cincin 52 x 170 mm panjang.

·  Cerut Habano yang mempunyai personaliti dan kepelbagaian yang hebat.

·  Cantik berminyak, berkilat dan dibungkus dengan sempurna.

·  Aromanya membangkitkan bau yang manis, kayu-kayuan, teh hijau dengan haruman bunga. Apabila menikmati dua pertiga cerut, nota rempah, koko dan kopi panggang turut dirasai. Bahagian akhirnya lebih rumit, ditambah dengan nota pahit seimbang yang lembut, menonjolkan keseimbangan yang hebat antara aroma dan perisa.

·  Pengikatnya tidak mudah dibakar, ia mempunyai ciri sedutan yang sempurna dan tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

·  Abu muncul dengan padat dan berwarna kelabu, mencerminkan ciri tanah Vuelta Abajo.

·  Masa merokok: Lebih daripada satu jam kenikmatan sejati dengan kekuatan sederhana hingga bertenaga sepenuhnya.

·  Habano yang hebat ini amat sesuai dengan Rum Cuba Tengah yang berusia sekurang-kurangnya 15 tahun atau dengan wiski Scotch yang berusia 18 tahun.

Laguito 1492 (Cubacigar Benelux NV)

Dengan sejarah selama lebih 55 tahun, syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah nama Robert Suter SA. Pada tahun 2006, ia telah dinamakan semula sebagai Cubacigar Benelux NV dan kini beroperasi menggunakan nama Laguito 1492 NV.

Pada asalnya, ia tertumpu pada pengimportan dan pengedaran cerut Switzerland di Belgium dan Luxembourg. Pada tahun 1992, syarikat ini menjadi pengimport dan pengedar eksklusif semua jenama Habanos untuk Benelux. Hari ini, syarikat ini menawarkan pelbagai jenis cerut yang terdiri daripada 250 rujukan yang diedarkan melalui lebih 400 pusat jualan khusus dan diklasifikasikan mengikut konsep peruncitan yang dilaksanakan oleh Habanos, S.A. di peringkat antarabangsa. Ini termasuk 10 buah kedai francais La Casa del Habano dan 100 orang Pakar Habano. Sebagai tambahan kepada pasaran domestik. Laguito 1492 juga memberikan perkhidmatan kepada saluran Runcit Pelancongan / Bebas Cukai.

Pasaran Benelux, disebabkan oleh saiz dan tradisi dari segi pengalaman peruncitnya, dianggap sebagai pasaran yang penting untuk Habanos.

Corporación Habanos, S.A.

Corporación Habanos, S.A. merupakan peneraju dunia dalam pengkomersialan cerut Premium di Cuba dan di seluruh dunia. Untuk itu, ia mempunyai rangkaian pengedaran eksklusif yang berada di lima benua dan di lebih 150 buah negara.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.habanos.com

Habanos, S.A. mengkomersialkan 27 jenama Premium yang dihasilkan secara Totalmente a Mano (Buatan Tangan Sepenuhnya) dan dilindungi oleh Protected Appellations of Origin (P.A.O.), termasuk antaranya Cohiba, Montecristo, Romeo y Julieta, Partagás, Hoyo de Monterrey dan H. Upmann. Habanos telah dibuat secara Totalmente a Mano (Buatan Tangan Sepenuhnya) selama lebih 500 tahun dan sejak itu ia telah dijadikan penanda aras untuk kualiti di seluruh dunia.

*Protected Appellations of Origin.

Untuk maklumat lanjut tentang Habanos, S.A.: 
www.habanos.com
https://www.instagram.com/habanos_oficial/
https://twitter.com/Habanos_Oficial
https://www.youtube.com/channel/UCstGLy96wdZG7eCM4855_DA

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1702221/HABANOS_SA.jpg?p=medium600 

 

Source: HABANOS SA
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Restaurants Retail Tobacco Travel New products/services MAT (Mature Audience)